“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Thursday, September 22, 2011

officially Pn. Zara :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah, saya sudahpun menjadi tulang rusuk kiri kepada suami tercinta, En. Mohd Zahari dengan sekali lafaz. Maha Suci Allah yang menjadikan detik itu amat bermakna bagi saya. Dengan sekali lafaz itulah saya telah diserahkan oleh ayah saya kepada seorang lelaki yang sebelum ni tidak saya kenali. Dengan lafaz itu juga bermakna segala dosa-dosa saya akan ditanggung oleh si suami. Kini saya milik pak teh sepenuhnya. Bahagia, tapi ada sedikit kesedihan dalam diri ni.

Owh tak boleh cerita lagi sebab sekarang saya kat rumah emak mertua saya. Nanti update lagi :)


Tuesday, August 23, 2011

nothing to say

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Lagi 24 hari je saya nak kahwin! Macam tak percaya je saya akan jadi isteri orang. Perasaan? Memang la saya gembira, tapi dalam masa yang sama ada banyak benda yang saya fikirkan. Stress tu hanya Allah swt yang tahu. Memang semua orang yang nak kahwin tu mengalami benda yang sama macam yang saya rasa sekarang ni ke? Owh, maybe I should ask Ummi Aisyah. Tapi memang sangat menyakitkan bila kena fikir banyak perkara padahal sepatutnya saya harus bergembira.

Raya tahun ni pun macam tak ada apa-apa yang menarik. Saya rasa, 3 - 4 bulan berpuasa lagi pun tak apa. Kenapa saya macam ni ye? Hmmm T_T

Perasaan yang tak best ni, please go away~






Tuesday, August 16, 2011

Entry Tidak Bernama

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...





Rasa stress bila menguruskan majlis perkahwinan dan menyiapkan tesis projek dalam satu masa. Tu belum campur lagi dengan dugaan-dugaan bulan Ramadhan ni. Hmm semoga Allah s.w.t menguatkan iman saya, emosi saya, semangat saya dan fizikal saya.





Nota hati: Mungkin perlu buat check list mana yang dah disiapkan. Hmmm





Monday, August 8, 2011

h.u.r.t




 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





MyEm0.Com








 disaat sayap ini semakin patah untuk terbang
ketika itulah kau merapuhkan semangat ini
rasa tercampak dan dibiarkan lemas di lautan paling dalam
jangan biarkan aku terus lemas
biarpun kau mengharapkan itu
kerana bila aku mati
baru kau akan mengerti




p/s:  it's really hurt.





Thursday, August 4, 2011

Quote of the day

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



"Seseorang manusia tu perlu sedar diri. Kalau duit ada RM1, jangan bermimpi la nak makan Kenny Rogers!"






Kecewa dengan diri sendiri.








Tuesday, August 2, 2011

Sabar......




It's that what you are thinking about me? You are wrong. I don't want your money at all! (T_T)










Monday, August 1, 2011

Diam Itu Lebih Baik

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...




Kini bermulalah bulan Ramadhan. Bulan yang menuntut umatNya menjaga lidah, telinga, mata, nafsu, dan lain-lain. Saya pun tak mahu cerita pasal keburukan orang lain di bulan yang mulia ni. Tapi, cerita yang nak saya tulis ni cuma untuk peringatan dan pengajaran buat semua yang membaca blog saya ni.

Okay... Kebanyakan orang dah tahu yang saya akan berkahwin tak lama lagi. Tangan saya cuma 2 dan saya tak mampu nak buat semuanya seorang diri. Saya perlukan bantuan sama ada dari segi tenaga, mahupun emosi. Tapi nampaknya ada sesetengah orang yang tak faham perasaan saya. Mungkin jugak sebab dia tak mengalami benda yang sama lagi, so dia tak tahu.

Kan saya ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tak faham ke perkataan "TOLONG"? Ye, mungkin saya ni menyusahkan tapi sedar tak, hari awak nanti boleh jadi lagi susah dari saya kalau itu kehendak-Nya? Saya bukannya nak mintak duit awak, tapi saya cuma minta sedikit tenaga awak untuk membantu saya. Saya tak mintak pun awak cakap "alaaaa...leceh la nak buat benda ni. Lain kali beli je la benda da siap!" Hmm...

Senang je kan mulut tu nak bercakap? Awak ada bagi duit ke untuk beli apa yang awak kata MUDAH tu? Tunang saya bukannya anak Tan Sri atau Datuk yang duit ada juta-juta. Apatah lagi saya yang tak banyak duit dibandingkan dengan awak. Kalau saya kaya, saya sendiri pun takkan bodoh nak susahkan diri sendiri. Kebanyakan gift saya buat sendiri sebab nak kurangkan kos. Saya tak berkerja, so takkan nak mengharapkan tunang saya seorang? Dia pun dah susah, takkan saya nak tambahkan kesusahan dia? (T_T)

Sebelum bercakap tu, fikir dulu. Bukan semua orang macam awak. Mungkin hari ni orang tu susah, esok lusa kalau awak pula yang kena macam mana? Allah tu Maha Adil.....


Peace. No war.

Monday, July 25, 2011

Kuat! Kuat! Kuat!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Dah lama rasanya saya tak menulis dalam blog ni. Bila tengok entry, sebulan cuma beberapa post je yang saya tulis. Ye, saya bukannya malas tapi kekangan kerja yang membuatkan saya tak cukup masa untuk menulis blog. Stress tu hanya Allah yang tahu. Saya terpaksa menyiapkan 2 kerja dalam satu masa. Dalam sibuk menulis tesis, persiapan kahwin pun saya tak boleh lupakan. Saya tak tahu macam mana nak uruskan masa saya lagi. Malam-malam saya sibuk selesaikan hal-hal berkaitan majlis saya, siang saya perlu menulis tesis. Tapi sebab saya dah penat malam-malam, siang saya rasa penat walaupun saya rasa saya dapat tidur yang secukupnya.

Mungkin sebab saya stress, so daya ketahanan badan saya kurang. Batuk saya dah hampir sebulan tak hilang-hilang. Sampai bos saya pulak yang risaukan saya. Bila buat medical check-up tadi, urine test saya pula tak lepas atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat saya ceritakan kat sini. Saya ada banyak dokumen yang betul disiapkan, dan saya ada presentation hari Jumaat ni! Macam-macam yang saya risaukan, sampai saya rasa macam nak give-up!

Tapi saya tahu, kalau saya give-up, syaitan akan bersorak gembira kerana satu lagi anak Adam berjaya dihasut. Saya tak boleh berputus asa sebab ujian ni adalah kecil kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Saya cuba luahkan kat pak teh, dan dia cuma cakap "kena la buat jugak. kalau tak nak buat, campak je kat longkang". Tak membantu langsung kan? :'( Saya tahu dia akan cakap macam tu, tapi saya perlukan orang untuk saya luahkan apa yang saya rasa. Saya perlukan orang di sisi saya yang boleh hilangkan kerisauan saya. Saya tak mahu rasa yang saya keseorangan je kat bumi ni. 

Owh, got to go now. Saya dah janji dengan pak teh yang saya tak kan menangis kat ofis ni. Cuma yang saya harap, semoga saya tabah menghadapi ujian-ujian hidup yang kecil ni. Insya Allah...




Monday, July 4, 2011

Cekal dan Tabah. Tu la saya~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Adoyaiii. Baru balik dari melawat bakal family saya, terus takde mood nak menulis chapter baru untuk tesis. -_-" Nak pulak terpaksa melupakan hajat untuk berdating dengan pak teh. Dia balik Malaysia kot! Giler ah! Kira cekal sungguh saya menahan diri untuk ke johor sekali lagi. *senyum palsu*

Ni semua gara-gara orang tersayang yang baru muncul dalam hidup saya. Tidur, makan, mandi, main game, semua ingat dia. Pak teh pun dah jadi orang ketiga tersayang selepas mak. Okeh, tipu. Pak teh masih orang kedua. Tiba-tiba risau pak teh tak mau balik kalau dia baca saya tulis dia orang ketiga. Haha

Hai la En.Tesis tersayang. Kenapa la engkau baru nak jadi orang tersayang dalam hidup aku ni? Tak boleh ke kau pegi main jauh-jauh? Disebabkan nak submit kau bulan 9 ni la, aku terpaksa sayang kau. Kalau tak, jangan kata sebelah mata, pegang pun saya tak hingin!


Lagi 74 hari. Bersabarlah wahai hati~





Thursday, June 23, 2011

Update edisi Rajin *inverted comma*

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Lama giler kan saya tak update blog ni? Tu pun pasal ternampak status kak ani dekat YM yang kata dah lama dia tak update blog. Huhuu sama la kita, kak ani. Anyway, sebenarnya tiap-tiap hari saya ada benda nak cerita kat blog ni. Tapi masa tak mengizinkan sebab saya busy. *macam la kau tu perdana menteri* :D

Ni pun saya rajinkan diri untuk menulis blog di Perpustakaan Negara ni. Erkk, "rajinkan"? Nampak sangat sebenarnya saya malas nak update blog. Tehehee

Saya dah aim nak siapkan first draft thesis saya bulan September ni. OMG! Kahwin pun bulan September! Sila pengsan sekarang~ Banyak lagi yang belum settle. Sebab tu siang-siang saya menulis tesis, malam-malam saya menjahit untuk buat gift masa majlis saya nanti *muka bangga* 

Eh, takde entry pasal gift DIY saya tu kan? Alaaa...asyik lupa je nak cerita. Tapi bukan sekarang la nak cerita tu, sebab saya nak sambung tulis tesis balik. Next time saya upload gambar gift tu yang menjadi kebanggaan saya. *muka bangga diiringi paluan kompang* Over giler. Hahahaha


Daaaaa~

Tuesday, May 10, 2011

Kayangan?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Saya berada di kayangan ke?
Owh~
Macam tak percaya saya nak kahwin!
Hehehee~ *mode gatai*



Ye, saya nak kahwin. Setelah berbulan fikir tarikh yang sesuai, akhirnya pak teh dah tetapkan tarikh.


16/09/2011 NIKAH

17/09/2011 BERSANDING


4 bulan je lagi kan? Tapi saya tak buat apa-apa preparation pun lagi. Rasanya baru 20% peratus je yang berjalan lancar. Erkk...patut ke saya menjerit sekarang? (-_-)''


Mungkin perkara yang perlu dibanggakan sekarang adalah saya dah pilih warna tema! Hahahaa.


 Silver dan putih untuk majlis nikah.


Black and hot pink untuk majlis resepsi.



Ye, saya tau yang hitam dan hot pink tu jarang orang melayu guna untuk majlis perkahwinan. Tapi percaya atau tidak, warna tu pak teh yang cadangkan. Sebab dia tahu saya suka warna pink. Jadi untuk mengelakkan majlis tu nanti jadi Barbie Party, dia suruh saya combined dengan hitam. Teehee. 


Ok. Nanti saya buat checklist yang perlu dibuat sebelum majlis nikah. Sekarang tak boleh buat, sebab saya sendiri tak tau apa yang perlu ada. Hahahaha. Tak boleh tulis panjang-panjang sebab saya semakin berdebar. ;)


GTG~





Tuesday, April 19, 2011

*Emo

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Owh tolong! Mood saya swing lagi. Ada macam-macam perasaan dalam hati ni, tapi saya tak tau macam mana nak luahkan dan lebih tepat lagi saya tak tau pada siapa saya nak luahkan. Pada mak? Tak boleh sebab mak ada darah tinggi so saya tak mau peningkan kepala dia. Pada kawan-kawan? Owh, masing-masing ada masalah sendiri. Bila saya mahu mula bercerita, cepat-cepat mereka ubah topik. Takpe, saya faham. Diorang pun tak mahu memberatkan kepala dengan masalah orang lain. Pada pak teh? Hmmm... Saya cuma nak luahkan. Tapi dia anggap saya banyak komplen. Hmmm.....


Akhirnya, saya pergi kepada Pencipta saya. Mengadu pada-Nya buat saya tenang. Tapi saya sedih. Sebab saya rasa penat....





Thursday, April 7, 2011

Ne No Ne No~ (bunyik ambulans)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Ni post edisi taip laju-laju. (laju la sangat!) 
Owh, sudah lama tak update blog. 
Saya agak busy ataupun dengan kata lain segaja mem-busy-kan diri. 
Tehehee.. 
Akhirnya pihak lelaki dah pun menetapkan tarikh. 
Tiba-tiba saya jadi super-duper-busy-woman! 
Semua nak buat sendiri a.k.a DIY sebab nak kurangkan kos. 
Selagi boleh kot. 
Lagi pulak bila baca blog orang lain, semua start prepare 1 tahun sebelum event.
Saya? OMG!
Lain kali baru cerita detail. 
Sekarang malas harus berkerja~



END



Tuesday, March 29, 2011

Sorry...




As life goes on I’m starting to learn more and more about responsibility
I realize everything I do is affecting the people around me
So I want to take this time out to apologize for things I have done
And things that have not occurred yet
And the things they don’t want to take responsibility for


I’m sorry for the fact that I did not know
I’m sorry for the times I would neglect
I’m sorry for the times I disrespect
I’m sorry for the wrong things that I’ve done
I’m sorry for the fact that I'm not aware
Sorry for the things that I did not say

 
I understand that there are some problems
And I am not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can apologize for being wrong
Then it’s just a shame on me
I’ll be the reason for your pain and you can put the blame on me



I’m sorry that you had to do it on your own
I’m sorry that I went and added to your grief
I’m sorry that I grew up way too fast
I wish I would’ve listened and not be so bad
I’m sorry your life turned out this 


Why doesn’t anybody wanna take blame

 
Because I love you I’ll take that blame
Even though the blame’s on you
I’ll take that blame from you

 
And you can put that blame on me

Thursday, March 24, 2011

Maaf. Entry air mata.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....



Sejak dari satu peristiwa tu, saya rasa pak teh dah jadi lain. Dia semakin tak banyak cakap macam selalu. Dia cuma jawab sepatah-sepatah je apa yang saya tanya. Dia dah tak tanya lagi kalau saya ada cerita yang saya nak cakap sebelum saya tidur. Dia takkan reply chatting saya kalau dia dah tak ada benda nak tulis. 
*menangis dalam diam*


Dulu tunang saya tak macam tu. Walau macam mana penat sekalipun, dia akan tetap layan saya. Takkan ada sepatah pun perkataan yang menyakitkan hati keluar dari mulut dia. Saya tak tahu la kalau saya je yang emo tak tentu pasal dan hakikatnya dia bukan macam tu. Tapi hati saya tetap kata dia dah berubah. 
*menangis dalam diam*


Saya nak tunang saya balik! Dia bukan tunang saya yang saya kenal. Dia bukan.... 
*menangis dalam diam*


Saya akan cuba berubah macam apa yang dia nak. Apa sekalipun. Saya cuma nak tunang saya yang dulu..... 
*menangis dalam diam*


 
Saya rindu pak teh yang dulu... Jangan ambil dia dari saya.. (T_T)





Nota Kaki: Hari ni ulangbulan ke 16 kami. Tapi dia tak ingat pun. Saya saja tak ingatkan dia dengan harapan dia akan ingat sendiri. Nampaknya saya akan kecewa lagi. *sebak* Selamat Ulangbulan ke 16, Pak Teh. You'll always be my hero, even though my heart torn into pieces....





Wednesday, March 23, 2011

Actal

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Pak teh tanya saya, kenapa saya asyik moody je? Owh, memang moody. Mana taknya, saya dah sakit kepala 3 hari. Saya dah dapatkan tidur yang cukup, tapi masih sakit kepala. Malam-malam saya pedih ulu hati sampai sesak nafas saya. Sakit. Tapi saya tak tahu nak buat macam mana. So hari ni saya nekad nak pergi klinik jumpa doktor.



Saya baru balik dari klinik. Dan doktor bagitau saya kena gastrik balik. Sakit kepala tu adalah kesan minor daripada gastrik tu. Asid dalam perut saya mungkin ada banyak, sebab tu saya pedih ulu hati. :'(



Saya tak suka gastrik! Sebab saya kena makan ubat yang paling saya benci!(T_T)







Rasa mahu menangis.

Thursday, March 17, 2011

S.E.N.Y.U.M

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....



Alhamdulillah, pak teh dah selamat sampai di Qatar pagi tadi. Macam biasa, kering sudah air mata saya. Hehehe. So, disebabkan blog ni dah lama tak berusik, maka saya putuskan nak tulis sesuatu yang boleh buat saya ketawa. Guess what? 




Gambar pak teh masa kecik-kecik. Hahahaha :D



















Comey je kan? Ternyata chubby kamu memang dari kecik lagi. Hahahaa. (Pujian saya ni penuh makna ye pak teh. Hihihii) Walaupun ni gambar curi-curi ambik, tapi tetap terserlah ke-chubby-an kamu. Kihkihkih. Gambar last tu memang tak boleh blah. Perasan badan tough! :p






Ni la master mind disebalik gambar curi ni, anak buah pak teh~ 






Gambar ni akan jadi penawar rindu saya : )



Friday, February 25, 2011

Edisi 15 bulan : )

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Owh dah 15 bulan! Rasa macam baru je semalam kenal pak teh. Tolong jangan menyampah dengan statement saya. Sebab bagi saya, 15 bulan kira tempoh agak lama la untuk satu perhubungan jarak jauh ni. Bak kata lagu Kekanda Adinda ni "kanda polar kutub utara, dinda kutub selatan". Tehehee ;p


Some of my friend tanya macam mana saya boleh bertahan sebab masing-masing jauh. Kalau jumpa pun 3 bulan sekali. Tu pun kalau dia balik dalam 3 bulan. Buatnya dia takde perasaan nak balik Malaysia, alamatnya 6 bulan berikutnya baru saya boleh jumpa dia. Memang la boleh sms dan call, tapi boleh bankrupt la kalau lama-lama. Bayangkan, kadar panggilan ke sana adalah RM13 untuk 5 minit! Adehhh... Sempat bagi salam je kot..... Nak buat video call? Lagi la jangan bermimpi. So jangan bandingkan saya - pak teh dengan orang lain yang bercinta jarak jauh jugak, tapi dalam Malaysia. Cerita dia tak sama. (-_-)''


Bagi saya, ada banyak cara nak mengekalkan PJJ yang macam ni. Saya ni bukan la expert dalam hal-hal macam ni. Tapi dalam masa setahun lebih ni, banyak perkara yang saya belajar.


1. Kena kuat dan tabah. Perkara ni sangat penting. Kiranya, kalau tiba-tiba nampak couple lain pergi makan sama-sama, ada orang hantar dan ambil balik kerja, weekend keluar sama-sama, kita takkan rasa apa-apa. Of course la akan teringat kat si dia, tapi bila kita tak bersedih dengan keadaan tu, u are strong enough i think :)

2. Berdikari. Ini relate dengan prinsip pertama tadi. Of course kalau dah jauh, awak dah tak boleh nak harapkan pasangan. What you have to do is BUAT SENDIRI. As simple as that kan? Hihihii

3. Percaya. Ini prinsip paling penting dalam mana-mana perhubungan. Tapi PJJ ni lagi kena percaya. Ye la, dah tak ada depan mata, so kena la percaya. Tapi jangan la pulak suruh si pasangan percaya kat kita, tapi kita pulak yang buat perangai.

4. Jangan emotional. Yang ni memang saya belum expert. Hahaaha. Tapi kalau merajuk tu memang kena sejuk cepat. Sebabnya pak teh dah confirm tak akan pujuk. So tak payah la merajuk lama-lama. 

5. Fahami mood dengan tulisan. Saya dan pak teh hari-hari berkomunikasi melalui YM. Dalam bas, ofis, rumah, kedai, dan kat mana-mana je, saya mesti berchatting dengan dia. So, sebabkan saya tak boleh lihat muka dia, saya kena belajar memahami mood dia melalui ayat chatting tu. Sebagai contoh, kalau pak teh keluarkan icon je macam :) :p :D tu maksudnya dia tengah mengantuk atau tengah sibuk. Kalau dia balas chatting tu dengan perkataan pendek-pendek macam "ok", "tak", "kejap lagi", tu maksudnya dia tengah sibuk main game atau baca komik. Hahahaa. Hebat tak saya, pak teh? (^_^)


Ok, ni la antara prinsip-prinsip yang saya buat untuk PJJ ni. Tapi sebenarnya yang paling penting adalah hati sendiri. Tanya hati, adakah hubungan macam ini yang saya nak? Kalau dah hati kata tak nak, buat la prinsip macam mana sekalipun, memang hubungan tu takkan kemana. Yang penting, selalu berdoa supaya berkekalan sampai akhir hayat. :)





Tuesday, February 22, 2011

Maaf dari hati...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Maaf kalau entry kali ni agak beremosi sikit. Mungkin sebab sudah seminggu perut saya cramp, menyebabkan mata saya senang betul berair. Saya minta maaf kalau saya sakitkan hati awak semua. Sesungguhnya saya tak berniat langsung. Keadaan macam ni buat saya tak boleh berfikir dengan baik.

Owh, macam-macam saya fikir sekarang ni sampai saya selalu terjaga malam. Penat. Bila tak cukup tidur, emosi saya akan senang terusik. Saya sedar sekarang ni saya selalu betul terasa hati.
Saya risau. Saya takut. Saya sedih. Saya sakit. Saya pedih. Semua perasaan negatif sedang saya rasa sekarang ni. Jadi saya mohon pada awak, tolong jangan tambah perasaan negatif ni. Saya sangat risau bila tahu awak marah, dan bertambah terluka bila tak tahu apa yang awak marahkan. Takut.

Owh, saya tak boleh cerita lagi. Semakin sesak. Mohon awak jangan pernah berubah. Semoga esok adalah hari indah.





Wednesday, February 16, 2011

Darah manis je ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...







Pernah dengar tak "darah manis"? Ungkapan tu selalu diberi pada orang yang dah mengikat tali pertunangan dan sedang menunggu hari bahagia mereka. Tak kisah la dia lelaki ke perempuan, mesti dikaitkan dengan darah manis. Tapi sejauh manakah manis itu, saya pun tak tau. Manis la kot sebab nyamuk dan semut suka gigit saya. Hahaaa. Erkk tapi sebelum bertunang pun memang nyamuk dan semut sangat suka pada saya. Buktinya, meja saya penuh semut! *dengan muka tak bersalah walaupun salah sendiri sebab tak kemas meja* Hikhikk ;p


Masa saya bertunang hari tu, kakak ipar pak teh (kalau kepada saya dipanggil biras-to-be eh?) berpesan pada saya supaya jaga diri sebab saya sekarang berdarah manis. Mula-mula tak paham jugak la apa sebenarnya darah manis. Darah ni ada pelbagai rasa ke apa? Kalau macam tu saya chop nak perisa Strawberi! Hahahaa


Sebenarnya darah manis tu nak merujuk kepada dugaan yang bakal dihadapi oleh orang yang dah bertunang. Sebagai contoh, kalau sebelum bertunang, tak ada siapa pun nak pandang kita, tapi lepas bertunang, ramai pulak yang nak berkenalan. Masa ni la seseorang tu diduga. Kalau tak kuat melawan dugaan, memang alamatnya tak sempat kahwin la. Lagi satu, masa bertunang la orang tu senang ditimpa kemalangan. Terjatuh la, terlemas la, terkerat jari la. Macam-macam ter lagi. Sebab tu Islam tak galakkan umatnya bertunang lama-lama.


Tapi alhamdulillah, sepanjang tempoh pertunangan ni saya tak diduga dengan perkara-perkara yang tak elok. Memang tak dinafikan ada juga lelaki lain yang cuba menarik perhatian saya, tapi maaf saya katakan, saya tak berminat. Saya dah tutup pintu hati saya serapat-rapatnya selain dari pak teh. *jiwang mode* :p Yang penting, dia percayakan saya sebab saya pun percayakan dia. Perhubungan jarak jauh ni memang memerlukan kepercayaan yang tinggi. Kalau saya tak percayakan dia, tak mungkin saya dah sampai ke tahap bertunang kan? :)


Bos saya cakap, darah manis ni sebenarnya cuma mind set je. Sebabnya masa dah tunang ni la orang tu suka berangan, tak berpijak di bumi nyata. Kalau dah macam tu, macam mana kemalangan tak terjadi dengan senang. Dah awak tu melintas jalan pun sibuk fikir benda lain sampai tak nampak kereta tengah lalu. Memang sengaja mencari pasal la tu. So pesan bos pada saya, jangan fikir sangat darah manis ni. Lalui hari seperti biasa. Insya Allah, dugaan yang diberikan tu adalah sesuai dengan kemampuan kita.



 
Kepada semua yang sedang bertunang, sama-sama lah kita berdoa agar dijauhi dari sebarang masalah dalam masa meniti hari bahagia nanti. Insya Allah ; )






Friday, February 11, 2011

Rezeki dan Jodoh

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....



Kenapa saya ni eh? Mood swing~ Gejala-gejala PMS la ni. Apa nak buat, nama pun perempuan. : ) Owh, kali ni saya bukannya nak cerita pasal PMS ni. Tapi nak cerita pasal kahwin. Eh, bukan nak cerita pasal saya nak kahwin, tapi nak cerita musim kahwin kembali lagi : )


Happy betul saya bila dapat tau ramai kawan saya nak mendirikan masjid tahun ni. Dalam masa yang sama ada la jugak perasaan jealous ni. Hihii. Tapi saya betul-betul happy bila masing-masing bercerita pasal persiapan majlis berbahagia tu nanti. Jangan risau kawan-kawan, saya sentiasa mendoakan kebahagian kalian. 


Owh, jealous saya bertambah 3 kali ganda bila saya dapat tahu, kawan-kawan saya yang dah pun mendirikan rumah tangga, bakal menyambut pari-pari kecil dalam hidup mereka. Pari-pari kecil yang pipi debab-sedap-untuk-dicubit tu memang menjealouskan saya. Cemburu kan bila tengok masing-masing bahagia dan teruja? Cemburu, tapi dalam hati sangat teruja nak cubit-peluk-cium khalifah kecil tu. (^_^) Buat kawan-kawan yang bakal mendapat orang baru, tahniah saya ucapkan. Bagi yang belum ada berita gembira tu, jangan risau. Bukankah itu semua rezeki dari Allah yang Maha Penyayang? Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Semua itu rezeki dari Allah. Kalau dikurniakan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, senyumlah. Mungkin ada sejuta makna disebalik keadaan tu.


Kepada yang lain pulak, jangan la sibuk-sibuk nak tanya bila orang tu nak dapat anak. Kecik hati dia tau! Bukannya dia taknak, tapi rezeki tu belum ada. Kan lebih baik awak tolong berdoa agar si pasangan tu mendapat apa yang mereka mahu? Hati pun tenang kan? : )



Kepada awak semua yang belum bertemu jodoh, jangan pening-pening kepala. Jodoh kamu itu ada, cuma belum bertemu je. Berdoalah selalu (sambil berusaha) agar Allah mempertemukan kita dengan orang-orang yang boleh membimbing keluarga kita kelak ke jalan yang diredhai-Nya. 


Semoga dipermudahkan... : )



Wednesday, February 9, 2011

Peningkatan Yang Membanggakan~ ;p

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Mari tengok gambar makanan-makanan di bawah ni. Cuba cari persamaan antara gambar tersebut. Nampak tak?


















Persamaannya adalah.... Percaya atau tak, semua ni saya yang masak!


MySpace


Hahahahaha


Walaupun mesti ada yang kata "elehh..masak ni pun tak tau", tapi saya tetap berbangga sebab saya bukanlah ratu di dapur. Kira ada peningkatan la kalau dapat masak-masak banyak ni. Hihihii. Okey pak teh, sila pilih mana yang berkenan~ ;p



Tuesday, February 8, 2011

Entry yang buat saya senyum : )

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Pagi tadi kat FB, Ummi Apat pos sesuatu untuk baby Aishah.




Yes, I wish I never grown up too : ) Bila tengok Si Debab, macam best je jadi dia. Kalau lapar, menangis je. Mesti ada orang suapkan makanan. Hihihi. Tapi bila tengok gambar ni, saya tiba-tiba tersedar.



Owh ok. Saya bukan budak kecik. Saya dah nak kahwin pun. Adehhh. 
Saya tak rasa sangat perasaan nak kahwin tu sekarang. Sebabnya Pak Teh belum balik lagi. Bila dia ada kat sisi saya in flesh, baru perasaan nak kahwin tu ada. Hahaha *gelak gatai* ;p Owh ye, saya nak tunjuk ni:



 1.1BIN JAMALLUDIN /MOHD ZAHARI  MR                         
 1 MH9121V 02MAR 3 DOHKUL HK1  2015  0840   03MAR 4 /DCMH*LCQ4M
                                                            /E 
OPERATED BY QATAR AIRWAYS                                       
 2 MH9124V 16MAR 3 KULDOH HK1  2105  2350  /DCMH*LCQ4M /E      
OPERATED BY QATAR AIRWAYS           





Faham tak apa maksudnya? Maksudnya Pak Teh nak balik~! Sukaaa~ (^____^)  Harus di highlight kan. Hihihi.


Sepanjang saya berpasangan dengan Pak Teh, baru 4 kali dia balik Malaysia jumpa saya. Kali pertama masa first time saya jumpa dia. Kali kedua dia balik, kami ambil keputusan untuk berjumpa mak ayah masing-masing. Kali ketiga, mak abah Pak Teh jumpa mak ayah saya. Kali keempat, kami bertunang~ (^_^) Cepat kan? : ) Tak sempat nak bercinta macam pasangan lain. Tapi takpe, saya tak kisah pun. Sebab saya rasa perhubungan jarak jauh ni banyak mengajar saya jadi lebih matang. Terutama sekali "tak payah la kau nak merajuk lama-lama tak tentu pasal. Takkan ada orang pujuk punya". Hahahaa

Kali kelima balik ni nak buat apa? Hihihii.... Banyak plan sebenarnya tapi perkara utama yang nak dibuat adalah pergi kursus kahwin (^_^). Eh, sebelum Pak Teh balik, saya ada beberapa perkara nak buat ni.



LIST TO DO B4 PAK TEH BALIK
- Beli tiket train balik JB   *done*
- Bayar yuran kursus *done*
- Beli syampu dan ubat  *done*
- Pi**** (terpaksa dirahsiakan ;p)
- Masak pisang goreng







Owh, can't wait the moment! (^_____________^)





Sunday, February 6, 2011

Selamat pagi cinta!

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Dah berapa kali saya tengok cerita Selamat Pagi Cinta. Dan setiap kali tu la saya tunggu si pelakon lelaki tu baca puisi kat telinga pelakon perempuan tu. Sukaaa~ (^_^) Ye, saya suka mungkin sebab puisi tu macam ada kena mengena dengan keadaan saya sekarang. Part mana? Part yang "kini harus aku terus tunggu". Hahahaa. Pak Teh, selamat pagi, cinta! =)


ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong

aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai

warnaku rindu
jiwaku biru
menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga
umpama lampu yang yang berbunyi hitam
lalu menunggu aku terus

kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu saja aku mengejar
gunung yang besarnya tidak terdakap
seperti itu jugalah rindu aku pada ... (zahari...hehe)

kini harus aku terus menunggu
atau hilang saja dilautan luas




Saturday, February 5, 2011

Anasir jahat!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Kenapa begitu susah nak puaskan hati semua orang? Saya tahu perkara tu adalah mustahil. Tapi tak boleh ke dia cuba menerima kekurangan diri saya? Saya tau saya tak sempurna. Bukan ke saya sedang cuba jadi yang terbaik? Tapi sayangnya dia tak nampak semua tu... Malam yang sangat kejam bagi saya sebab malam ni telah membuatkan saya rasa sangat tidak berguna. *kecewa* 


Terima kasih pada dia sebab telah sedarkan saya. Kesedaran akhirnya kepada tangisan. Tangisan yang membawa kepada permainan minda. Saya rasa saya perlu ambik lesen kereta secepat mungkin.So lepas ni kalau saya teringin nak makan apa-apa atau nak pergi mana-mana, saya tak perlu mintak orang lain yang hantarkan. Saya pasti takkan mintak tolong orang lain lagi. Saya pasti! 


Kadang-kadang saya terfikir, tak nampak ke dia tentang kelebihan saya? Mungkin terlalu banyak kelemahan saya sehinggakan menutup semua kebaikan yang ada. Entah la... Terlalu banyak derita yang saya nak ceritakan, tapi tak terluah. Mungkin hati saya masih kuat menahan diri dari merimaskan sesiapa.


Selamat tinggal, malam yang kejam! Si jahat telah merasuk saya malam ni. Saya dah terlalu letih.... Moga matahari esok akan memancar terang, terus ke dalam lubuk hati saya. Semoga sinaran matahari dapat menerangi jalan keluar si jahat ini!


*menangis dalam diam*




Monday, January 31, 2011

Jalan-jalan Cuci Mata ;p

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Hmm.. Apa nak cerita ye? Ada banyak benda yang saya nak cerita tapi tak tertaip kat blog ni. Susah la saya nak ceritakan. Setiap manusia mesti ada beban yang terpaksa mereka tanggung. Saya pun bernama manusia, so saya tak terlepas dari bebanan. Kadang-kala bebanan buat seseorang jadi matang. Macam saya, benda yang saya panggil beban ni dah berjaya buat saya berfikir dengan baik (agaknya). Saya rasa adalah menjadi kejayaan kalau saya boleh tidak menangis bila diuji : )


Ok, saya tak mau cerita banyak-banyak. Tapi saya cuma nak cerita sesi saya melepaskan sedikit bebanan - BERJOGING. Erkk...tak boleh la nak cakap berjoging kan sebab saya pakai baju dari ofis je. Hehehehe. Tapi sekurang-kurangnya, berjalan pun mengeluarkan peluh kan? ; )












Walaupun berjalan-jalan je, tapi at least saya rasa kurang sikit beban yang saya tanggung. Petang yang mendamaikan dan saya harap, hati saya juga akan damai sentiasa seperti petang itu. : )





Friday, January 28, 2011

Cuti-cuti Malaysia!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


Saya SAYANG MALAYSIA! Apakah? Tetiba je buat statement sebegitu rupa? Hehee sebab walaupun saya tak sambut Tahun Baru Cina, saya tetap dapat cuti! Weeeee~! Saya akan bercuti bermula dari esok sehinggalah 6hb Februari (^_^) Haaa, awak tu Pak Teh, jangan nak jealous dengan saya kat sini. Awak dok kat sana diam-diam sila kerja baik-baik. Muahahahaha ;p


Semua orang kat ofis saya ni dah plan macam-macam untuk bercuti ni. Bos saya dah bercadang nak bercuti ke Bali bersama keluarga. E, officemate saya pun sudah selamat packing barang untuk pulang ke kampung halamannya di Kelantan dan seorang lagi officemate saya, Kak Hanim akan ke Sri Lanka untuk bercuti. Saya? *tersenyum penuh makna*


Kepada semua yang akan bercuti, selamat bercuti! ^^y

Thursday, January 27, 2011

Denggi? Tidakkkkkk!!!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Lama sungguh rasanya tak menulis blog ni. Dan lama sungguh saya tak ke ofis. Hari ni baru jejakkan kaki. Muahahahaa ;p Saya memang suka cuti. Hehee. Tapi takyah la jealous kot sebab saya TERPAKSA CUTI. Ye, harus saya besarkan huruf-huruf tersebut sebab saya cuti tanpa kerelaan. Cewaaahhh. Hahahaa. Ye la, kalau cuti sepatutnya saya akan happy. Gila kau tak happy sebab cuti 3 hari tu! Tapi... Sob..sob (sila mainkan lagu berentak perlahan) Saya terpaksa cuti sebab saya demam sejak hari Sabtu lepas. 


MySpace


Selama 4 hari (Sabtu sampai Selasa) saya asyik berehat je kat rumah. Yang peliknya, demam saya tak nak pulak hilang-hilang. Dah macam-macam saya buat, makan ubat, mandi air sejuk, letak kain basah kat kepala, tapi semua tak jalan. Demam saya tu pulak macam biskut. Kejap elok, kejap demam panas balik.

MySpace

Bila saya mengadu dan bagitau keadaan saya kepada nurse rumah saya a.k.a Ena, dia cakap...

"Confirm DENGGI! Dah, cepat pergi beli air tembikai, pastu suruh mak masak sup ketam. Kena tambah balik platelet, kalau tak memang kena admit ward. Minum air tembikai banyak-banyak. Kembong kau tu tolak tepi dulu. Esok pagi-pagi pegi hospital ambik darah"


MySpace


Gila apa adik saya sorang tu? Suka suki je nak suspect orang denggi. Saya cuma demam biasa je kot. Antara gejala denggi yang mungkin saya kena adalah lemah badan especially pinggang sampai ke kaki, menggigil (tapi tak selalu), selera makan saya - Zero, None, Nada. Tapi tak bermakna saya denggi sebab along pernah kena denggi dan keadaan dia sangat teruk masa tu sampai tak boleh berjalan sendiri. Saya, siap boleh berjalan cari ubat sendiri kat dapur. 


Owh I hate hospital! So, malam tu saya minum air tembikai banyak-banyak sampai perut saya kembong. Huhuhu. Dalam hati berdoa saya tak perlu pergi hospital. Esoknya (Rabu) saya rasa semakin sihat. Suhu badan saya dah stabil balik, maka saya ambil keputusan untuk keluar bershopping.


MySpace


Mak ayah mula-mula tak bagi, tapi saya yakin kan juga yang saya dah sihat. Ye la, saya pun tak mau la asyik-asyik tunjuk tak sihat je depan mak ayah kan? So, dengan confident nya pergila keluar ke Jalan TAR. Owh, agak menyesal keluar sebab saya sampai sana saya rasa sangat pening bila tengok ramai sangat orang. Padahal saya dah biasa dengan keadaan kat sana. Mungkin juga sebab saya dah lama tak tengok ramai orang macam tu sampai saya rasa pening. Menyesalnya saya lagi bila saya balik, saya muntah-muntah. Dan sekali lagi saya kena marah dengan mak.


MySpace


Tapi hari ni saya tetap ke ofis walaupun kepala masih ting tong~ Saya rasa saya perlu menghirup udara segar kot. Hahaa. Saya juga perlu tunjukkan kat semua orang yang saya bukannya kena denggi sebab saya mampu ke ofis. 


Buat kawan-kawan yang mungkin mengalami masalah kesihatan, sila jangan bertangguh untuk berjumpa doktor (cakap orang pandai...) Jangan tiru saya sebab saya ada sedikit trauma dengan hospital. Hehee. Akhir kata dari saya, sila jaga kesihatan walau di mana anda berada.


MySpace

Monday, January 17, 2011

(T_T)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Have you ever been so depressed that all you want to do is sit in the dark and cry? When nothing feels alright and your heart broken into pieces? Tears are slowly down on the face and you cannot do anything. No one understand your feeling and they all blame you for the small mistake that you have done. You feel very down until you reach at the bottom of the world.


That is what i feel right now... 





Unfortunately, I'm not strong as they thought....








Friday, January 14, 2011

LIST

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



List perkara yang akan dibuat:





Mandi di Air Terjun Gunung Pulai
Derma darah
Pergi zoo
Belajar bawak kereta
Masak pisang goreng
Makan kek
Makan nasi ayam penyet
Cari eebau (tak tau eja)
Tengok wayang (sukahati tambah ;p)
Pergi kedai handphone untuk masukkan antivirus (erkk..kena buat sendiri la pulak)






*List ni saya buat supaya tak lupa. Tiada kena mengena antara yang masih hidup ataupun telah mati. Sekian. Hihii*





Thursday, January 13, 2011

10 Things I Love About You

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



10 Things I Love About You


1. You always try to make me smile when I tend to cry...

2. You say that I'm the cutest creatures eventhough I know I'm not...

3. You know how to make me warm when the world getting cold...

4. You always be with me when I need you eventhough you are not around...

5. You always make me happy even in my dream...

6. You know how to make my parents proud and happy...

7. You are my shoulders to cry on...

8. You make my ordinary life, getting extraordinary...

9. You are my light when I'm blind...

10. Last but not least, I love you because you love me as the way I am...





Yeah, I miss you a lot... (T_T)






Tuesday, January 11, 2011

Bila?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Cuaca hari ni memang buat mood saya swing~ Matahari tunjukkan muka kejap je. Pastu kabus je banyak. Hari nampak kelabu je. Mood saya ikut kelabu. Aishhh. Pak teh pesan, suruh saya fikir banyak-banyak benda positif. Tapi tu la, bak kata Ana Raffali "bila marah merasuk minda, kecewa menyelubungi, aku lupa...." Owh, tolonglah pergi wahai perasaan jahat!~ Saya BENCI kamu! Jangan cuba nak kuasai saya!

Owh..ok..ok.. Saya perlu cerita benda lain sebab semakin saya ingat, semakin gelap hati ni. Hmm... Dalam kepala saya ni, ada macam-macam pertanyaan "bila". Hmmm.......


Bila ye saya dapat capai impian saya?
Bila ye saya boleh yakin dengan kebolehan saya sendiri?
Bila ye saya boleh pandai memasak?
Bila ye saya boleh jadi multi-tasking?
Bila ye master saya ni habis?
Bila ye saya boleh memandu kereta?
Bila ye gembira ni boleh datang balik?
Bila ye baju kurung saya nak siap?
Bila ye semua keadaan akan pulih seperti sedia kala?
Bila ye saya nak jumpa penyelia untuk berbincang?
Bila ye saya boleh kurus?
Bila ye saya nak berhenti berangan?
Bila ye pak teh nak balik? (T_T)


Dan..

Bila ye saya nak berhenti dari berfikir "bila" ni?



Aishhhh~

Monday, January 10, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Saya tak mau jadi pengkritik bebas untuk Anugerah Juara Lagu semalam. Tapi saya suka juara semalam. Owh, saya bukan la peminat Ana Raffali sebab semalam saya harap Faizal Tahir yang menang. Tapi bila Ana Raffali yang menang, saya tak terkejut pun. Nama pun AJL, mestila juri tengok pada lagu tu sendiri, bukan pada penyanyi kan? Sebelum ni, memang saya suka sangat lagu Ana Raffali tu. First time dengar kat radio saya dah suka. Hmm, sebab lagu tu sangat puitis. Sangat menyentuh hati saya. Sangat menyedarkan saya. Saya sedar, saya tak boleh alpa dan leka dengan kebahagiaan yang saya kecapi, sebab bila-bila je nikmat tu boleh hilang. Jadi, tolong ingatkan aku.....


Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa


Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita



 P/S: Saya minta maaf kalau buat awak kecewa... Saya lupa....




Friday, January 7, 2011

Buat Aku Tersenyum : )

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


I'm alone again. Aishh (-_-)" Hari ni saya seorang je kat ofis. Macam biasa, bila dua-dua bos tak ada, maka semua pun akan declare cuti masing-masing. So, kenapa saya datang ofis? Sebab saya pekerja berdedikasi. *sila muntah* Hehehee. Takde la, sebab saya ada perkara yang perlu saya selesaikan hari ni jugak. Opss *cepat-cepat zip mulut*


Okeh, abaikan perkara yang saya nak buat tu. Yang penting, bilik saya ni dah macam bilik karaoke sebab saya bukak lagu kuat-kuat supaya saya tak rasa keseorangan. Dalam banyak-banyak list lagu saya, ada 1 lagu yang saya asyik ulang-ulang dengar. Saya rasa, makcik cleaner yang tengah menyapu kat belakang blok pun dah hafal lagu ni. ;p



Buat Aku Tersenyum by Sheila On 7

datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
di pelukanmu walau untuk sejenak
usaplah dahiku dan kan kukatakan semua

bila ku lelah tetaplah di sini
jangan tinggalkan  aku sendiri
bila ku marah biarkan ku bersandar
jangan kau pergi untuk menghindar

rasakan resahku dan buat aku tersenyum
dengan canda tawamu walau untuk sekejap
karna hanya engkaulah yang sanggup redakan aku

karna engkaulah satu-satunya untukku
dan pastikan kita kan selalu bersama
karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
dalam susah ataupun senang

dapatkah engkau selalu menjagaku
dan mampukah engkau mempertahankan aku


P/S: Owh, this song is specially dedicated to pak teh. You know what pak teh, lagu ni la yang selalu saya dengar bila kita bergaduh hahaha. So, hayati lirik lagu ni, and then you will know what i mean... Dan awak memang selalu buat saya tersenyum : )




Wednesday, January 5, 2011

Si Debab vs Rama-rama

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Pagi tadi saya bangun lambat. Ye, bangun lambat. Mestila sebab saya tidur lambat. Nasib baik tak jadi panda. Owh, bukan itu yang saya nak cerita hari ni. Sebenarnya pagi-pagi tadi, tiba-tiba je saya teringat lagu zaman kanak-kanak ni. Sampai sanggup cari lirik dalam internet. Tehehee. Ni la lagu tu.



Rama-rama


Dari ulat jadi kepompong,
Tidur lena dalam kelongsong,
Tiba masa kelongsong pecah,
*POM!*
Jadi rama-rama yang indah... : )



Tau tak kenapa saya tiba-tiba je teringat lagu ni?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sebab si debab ni la.




Macam kepompong kan? Hahahaha xD






Si debab, cepatlah membesar jadi rama-rama cantik! (^_^)