“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Monday, December 20, 2010

Senang hati (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


Lepas apa yang terjadi minggu lepas, saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk menenangkan fikiran. Dan nasib saya baik sebab taman perumahan saya buat family day di Janda Baik, Pahang. Owh, sangat suka bila memikirkan saya boleh mandi-manda kat sungai tu! (^_^) Kami semua berkumpul pukul 7.30 pagi lagi untuk naik bas rombongan.



Owh, lupe nak bagitau, family saya ada 5 orang yang pergi family day tu. Ayah, emak, Mamat, Akim dan saya. Tapi Akim dah pergi sehari sebelum saya sebab dia join perkhemahan sekali. Ni saya dengan Mamat sebelum bertolak.



Hari keluarga ni dianjurkan oleh Persatuan Belia Taman Dato' Ahmad Razali dengan Kolej Komuniti Hulu Langat. Memang selalu je ada program kemasyarakatan antara persatuan dengan kolej komuniti ni. Cuba baca banner tu. Pulau Santap Janda Baik. Memang terbaiiikkkkk! Kawasan dia sangat best! Kem Ulu Chemproh tu la perkhemahan yang Akim join tu.



Satu lagi yang buat family day ni best sebab dapat t-shirt free! Di ulang, FREE! Hehehee.. Walaupun takde la menarik sangat, tapi janji free... Hahaha xD 



See, semua orang pakai baju free ni. Hahaha. Baru la terasa kemeriahan sikit. (^_^)



Saya pun harus la kan pakai baju free. Walaupun saiz baju tu serupa saiz ayah, tapi tak kisah la. Sebab semua pakai saiz yang lebih kurang sama. : )



Acara makan-makan sebelum main game. I like!~ Hihihii.. Tapi kalau pak teh ada lagi best. Sebab dah pasti dia yang akan jadi mangsa habiskan makanan saya. ;p



Ni pun salah satu acara biasa jugak. Ucapan. Hahaha. Ni ucapan dari tan sri apa ntah. Tapi beliau ni mantan menteri dari Kementerian Luar Bandar kot. Saya suka la tan sri ni sebab dia sempoi je. Pakai t-shirt dengan jeans je. Takde siapa-siapa pun yang escort dia. Macam pakcik-pakcik pun ada jugak. Hahaha.




Ni antara game yang dijalankan. Nama pun family day. Kalau takde game, tak jadi la family day kan? Game biasa la. Untuk budak-budak, ada musical chairs, cari gula-gula dalam tepung... Untuk orang besar, ada treasure hunt, baling dadu, banyak lagi la.



Saya masuk game apa?



Tak, saya tak masuk game. Saya makan ais krim bawah pokok masa diorang sibuk main game. Hahaha ;p



Lupa nak tunjuk Akim. Ni Akim yang muka penat. Dia baru turun dari puncak bukit bersama belia-belia lain. Cuba tengok fesyen rambut dia. Mak cakap tu fesyen balung ayam. Hahaha.



Ok..ok.. Kita tengok Mamat pulak. Ni la game yang dia masuk. Game "Siapa Dapat Ikat Rambut Paling Banyak". Hahaa. Dah tentu-tentu Mamat kalah sebab dia mana ada rambut sangat. Yang tukang ikat rambut tu kakak sepupu saya. Dia memang bersemangat masuk game ni. Semua game dia nak masuk. Hihii



"Aku merelakan..." bisik hati Mamat. Wahahahaha xD (Pstt..cuba tengok abang sebelah tu. Dia macam gembira je jadi barbie doll. Hihii)



Haa... Ni la pemenang game tadi. Tempat pertama abang yang pakai vest tu. Kedua budak kecik tu (anak pada pemenang pertama). Ketiga, abang yang suka jadi barbie doll tu. Hehehe



Saya? Sedang sibuk bermanja dengan mak masa tu. ;p



Ok... Jom kita tengok kawasan sekitar tempat tu....





Sangat hijau kan? Owh, gambar saya tu harus la kan? Hihihii (^_^)



Dah habis aktiviti game, tiba la masa yang semua orang nantikan. Aktiviti mandi sungai. Weeeehoooo!~





Cantik kan? Cantik kan? Sungai ni sangat best saya rasa. Tengok la, betapa banyaknya orang bandar yang jarang jumpa air sungai. Hahaha. Mana saya? Cuba la cari..... ;p

.
.
.
.
.

Jumpa tak?



Memang la tak jumpa. Sebab saya duduk tepi sungai je sambil tengok adik-adik saya mandi. Huhuhuu. Saya tak mandi sebab Encik Bulan datang pulak. Aishhh... *kuciwa*



Tapi saya ada aktiviti lain. Ambik gambar cincin sampai jadi cantik. Hahahaa. Cantik tak pak teh? ;p Saya rasa ni dah paling cantik saya ambik sebab kamera saya ni akan blur kalau ambik gambar close up.



Owh, ayah pun tak mandi sungai jugak. Sebab dia sibuk pegang baby debab ni. Hihihi.. Ni baby salah seorang jiran saya. Comel kan dia? (^_^)



Merajuk kat padang sebab tak dapat mandi sungai. Eh, ye ke muka merajuk tu? ;p



Bermanja-manja dengan mak sebab sakit perut. Hihihii 



Dalam pukul 5 petang, kami semua berkemas-kemas untuk pulang. Dah mandi-mandi semua, saya masih tak tau nama sungai tu. Dah sampai dekat bas, baru la jumpa nama sungai. Owh, Sungai Benus rupanya. 



Selamat tinggal Pulau Santap... Insya Allah saya akan datang lagi nanti. Sebab saya dah paksa pak teh untuk bawak saya ke sini nanti. Selamat tinggal Sungai Benus... Nanti saya datang, saya akan balas dendam mandi sungai. Wahahahha (^,~)y



0 comments:

Post a Comment