“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Wednesday, June 16, 2010

Nota Cinta (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Eh, awak! Dah, jangan pandang kiri kanan. Ye, awak la. Awak yang tengah membaca blog saya ni. Dah tengok cerita Nota Cinta? Laaa, kenapa tak tengok lagi? Cuba la tonton cerita tu. 4 bintang setengah saya bagi (^_^). Sangat sweet and touching (tak habis-habis sweet and touching kan saya ni? Hehee). Cerita tu sebenarnya nak promosikan Nestlé Coffee-Mate®. Sebab tu cerita tu sweet macam Coffee-Mate. Hihii.



Ok, saya bukannya Duta Coffee-Mate, mahupun rakan kongsi mereka. Just want to share that fabulous story dengan semua. Couple dalam cerita ni sangat sepadan dan oh, hubby dia sangat kelakar! (^___^) Mengisahkan cerita cinta sepasang kekasih ni dari mula kenal sampai la mereka kahwin. Sepanjang mereka berkongsi hidup, diorang suka tukar-tukar nota. So sweeeeetttt~ Sebab tu tajuk cerita ni Nota Cinta


Tapi, hidup tak selalunya indah. Langit tak selalu cerah (tiba-tiba termasuk pulak lirik lagu Hijjaz ni. Theheee ;p). Si suami mula pentingkan kerja, dan tak se "sweet" dulu masa mula-mula kahwin. Lepas tu..... Lepas tu... Kena la tengok sendiri kalau nak tau ending. Wahahaa. xD

Selain nak promosikan produk, cerita ni sangat sesuai dengan mereka-mereka yang bakal berkahwin dan juga mereka-mereka yang sudah berkahwin. Sebab banyak pengajaran yang boleh diambil (ayat cliché). Pertama, jangan ingat perkahwinan tu macam fairy tale, sentiasa happy memanjang. Kedua, jangan ingat suami kamu akan romantik sepanjang masa. Ketiga, hargai pengorbanan pasangan walaupun benda tu kecik je. Keempat, sayangi pasangan kamu (jangan bila dia dah lari, baru sibuk-sibuk nak cari). Kelima, sila tambah sendiri selepas menonton. Hehee.

Ni adalah antara babak-babak yang saya suka. Pergi la tengok. Tak banyak pun, cerita ni cuma ada 3 episod je : )

Cute je rasa masa lelaki tu propose heroin dia (^,~)

Oh, saya sangat suka part ni : )

Yes, I'm nothing without you, Pak Teh  : )


0 comments:

Post a Comment