“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Friday, December 24, 2010

24 Disember...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Owh, dah masuk 24 Disember! Tau tak apa maksud dia? *winkwink* ; ) Maksudnya dah 1 tahun 1 bulan saya bersama pak teh! Hohohooo~ Menyampah kan? Tapi saya tak kisah ;p



HAPPY 13TH ANNI-MONTH-SARY BUCUK!!!!!



Harus huruf besar terutama perkataan terakhir tu. Thehehe... Saya selalu bagi hint kat dia, tanya bila nak kahwin. Bukan la bermakna saya tak sabar-sabar nak kahwin, tapi... Duh! Kau tak nak kahwin cepat ke? Buat pulak entry sebelum ni pasal kawan-kawan nak kahwin tahun depan, lagi la saya teruja. Owh, bukan... Saya cuma nak lengkapkan cerita 4 sekawan tu je. Hehehe (ayat cover line). Tapi setiap kali saya bagi hint, setiap kali tu la pak teh buat-buat tak faham... (-_-)" Dia cakap, "ok, jom kita kahwin esok" (-_-)" Memang selagi master saya tak siap, selagi tu la dia akan cakap macam tu. Adehhh.. Nanti saya tuntut, baru dia tau! "OK PAK TEH, JOM KITA KAHWIN ESOK" Hahahaaha xD


Sebenarnya tak kisah la kita nak kahwin bila. Saya cuma nak cakap terima kasih berjuta-juta lemon kat dia. Sebab dialah, saya masih mampu meneruskan master saya. Dia yang bayar yuran saya, dia yang bagi idea masa saya tak boleh berfikir dan dia yang bagi saya semangat semula masa jiwa saya tak ada. Owh, dia ada telinga yang kuat. Kuat dari mendengar bebelan saya : ) Tak boleh saya nak bayangkan kalau dia tak ada. Bukan la saya nak menidakkan kebesaran-Nya, tapi seriously saya tak boleh hidup tanpa dia.... Ok, jangan mengada-ngada nak muntah depan skrin komputer. Saya cuma nak bagitau tu je. : )



Kepada tunang saya, bakal suami saya, bakal abi kepada anak-anak saya, serta bakal pemimpin keluarga saya yang akan memimpin kami ke syurga (Insya Allah).... Saya sayang kamu HINGGA HUJUNG NYAWA.




0 comments:

Post a Comment