“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Thursday, December 30, 2010

Kenapa bukan pink?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Pernah tengok tak bas RapidKL yang ada poster tulis "Lebih Selesa, Lebih Selamat"? Kalau siapa-siapa yang tak tau ni bas apa, tengok gambar kat bawah ni.




 Ni la bas RapidKL yang dikhaskan untuk wanita sahaja. Owh, saya sebagai pengguna bas tegar (ayat apakah?) memang sangat-sangat setuju penyediaan bas yang macam ni. Bayangkan la kalau dulu saya terpaksa bersesak-sesak dengan pelbagai jenis bangsa, pelbagai jenis jantina (errkk.. 2 jantina je kot), termasuklah pelbagai jenis bau... Adehhhh... Tapi semenjak dua menjak RapidKL perkenalkan bas untuk wanita ni, saya dah ada perasaan sedikit gembira bila nak naik bas. Lepas ni saya tak perlu la nak berhati-hati takut saya berlaga dengan orang lelaki lain sebab sekarang semuanya perempuan! Sukaaa~ ^_^

Dan pak teh pun mungkin boleh bergembira dengan adanya bas wanita ni. Sebab saya tak mungkin dapat mencuci mata lagi. Hahahaha. Eh, tapi driver bas lelaki. Wahahaha ;p

Tujuan bas untuk wanita ni diperkenalkan untuk memberi keselesaan pada wanita. Paham-paham je la wanita ni senang moody, nak pulak time ehem ehem. Lagi la senang kau nak kena maki bila kau 'ter'sentuh perempuan tu. Kalau semua perempuan, takdela perasaan nak marah sangat kalau tersentuh. You get what i mean? Lagi satu contoh, kalau ada preggy women, boleh la diorang merasa nak duduk sebab kalau naik bas campur-campur ni, selalu orang buat-buat tidur je bila nampak mak buyung naik bas.

So, saya harap pihak RapidKL boleh teruskan penyediaan bas untuk wanita ni. Sebab wanita kan tulang belakang pada sesebuah kejayaan. So, apalah salahnya kalau sedikit penghargaan diberikan kepada wanita. Sebab kalau wanita rasa dihargai walaupun sedikit, dia akan balas dengan sejuta pengorbanan. Percayalah..... Ececehh dah boleh ganti wakil rakyat ni. Hahahaha xD

Sekian :p

2 comments:

Anonymous said...

okey laa mcm tu..boleh balik awal kan

cik siti said...

urmm...tahniah buat RapidKL...sesuatu yang bermanfaat..semoga perempuan akan rasa lebih selamat..insyaAllah..[if jumpa box cadangan...tuliskan cadangan saya..request same bus di JB boleh?]..hikhik

Post a Comment