“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Wednesday, February 16, 2011

Darah manis je ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...







Pernah dengar tak "darah manis"? Ungkapan tu selalu diberi pada orang yang dah mengikat tali pertunangan dan sedang menunggu hari bahagia mereka. Tak kisah la dia lelaki ke perempuan, mesti dikaitkan dengan darah manis. Tapi sejauh manakah manis itu, saya pun tak tau. Manis la kot sebab nyamuk dan semut suka gigit saya. Hahaaa. Erkk tapi sebelum bertunang pun memang nyamuk dan semut sangat suka pada saya. Buktinya, meja saya penuh semut! *dengan muka tak bersalah walaupun salah sendiri sebab tak kemas meja* Hikhikk ;p


Masa saya bertunang hari tu, kakak ipar pak teh (kalau kepada saya dipanggil biras-to-be eh?) berpesan pada saya supaya jaga diri sebab saya sekarang berdarah manis. Mula-mula tak paham jugak la apa sebenarnya darah manis. Darah ni ada pelbagai rasa ke apa? Kalau macam tu saya chop nak perisa Strawberi! Hahahaa


Sebenarnya darah manis tu nak merujuk kepada dugaan yang bakal dihadapi oleh orang yang dah bertunang. Sebagai contoh, kalau sebelum bertunang, tak ada siapa pun nak pandang kita, tapi lepas bertunang, ramai pulak yang nak berkenalan. Masa ni la seseorang tu diduga. Kalau tak kuat melawan dugaan, memang alamatnya tak sempat kahwin la. Lagi satu, masa bertunang la orang tu senang ditimpa kemalangan. Terjatuh la, terlemas la, terkerat jari la. Macam-macam ter lagi. Sebab tu Islam tak galakkan umatnya bertunang lama-lama.


Tapi alhamdulillah, sepanjang tempoh pertunangan ni saya tak diduga dengan perkara-perkara yang tak elok. Memang tak dinafikan ada juga lelaki lain yang cuba menarik perhatian saya, tapi maaf saya katakan, saya tak berminat. Saya dah tutup pintu hati saya serapat-rapatnya selain dari pak teh. *jiwang mode* :p Yang penting, dia percayakan saya sebab saya pun percayakan dia. Perhubungan jarak jauh ni memang memerlukan kepercayaan yang tinggi. Kalau saya tak percayakan dia, tak mungkin saya dah sampai ke tahap bertunang kan? :)


Bos saya cakap, darah manis ni sebenarnya cuma mind set je. Sebabnya masa dah tunang ni la orang tu suka berangan, tak berpijak di bumi nyata. Kalau dah macam tu, macam mana kemalangan tak terjadi dengan senang. Dah awak tu melintas jalan pun sibuk fikir benda lain sampai tak nampak kereta tengah lalu. Memang sengaja mencari pasal la tu. So pesan bos pada saya, jangan fikir sangat darah manis ni. Lalui hari seperti biasa. Insya Allah, dugaan yang diberikan tu adalah sesuai dengan kemampuan kita.



 
Kepada semua yang sedang bertunang, sama-sama lah kita berdoa agar dijauhi dari sebarang masalah dalam masa meniti hari bahagia nanti. Insya Allah ; )






0 comments:

Post a Comment