“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Friday, February 11, 2011

Rezeki dan Jodoh

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....



Kenapa saya ni eh? Mood swing~ Gejala-gejala PMS la ni. Apa nak buat, nama pun perempuan. : ) Owh, kali ni saya bukannya nak cerita pasal PMS ni. Tapi nak cerita pasal kahwin. Eh, bukan nak cerita pasal saya nak kahwin, tapi nak cerita musim kahwin kembali lagi : )


Happy betul saya bila dapat tau ramai kawan saya nak mendirikan masjid tahun ni. Dalam masa yang sama ada la jugak perasaan jealous ni. Hihii. Tapi saya betul-betul happy bila masing-masing bercerita pasal persiapan majlis berbahagia tu nanti. Jangan risau kawan-kawan, saya sentiasa mendoakan kebahagian kalian. 


Owh, jealous saya bertambah 3 kali ganda bila saya dapat tahu, kawan-kawan saya yang dah pun mendirikan rumah tangga, bakal menyambut pari-pari kecil dalam hidup mereka. Pari-pari kecil yang pipi debab-sedap-untuk-dicubit tu memang menjealouskan saya. Cemburu kan bila tengok masing-masing bahagia dan teruja? Cemburu, tapi dalam hati sangat teruja nak cubit-peluk-cium khalifah kecil tu. (^_^) Buat kawan-kawan yang bakal mendapat orang baru, tahniah saya ucapkan. Bagi yang belum ada berita gembira tu, jangan risau. Bukankah itu semua rezeki dari Allah yang Maha Penyayang? Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Semua itu rezeki dari Allah. Kalau dikurniakan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, senyumlah. Mungkin ada sejuta makna disebalik keadaan tu.


Kepada yang lain pulak, jangan la sibuk-sibuk nak tanya bila orang tu nak dapat anak. Kecik hati dia tau! Bukannya dia taknak, tapi rezeki tu belum ada. Kan lebih baik awak tolong berdoa agar si pasangan tu mendapat apa yang mereka mahu? Hati pun tenang kan? : )



Kepada awak semua yang belum bertemu jodoh, jangan pening-pening kepala. Jodoh kamu itu ada, cuma belum bertemu je. Berdoalah selalu (sambil berusaha) agar Allah mempertemukan kita dengan orang-orang yang boleh membimbing keluarga kita kelak ke jalan yang diredhai-Nya. 


Semoga dipermudahkan... : )



0 comments:

Post a Comment