“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Tuesday, June 15, 2010

Huh! Jealous~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Cehh.. Sungguh jealous. Diulang, JEALOUS tauuu! Mana taknya, ada sesetengah orang tu bila makan, punyalah banyak makanan atas meja, lepas tu boleh siap order desert dessert lagi. Makan lengkap 6 kali sehari pulak tu. Belum kira fast food yang masuk dalam perut. Giler makan banyak! Tapi badan still tulang je yang nampak. Cehhh. 

Ada orang pulak, punyalah tak nak makan banyak, siap kena paksa makan lagi. Pastu, makan pun ikut mood je. Bila lalu depan KFC, McD siap tutup-tutup mata lagi supaya tak "ter"masuk dalam restoren tu. Siap buat exercise jalan banyak-banyak, turun naik tangga lagi. Waktu kat rumah, saja buat-buat benda lain supaya tak ingat nak makan. Tapi kenapa berat still tak turun-turun? Kalau nak naik, senang pulak tu. Cehhh..

Dan kenapa saya berada dalam kategori kedua? Cehhh...

Macam seorang kawan saya ni - APAT. Dia makan lagi banyak dari saya kot. Apat jenis yang tak suka membazir, so kadang-kadang, dia yang tolong habiskan makanan saya. Tapi kalau tengok dia, dari zaman U dulu sampai la sekarang, macam tu je badan dia. Sekarang dia dah 4 bulan pregnant ok, tapi perut dia tak nampak macam preggy women pun. Sungguh jealous~

Lagi satu, selepas 4 bulan mengandung ni, berat badan dia still sama macam dulu. Yang ni memang orang lain tak boleh terima sebab baby dia takde berat langsung ke? Teeeheee. Dah buat ultrasound, baby dia sihat je. So, kesimpulan yang dapat dibuat disini, berat sebenar Apat (without the baby) dah turun, walaupun dia makan banyak. Dan saya? Hahaaa. *Pak Teh, sila jangan nak geleng-geleng kepala* :D :D

With Umi Apat yang tak tau bila nak besar-besar.


Sebenarnya setiap yang terjadi ada hikmahnya. Kita mungkin tak nampak, tapi tetap ada. (dengan nada orang yang nak sedapkan hati ;p)



P/S: Yang penting, saya tetap comey (^_^)

2 comments:

Anonymous said...

xpe kang kurus sgt xcomel..mcm skrg mcm dh sesuai je ngan pak teh..;)
ai blela nk buncit ni~

zara sham said...

hahaa...bagus la tu.. sorang nk kurus, sorang nk buncit.. ;p xpe apat, kte tgk bile da 6 bulan nnti, ok (^_^)

Post a Comment