“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Thursday, December 30, 2010

Kenapa bukan pink?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Pernah tengok tak bas RapidKL yang ada poster tulis "Lebih Selesa, Lebih Selamat"? Kalau siapa-siapa yang tak tau ni bas apa, tengok gambar kat bawah ni.




 Ni la bas RapidKL yang dikhaskan untuk wanita sahaja. Owh, saya sebagai pengguna bas tegar (ayat apakah?) memang sangat-sangat setuju penyediaan bas yang macam ni. Bayangkan la kalau dulu saya terpaksa bersesak-sesak dengan pelbagai jenis bangsa, pelbagai jenis jantina (errkk.. 2 jantina je kot), termasuklah pelbagai jenis bau... Adehhhh... Tapi semenjak dua menjak RapidKL perkenalkan bas untuk wanita ni, saya dah ada perasaan sedikit gembira bila nak naik bas. Lepas ni saya tak perlu la nak berhati-hati takut saya berlaga dengan orang lelaki lain sebab sekarang semuanya perempuan! Sukaaa~ ^_^

Dan pak teh pun mungkin boleh bergembira dengan adanya bas wanita ni. Sebab saya tak mungkin dapat mencuci mata lagi. Hahahaha. Eh, tapi driver bas lelaki. Wahahaha ;p

Tujuan bas untuk wanita ni diperkenalkan untuk memberi keselesaan pada wanita. Paham-paham je la wanita ni senang moody, nak pulak time ehem ehem. Lagi la senang kau nak kena maki bila kau 'ter'sentuh perempuan tu. Kalau semua perempuan, takdela perasaan nak marah sangat kalau tersentuh. You get what i mean? Lagi satu contoh, kalau ada preggy women, boleh la diorang merasa nak duduk sebab kalau naik bas campur-campur ni, selalu orang buat-buat tidur je bila nampak mak buyung naik bas.

So, saya harap pihak RapidKL boleh teruskan penyediaan bas untuk wanita ni. Sebab wanita kan tulang belakang pada sesebuah kejayaan. So, apalah salahnya kalau sedikit penghargaan diberikan kepada wanita. Sebab kalau wanita rasa dihargai walaupun sedikit, dia akan balas dengan sejuta pengorbanan. Percayalah..... Ececehh dah boleh ganti wakil rakyat ni. Hahahaha xD

Sekian :p

Wednesday, December 29, 2010

Ode

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Dunia ni memang indah...
Harus buka mata untuk lihat semua..
Mohon temani aku untuk melihat...
Jadi mata keduaku dikala aku buta...

Jangan bunuh pelangi indah itu...
Sebab pelangi itulah semangat aku..
Tatkala aku kehilangan kamu..

Kenapa tinggalkan aku,
waktu hati dibawa terbang?
Bukankah kamu tahu,
saat itulah kamu harus bersamaku...
Bersama mencari hati yang hilang?

Tapi kamu pergi,
pergi bersama pelangi aku...



Mohon hati itu kembali....
Tolong jangan jatuh berkecai mencium bumi!



*menangis dalam diam*

Tuesday, December 28, 2010

-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Perasan tak saya jarang tulis pasal master saya? Memang pun, sebab saya tak suka beratkan kepala saya dengan study saya ni. Tapi dalam bulan ni, saya rasa sangat tertekan dengan master ni. Sebab saya dah setahun pegang title student ni, tapi baru semalam saya tahu yang saya kena ubah semua tesis master saya. SEMUA! Lepas presentation semalam, semua soalan yang lecturer lain tanya saya tak boleh jawab. Saya semakin tak clear dengan apa yang saya buat. Saya sangat-sangat tertekan! (T_T)

Habis setahun saya terbuang macam tu je... Dan supervisor saya suruh saya grad bulan 8 ni... Maksudnya saya ada 8 bulan untuk start the whole thesis semula... Awak tau tak macam mana perasaan saya sekarang?

B.E.R.K.E.C.A.I. 

Mati hidup balik pun saya takkan lupa... Saya cuba jadi kuat, tapi tak boleh... Macam mana saya nak kuat, kalau benda ni asyik mendesak fikiran saya. Batu yang keras tu pun, kalau hari-hari dibaling ke dinding, akan pecah juga. Tapi saya bukan batu. Saya lagi lemah dari tu. Saya tak tau nak buat apa lagi. (T_T)

Pak teh suruh saya berblogging untuk release tension, tapi bukan cerita hal master. Tapi saya tak boleh. Blogging pun saya masih ingat master saya ni. Saya penat.........

Friday, December 24, 2010

24 Disember...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Owh, dah masuk 24 Disember! Tau tak apa maksud dia? *winkwink* ; ) Maksudnya dah 1 tahun 1 bulan saya bersama pak teh! Hohohooo~ Menyampah kan? Tapi saya tak kisah ;p



HAPPY 13TH ANNI-MONTH-SARY BUCUK!!!!!



Harus huruf besar terutama perkataan terakhir tu. Thehehe... Saya selalu bagi hint kat dia, tanya bila nak kahwin. Bukan la bermakna saya tak sabar-sabar nak kahwin, tapi... Duh! Kau tak nak kahwin cepat ke? Buat pulak entry sebelum ni pasal kawan-kawan nak kahwin tahun depan, lagi la saya teruja. Owh, bukan... Saya cuma nak lengkapkan cerita 4 sekawan tu je. Hehehe (ayat cover line). Tapi setiap kali saya bagi hint, setiap kali tu la pak teh buat-buat tak faham... (-_-)" Dia cakap, "ok, jom kita kahwin esok" (-_-)" Memang selagi master saya tak siap, selagi tu la dia akan cakap macam tu. Adehhh.. Nanti saya tuntut, baru dia tau! "OK PAK TEH, JOM KITA KAHWIN ESOK" Hahahaaha xD


Sebenarnya tak kisah la kita nak kahwin bila. Saya cuma nak cakap terima kasih berjuta-juta lemon kat dia. Sebab dialah, saya masih mampu meneruskan master saya. Dia yang bayar yuran saya, dia yang bagi idea masa saya tak boleh berfikir dan dia yang bagi saya semangat semula masa jiwa saya tak ada. Owh, dia ada telinga yang kuat. Kuat dari mendengar bebelan saya : ) Tak boleh saya nak bayangkan kalau dia tak ada. Bukan la saya nak menidakkan kebesaran-Nya, tapi seriously saya tak boleh hidup tanpa dia.... Ok, jangan mengada-ngada nak muntah depan skrin komputer. Saya cuma nak bagitau tu je. : )



Kepada tunang saya, bakal suami saya, bakal abi kepada anak-anak saya, serta bakal pemimpin keluarga saya yang akan memimpin kami ke syurga (Insya Allah).... Saya sayang kamu HINGGA HUJUNG NYAWA.




Thursday, December 23, 2010

Kawan Kapal Selamanya~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Tiba-tiba je saya teringat kisah lama. Masa saya tahun ke-4 di universiti, saya tinggal di kolej yang agak jauh dari kawasan centre. Haaa! Awak yang baca cerita ni, JANGAN NAK PURA-PURA TIDUR! Suka tauu bila orang nak cerita dia buat-buat tidur. Ni bukan bed time story okay... *tetiba* ;p


Okeh, sambung cerita.


Coursemate saya yang tinggal kat kolej tu pun tak ramai. Ye la, sebab kolej tu jauh, so ramai la yang tak berminat nak apply. Kalau tak silap saya, coursemate saya cuma ada 12 orang je kat situ termasuk saya. Dan cuma saya dengan 3 orang kawan satu coursemate je yang melayu. Yang lain semua budak cina. Dan sebab itu jugakla kami agak rapat. Mana taknya, kolej dah la hujung ceruk dunia, makanan kat situ pulak tak sedap. Eh, terlari topik sudah... Hehehee.


Okeh..okeh.. Cerita balik....


Kiranya dalam course saya, ada 4 orang je melayu yang duduk kolej tu. Kami berempat memang rapat. Buat survey sama-sama, kumpulan assignment sama-sama, pergi makan sama-sama, bergaduh pun sama-sama. Hihihii. Dan baru-baru ni, baru saya sedar.. Diorang nak kahwin pun dalam tahun yang sama! Owh, ok... Kecuali saya la sebab saya seorang je yang tak tau tarikh lagi. Pak teh cakap, selagi tak habis belajar, selagi tu tak boleh kahwin... (-_-)"


Ni Fau. Dia nak kahwin 26/2/2011. Dia telefon saya hari tu minta saya jadi pengapit dia. Owh, my pleasure~ (^_^)


Ni Zarith. Dia nak kahwin 13/3/2011. Disebabkan dia kahwin kat johor, so saya tak perlu jadi pengapit. (^_^)



Yang ketiga, Apiez. Dia ni la kawan baik saya sejak dari hari pertama saya masuk universiti. Teman saya waktu menangis, teman saya waktu gembira, teman saya waktu menggedik tak ingat dunia. Hahahaa. Tapi tarikh dia kahwin terpaksa dirahsiakan dulu atas permintaan dia. Dia nak bagi surprise kat semua. Pengapit? Sudah tentu la saya~ (^_^)



Lepas ni boleh buat bisnes. Ambik upah jadi pengapit. Hihiiihi xD




 Guys, you know what? Even though we are apart, our friendship still remain in my heart. You guys ROCK! ^^y

Wednesday, December 22, 2010

Resepi Tunang Saya : )

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….



Hehee… Memang pun. Entry kali ni berkenaan dengan resepi tunang saya. Owh, malu sekejap sebab dah masuk 25 tahun, masih tak pandai masak. Pastu belajar masak dengan tunang sendiri. Adehhh.. *tutup muka dengan kuali*

Ok, saya memang suka makan ayam goreng macam Upin Ipin. Tapi selalunya kalau tiba-tiba teringin nak makan, saya akan cepat-cepat pergi KFC sebab ayam goreng dia memang menjilat jari!~ (^_^) Tapi pak teh suruh saya masak sendiri. Dia cakap, beli KFC membazir sebab saya sorang je makan. Disebabkan saya memang teringin sangat-sangat nak makan masa tu, saya ikut kan je la apa yang pak teh suruh. Dia bagi saya resepi, lepas tu suruh saya masak sendiri. Owh, sangat suka sebab mak cakap, ayam yang saya goreng tu sedap. Hihihi ;p

Haaa, siapa-siapa nak rasa sedap ke tak, sila la masak sendiri. Hahaha. Saya bagi resepi dia. (Ececehhh.. Sebab dah terer, so boleh la ajar orang ;p)



Ayam Goreng Resepi Tunang Saya (Nama resepi ni pak teh yang bagi ^^y)


Bahan-bahan:

- Ayam yang di potong ikut suka besar mana
- Bawang putih ikut suka hati nak banyak mana - kisar
- Halia pun ikut suka suki - kisar jugak
- Kunyit/serbuk kunyit sesedap mulut
- Garam
- Tepung Serbaguna Adabi
- Telur


    Cara masak:

    - Perap ayam dengan bawang putih dengan halia kisar, garam dengan serbuk kunyit. Perap ayam ikut tahap kesabaran. Kalau dah tak sabar nak makan, 5 minit pun ok. Hehehe.
    - Dah perap, celup ayam tadi dalam telur.
    - Pastu celup dalam tepung
    - Tepung dah cover semua permukaan ayam, apa lagi, goreng la :p



       

      Nak tengok hasil dia?
      .
      .
      .
      .
      .
      .


      Tadaaaaa~ Owh, tapi buat-buat la tak nampak yang hitam-hitam tu. Anggap je ayam tu terkena kicap. Hahaha. Tapi yang pasti, ayam ni dah selamat berada dalam perut saya. (^_^) Ok, selamat mencuba!



      Monday, December 20, 2010

      Senang hati (^_^)

      Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


      Lepas apa yang terjadi minggu lepas, saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk menenangkan fikiran. Dan nasib saya baik sebab taman perumahan saya buat family day di Janda Baik, Pahang. Owh, sangat suka bila memikirkan saya boleh mandi-manda kat sungai tu! (^_^) Kami semua berkumpul pukul 7.30 pagi lagi untuk naik bas rombongan.



      Owh, lupe nak bagitau, family saya ada 5 orang yang pergi family day tu. Ayah, emak, Mamat, Akim dan saya. Tapi Akim dah pergi sehari sebelum saya sebab dia join perkhemahan sekali. Ni saya dengan Mamat sebelum bertolak.



      Hari keluarga ni dianjurkan oleh Persatuan Belia Taman Dato' Ahmad Razali dengan Kolej Komuniti Hulu Langat. Memang selalu je ada program kemasyarakatan antara persatuan dengan kolej komuniti ni. Cuba baca banner tu. Pulau Santap Janda Baik. Memang terbaiiikkkkk! Kawasan dia sangat best! Kem Ulu Chemproh tu la perkhemahan yang Akim join tu.



      Satu lagi yang buat family day ni best sebab dapat t-shirt free! Di ulang, FREE! Hehehee.. Walaupun takde la menarik sangat, tapi janji free... Hahaha xD 



      See, semua orang pakai baju free ni. Hahaha. Baru la terasa kemeriahan sikit. (^_^)



      Saya pun harus la kan pakai baju free. Walaupun saiz baju tu serupa saiz ayah, tapi tak kisah la. Sebab semua pakai saiz yang lebih kurang sama. : )



      Acara makan-makan sebelum main game. I like!~ Hihihii.. Tapi kalau pak teh ada lagi best. Sebab dah pasti dia yang akan jadi mangsa habiskan makanan saya. ;p



      Ni pun salah satu acara biasa jugak. Ucapan. Hahaha. Ni ucapan dari tan sri apa ntah. Tapi beliau ni mantan menteri dari Kementerian Luar Bandar kot. Saya suka la tan sri ni sebab dia sempoi je. Pakai t-shirt dengan jeans je. Takde siapa-siapa pun yang escort dia. Macam pakcik-pakcik pun ada jugak. Hahaha.




      Ni antara game yang dijalankan. Nama pun family day. Kalau takde game, tak jadi la family day kan? Game biasa la. Untuk budak-budak, ada musical chairs, cari gula-gula dalam tepung... Untuk orang besar, ada treasure hunt, baling dadu, banyak lagi la.



      Saya masuk game apa?



      Tak, saya tak masuk game. Saya makan ais krim bawah pokok masa diorang sibuk main game. Hahaha ;p



      Lupa nak tunjuk Akim. Ni Akim yang muka penat. Dia baru turun dari puncak bukit bersama belia-belia lain. Cuba tengok fesyen rambut dia. Mak cakap tu fesyen balung ayam. Hahaha.



      Ok..ok.. Kita tengok Mamat pulak. Ni la game yang dia masuk. Game "Siapa Dapat Ikat Rambut Paling Banyak". Hahaa. Dah tentu-tentu Mamat kalah sebab dia mana ada rambut sangat. Yang tukang ikat rambut tu kakak sepupu saya. Dia memang bersemangat masuk game ni. Semua game dia nak masuk. Hihii



      "Aku merelakan..." bisik hati Mamat. Wahahahaha xD (Pstt..cuba tengok abang sebelah tu. Dia macam gembira je jadi barbie doll. Hihii)



      Haa... Ni la pemenang game tadi. Tempat pertama abang yang pakai vest tu. Kedua budak kecik tu (anak pada pemenang pertama). Ketiga, abang yang suka jadi barbie doll tu. Hehehe



      Saya? Sedang sibuk bermanja dengan mak masa tu. ;p



      Ok... Jom kita tengok kawasan sekitar tempat tu....





      Sangat hijau kan? Owh, gambar saya tu harus la kan? Hihihii (^_^)



      Dah habis aktiviti game, tiba la masa yang semua orang nantikan. Aktiviti mandi sungai. Weeeehoooo!~





      Cantik kan? Cantik kan? Sungai ni sangat best saya rasa. Tengok la, betapa banyaknya orang bandar yang jarang jumpa air sungai. Hahaha. Mana saya? Cuba la cari..... ;p

      .
      .
      .
      .
      .

      Jumpa tak?



      Memang la tak jumpa. Sebab saya duduk tepi sungai je sambil tengok adik-adik saya mandi. Huhuhuu. Saya tak mandi sebab Encik Bulan datang pulak. Aishhh... *kuciwa*



      Tapi saya ada aktiviti lain. Ambik gambar cincin sampai jadi cantik. Hahahaa. Cantik tak pak teh? ;p Saya rasa ni dah paling cantik saya ambik sebab kamera saya ni akan blur kalau ambik gambar close up.



      Owh, ayah pun tak mandi sungai jugak. Sebab dia sibuk pegang baby debab ni. Hihihi.. Ni baby salah seorang jiran saya. Comel kan dia? (^_^)



      Merajuk kat padang sebab tak dapat mandi sungai. Eh, ye ke muka merajuk tu? ;p



      Bermanja-manja dengan mak sebab sakit perut. Hihihii 



      Dalam pukul 5 petang, kami semua berkemas-kemas untuk pulang. Dah mandi-mandi semua, saya masih tak tau nama sungai tu. Dah sampai dekat bas, baru la jumpa nama sungai. Owh, Sungai Benus rupanya. 



      Selamat tinggal Pulau Santap... Insya Allah saya akan datang lagi nanti. Sebab saya dah paksa pak teh untuk bawak saya ke sini nanti. Selamat tinggal Sungai Benus... Nanti saya datang, saya akan balas dendam mandi sungai. Wahahahha (^,~)y



      Friday, December 17, 2010

      Untitled

      Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



      Fikiran : Saya tak suka awak yang sekarang ni!

      Hati : Maksud awak?

      Fikiran : Ye la, awak yang sekarang ni... Dulu masa bangun pagi, mesti awak bersemangat, walaupun bukanlah bersemangat nak pergi kerja. Tapi sekarang ni? Bukan ke pagi-pagi mesti senyum? Kenapa awak menangis pulak?

      Hati : Hmm... Saya tak biasa... Saya rindu dia.. Saya rasa dia dah berubah... Saya rasa saya semakin kehilangan dia.. Dulu dia pergi, hilang dari mata saya... Sekarang, dia pergi, hilang dari saya, dari hati saya.... Dia hilang, bawak semangat saya sekali...

      Fikiran : Dah, STOP! Cuba awak jangan menangis.. Ni asyik-asyik nak menangis... Cuba fikir positif... Dah awak sendiri yang bagitau dia tak payah YM lagi... Dia cuma ikut apa yang awak nak... Salah dia ke?

      Hati : Ye, memang saya yang salah! Apa-apa yang jadi, memang semua salah saya! Saya yang emo tak tentu pasal... Kalau saya tak ikutkan perasaan sendiri, mungkin tak jadi macam ni... Saya bersalah... Tapi kenapa dia mesti ikut permintaan saya yang mengarut tu? Kan saya suka bertindak mengikut emosi.. Sepatutnya dia tau yang saya tak bermaksud pun macam tu.... Tapi nampaknya dia suka dengan permintaan saya tu... Sebab dia macam tak kisah pun kalau tak dengar khabar saya sehari... Dan saya je yang macam orang giler kat sini...

      Fikiran : Boleh tak kalau awak berhenti menangis sekejap? Cuba awak bertenang... Fikir... Kalau awak rindu dia, apa salah nya kalau awak minta maaf.. Mulakan dulu bercakap dengan dia... Mungkin dia keliru...

      Hati : Saya dah cuba... Saya dah SMS dia minta maaf... Tapi dia balas sangat lambat... Dia cakap, tu bukan salah saya. Dia minta maaf... Tu je.. Bila malam, baru dia hantar SMS, hantar pesanan-pesanan untuk saya... Tu je.. See, dia memang bahagia tanpa gangguan dari saya kan? Dia macam sibuk sangat sebab hanya 1 SMS je yang dia hantar untuk temani saya 1 hari... Saya nak cuba hantar SMS pada dia, tapi saya takut... Saya takut saya kacau kegembiraan dia... Ganggu dia... Dia pun, takde pun cakap suruh saya online seperti biasa... Dia nampak bersetuju dengan keputusan saya tu... Dia bukan tak tahu saya tak bermaksud pun... Tapi dia gembira.... Bagi saya, biarlah dia gembira kat sana... Saya? Biarlah....

      Fikiran : Awak tak boleh macam tu... Kalau awak sakit macam mana? Awak kan tak suka ubat... Tak suka jumpa doktor... Tak suka doktor suntik awak.... Benci bau hospital... Awak kena kuat... Jangan seksa diri sendiri.... Kalau awak tak kuat, macam mana awak nak habiskan master awak secepat mungkin?

      Daun senduduk daunlah mengkudu
      Asamlah pauh dipetik orang
      Jangan diikut hati yang rindu
      Orang yang jauh kasih tak kurang

      Layanglah layang terbang melintang
      Madu kelapa dalam tempayan
      Lagi tak hilang bulan dan bintang
      Dia tak lupa kasihkan tuan

      Pohon berembang diatas gunung
      Tumbuh dibawah pohon meranti
      Janganlah hidup berulam jantung
      Menunggu dia bersama mati


      Hati : Hmm.. Saya cuma tak biasa... Saya dah biasa dia ada setiap masa... Bukan maksudnya dia ada depan mata.... Tapi dia ada... Cuma bila jadi macam ni, saya rasa lain... Kadang-kadang saya lupa nak bernafas.... Selalunya saya akan bercerita banyak dengan dia... Tentang harapan saya.. Tentang master saya... Tapi sekarang? Dia mungkin dah penat dengar cerita-cerita mengarut saya... Saya rasa macam dah kehilangan kawan paling baik.. Sebab saya dah tak ada tempat nak bercerita... Owh, saya pun tak suka keadaan saya macam ni... Macam mayat hidup je saya rasa.....Saya berdoa, semoga semua akan menjadi sedia kala.... Saya berharap sangat....

      Fikiran : Dah la... Jangan menangis lagi... Dah berapa hari awak asyik nangis je... Nanti kalau kurang air dalam badan macam mana? Jangan risau... Allah kan ada... Dia Maha Mendengar.... Mohon la padaNya... Cuma saya harap kesedihan awak tak jejaskan saya... Saya tak nak jiwa awak sakit... Kalau awak sakit, saya tak boleh bekerja dengan stabil... Bertenang... Yang penting, jangan lupa tujuan awak hidup... 

      Hati : Insya Allah..... Semoga saya kuat......



      Wednesday, December 15, 2010

      KL banjir?

      Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



      Semalam hari air mata sedunia ke? Dari pagi sampai la nak tidur, mata saya asyik bocor je. Saya perlu jumpa doktor ke? 

      Masa mandi saya menangis....
      Masa bersiap, saya menangis....
      Masa buat kerja, saya menangis...
      Masa balik dalam bas, saya menangis...
      Masa nak tidur pn saya menangis...

      Ye, memang saya ratu menangis. Rasa dah bersih mata sebab banyak betul air mata yang keluar.....

      Menangis memang takkan selesaikan masalah. Tapi at least saya lega, walaupun bangun pagi tengok mata dah macam apa ntah. Air mata keluar lagi laju bila seorang yang sangat saya percaya, telah berbohong pada saya. Memang perkara kecik je pun apa yang dia tipu tu. Tapi tak sedar ke dia yang daripada bohong kecik macam tu la akan membawa pelbagai masalah pada masa depan?


      Awak....

      Benda kecik macam tu sepatutnya awak tak perlu berbohong pun... Apalah salahnya kalau awak cakap perkara sebenar.... Bukan ke itu yang sepatutnya? Tapi awak pilih berbohong... Kalau perkara kecik macam tu pun awak sanggup berbohong, macam mana perkara besar yang lain? Saya tak marah... Cuma saya kecewa.... (T_T)

      Saya bukannya nak emotional tak tentu pasal... Tapi cuba awak fikir.. Selama ni saya percaya je dengan awak... Tak pernah terlintas langsung kat fikiran saya yang awak akan tipu saya... Perkara kecik je pulak tu... Owh, rasa macam ditikam-tikam jantung ni....

      Saya mintak maaf kalau memang saya merimaskan awak dan sebab tu awak ambil keputusan untuk tipu saya... Saya minta maaf sangat-sangat (T_T)... So, lepas ni kita tak payah la YM macam biasa lagi... Kalau awak rasa awak rindu saya, baru la awak SMS atau call saya.. Saya tak boleh buat macam tu... Sebab kalau tak, saya akan ganggu awak setiap masa, sebab memang setiap detik saya rindu awak...... (T_T)

      Saya tau saya tak sempurna... Tapi bukan ke saya dah janji akan cuba jadi yang terbaik? Owh, mungkin awak malu dengan saya... Sebab takde satu perkara pun yang boleh dibanggakan tentang saya....






      Tapi percayalah... Walau apa pun yang terjadi... Saya tetap sayang awak... Bukan hanya untuk sekarang... Tapi untuk selamanya... (T_T)




      Tuesday, December 14, 2010

      "aunty tak rindu uncle?"

      Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


      Apakah soalan itu? Tu la soalan yang anak buah pak teh, Izzati, tanya pada saya. Adehhh... Perlu ke saya jawab soalan itu pada budak yang baru darjah 3? Ye, budak darjah 3. Budak-budak sekarang kan dah pandai IT. Baru sekolah rendah pun dah ada akaun Facebook. Tiba-tiba rasa malu sebab saya pun baru je buka akaun Facebook. Hahhaha ;p


      Dia: Hai aunty zara. sihat?

      Saya: Hai izati. sihat. awak katne?

      Dia: Kat umah nenek.... Aunty katne?

      Saya: Owh, tido umah nenek ke malam ni? Aunty baru balik keje la sayang... Ni baru sampai umah : )


      Bla..bla...bla... (Budak kecik ni semangat cerita dia nak pergi picnic esoknya). Tengah semangat bercerita, tiba-tiba.....


      Dia: Aunty tak rindu uncle?


      Errrkkk... Camne nak jawab eh.. Hmm


      Saya: Rindu uncle? Hahahaa...mesti la rindu.. Kat izati pun aunty rindu... Oman, Iqbal....Semua la... : )

      Dia: Ok, aunty cute.....

      Saya: Aunty memang cute... Hahaha :D  

      *sempat lagi angkat bakul* ;p


      Tu dia jawapan selamat saya rasa. Dah kata rindu separuh mati, tak mungkin la tak rindu kan? : ) Tapi saya dah janji dengan pak teh, nak buang rindu tu jauh-jauh. Owh, tolong jangan hujan~

      Friday, December 10, 2010

      Pengakuan PART I

      Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


      Uishhh... Tajuk entry macam menakutkan je. Dah la ada part pulak tu. Macam cerita Harry Potter pulak. Tapi cerita Harry Potter yang terakhir ni memang superb! Starting cerita je dah ada konflik. Tak macam cerita Harry Potter yang lain. Owh, tak sabar nak tengok Part II pulak tahun depan. 

      .
      .
      .
      .
      .
      .
      .


      Erkkk...ok..ok.. Kembali ke pangkal jalan. Bukan tu pengakuan saya yang nak dicerita hari ni. Tapi ramai yang tanya saya, so I guess blog saya ni tempat paling sesuai untuk saya bagitau. Hehehee *suspen je*


      Hihii... Ye, saya DAH BERTUNANG. Buat kawan-kawan saya yang membaca blog ni, ye, saya dah selamat bertunang dengan pak teh. Patutnya anda semua dah perasan sebab entry saya sebelum ni saya ada wish untuk encik tunang saya. (^_^)


      Sorry kalau ada yang kecik hati sebab tak bagi tahu, tapi saya memang tak nak bagitau sebenarnya. Bukan ke hal pertunangan tu tak perlu diperbesarkan? Oleh sebab tu jugak saya tak masukkan gambar dalam Facebook. Tapi disebabkan ada kawan-kawan yang nak tengok gambar, so letak dalam blog ni je eh? (^_^)


      Okeh, selamat meng'kritik'... Hehehee




       Ok, cincin tunang dan cincin merisik. Harus diletakkan first. Thehehe sebab ni la bukti saya dah bertunang : )


        
      Hantaran dua-dua belah pihak. Saya bagi kat pak teh warna merah hitam. Dia bagi warna putih pink.


       
       Ni la duit tanda untuk saya. Adat orang Johor macam yang saya cerita masa kakak saya tunang hari tu.


        
      Owh, ni hantaran favourite saya sebab saya yang buat. Wahahaha ;p Cantik kan? *Sila muntah*


        
      Masa sarung cincin *wink wink* (^_^)y


       Gambar blur, but still cantik. Of course sebab saya ada sebab tu cantik. Wahahahaa xD (terasa kemeriahan kan?)


       Owh, saya terpaksa edit gambar ni untuk menghilangkan segala jerawat yang nampak sebab ni kan gambar close up. Hihihii ;p


      Ni la gambar family saya. Lengkap~ Tema family saya warna hitam. Saya sorang je pink sebab ikut tema family pak teh. Pak teh pulak ikut tema family saya. : )


      Owh, budak debab mana ni? kihkihh :D


      With my best friend forever, Apiez.... Dia sorang je pun yang saya ajak. Anyway, thanks dear sebab datang (^_^)


       Ni la orang yang make up kan saya, orang ni jugak la yang sama-sama buat hantaran dengan saya. Ye, ni adik saya, Ena : )


      Dengan kakak saya yang baru je kahwin hari tu : )


      Tu gambar bakal emak mertua saya. Hehehe


        
       Little monster saya ni demam sebenarnya masa ni. Tapi still nak datang untuk tengok saya bertunang. Sweet je kan? : )



      Tu je gambar untuk masa ni. Sebab gambar ni saya curi dari Facebook pak teh. Gambar dari kamera family sendiri masih belum saya dapat sebab kamera tu sekarang dekat adik saya. Dan sebab tu ni adalah PART I. Nanti dah dapat dari Ena, saya upload lagi (^_^)






      Kamu-kamu yang membaca blog saya ni, doakan saya ye... Semoga hubungan kami akan sentiasa diredhai oleh-Nya dan akan terus mewangi hingga syurga. 




      P/S: Owh, kalau nak tau, ni la hadiah anniversary saya yang saya sangat suka tu (^_^) Genap 1 tahun 3 hari, saya rasa ni masa terbaik untuk saya bertunang : )