“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Monday, January 3, 2011

Eh, 2011?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Owh, entry tahun baru. Harus la tulis perkara-perkara gembira kan? : ) Tahun baru mesti azam baru (erkk..azam tahun lepas pun kira baru la bila masuk tahun baru ;p) Rasanya tahun 2011 ni seharusnya gembira untuk saya. Kenapa? Owh, cuba tengok ni:



Yes, we have been together for 1 year, 1 month, 1 week and 1 day on 1.1.11. (^__^) Cantik kan? Should be my lucky number tahun ni. Hehehe.


Ok, sekarang masa untuk cerita azam baru saya. Ermm, bukan azam kot, tapi hajat saya untuk 2011 ni. 




 Nak pegi mandi air terjun Gunung Pulai. Owh, tak tau macam mana keadaan sungai tu sekarang sebab ada orang kata selepas banjir besar kat Johor hari tu, kawasan rekreasi ni dah ditutup. So, kalau tutup maksudnya harapan tinggal harapan la.




Ye kawan-kawan. Ni kat Malaysia. Bukit Broga namanya. Kat atas puncak bukit ni sangat cantik. Jangan tanya kemampuan saya memanjat bukit sebab anda tahu jawapannya. Hahaa. Cuma saya harap saya dapat pergi tahun ni. : )




Nak pergi Langkawi. Saya tak pernah jejakkan kaki kat Langkawi. Eh, Kedah pun saya tak pernah pergi. Hahaha. So saya harap saya dapat pergi tahun ni. Kalau tak dapat bercuti dengan family, honeymoon mungkin? Hahahaha ;p




Nak kawin. Tehehehe ^^y




Naik kapal terbang. Sebab tak pernah lagi. *buat muka kesian dengan harapan pak teh bawak* ;p



Kurus. Erkk kurus?? Boleh ke? Hahaha.



Korang semua masa tahun baru buat apa eh? Saya rasa saya dah buat aktiviti paling best untuk cuti tahun baru. SHOPPING dan MAKAN! (^_^)












Psttt.... Pak Teh, nak bebear besar macam tu. Hihi ^^y





Hopefully di tahun baru ni, saya dapat lupakan apa yang tak best masa 2010. Saya nak buka chapter baru dalam hidup saya. Saya tak mahu ingat lagi benda-benda sedih yang dah berlaku. Semoga tahun 2011 ni akan mencoretkan berjuta-juta kebahagiaan buat kita semua. Yang penting, kita yakin. Dan semoga saya dapat semangat baru saya : )

3 comments:

cik siti said...

~opsss..nak tawen erk...alhamdulillah.~

zara sham said...

name pun hajat, kena la tinggi.. kalau tinggi, untung jadi bintang.. kalau rendah, masih jadi intan ;) insyaAllah... kalau diizinkan :) doakan saya ye kak ani... (^_^)

Anonymous said...

insyaallah mencuba yg terbaik

Post a Comment