“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Tuesday, June 8, 2010

Cerita Ceriti Part II

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Cerita 1

Sabtu yang sangat membosankan! Akim takde, pergi camping. Mamat pulak macam biasa, bersama rakan-rakan di malam minggu. Tinggallah saya seorang bersama mak dan ayah. Huhuu. Sunyi tu tak best. Sebab sunyi tu buat saya fikir bukan-bukan.

So, saya tengok movie - The Notebook. Touching and sweet. Tu je perkataan yang boleh saya gambarkan untuk cerita tu. Memang terbaik! Walaupun cerita tu ada adengan untuk 18 tahun ke atas sahaja (errkk...21 tahun ke atas kot), tapi really touching, sampai buat saya nangis. 

Helloooo... Saya dah 25 tahun okay! Tak sangka dah boleh tengok cerita-cerita macam tu. Hahaaa..

Lesson: Cinta sejati tu sampai ke mati...

DAN

Saya harap kisah saya sama macam The Notebook ni..

Cerita 2

Ok, mak dah berjaya jumpa taktik suruh saya makan nasik. Dia sengaja suruh ayah masak ayam special yang saya suka tu. Sebab hari tu saya teruja tanya ayah resepi nak masak ayam tu. So, mak tau saya suka makan. Alahai.... Habislah mogok saya pada nasik.

Memang teruja nak tau resepi ayah tu. Tapi nak masak belum tau lagi la. Honestly, saya masih terkesan dengan 1 peristiwa hari tu. Sejak tu, sampai sekarang saya masih belum ada hati nak masak apa-apa.

Ni la rupa ayam special tu. I like!~ (^_^)

Cerita 3

Cekodok, awek Mamat call. Dia cakap kat Mamat, "suara kakak awak tu sedap la..."

Hahaaa. Well..... ;p Walaupun saya tau dia sebenarnya nak cakap, "suara kakak awak tu macam kartun la", tapi saya still anggap tu satu pujian ikhlas. Theee hee.

Ok, Cekodok. Lepas ni awak dah boleh jadi adik ipar akak! (^_^)

Cerita 4

Hari Ahad ke Jerantut sebab Kak Su kahwin. Thanks to Kak Cha and Kak Najah sebab jadi driver hari tu (walaupun ada masanya saya rasa macam naik "rollercoaster") xD

Lagi seorang kawan saya dah berubah status kepada isteri orang. Bila semakin banyak kawan-kawan saya kahwin, saya rasa macam takut pulak nak tempuh benda yang sama bila dah sampai masa saya. Ye la, sebelum kahwin kita boleh buat keputusan sendiri. Tapi lepas kahwin, kena ambil kira pendapat pasangan jugak. Pak Teh cakap, miss-communication ni la antara punca orang bercerai-berai sekarang ni. Isshhh, mintak dijauhkan.

Kepada Pak Teh, saya cakap "MACAM TAKUT NAK KAHWIN", bukannya saya cakap "TAK NAK KAHWIN". Sila jangan salah faham ye. Tak mungkin la saya tak nak kahwin dengan Pak Teh. Hahaa.

Cerita 5

Saya rasa tekanan darah saya dah jadi tak normal balik. Sebabnya saya rasa agak terbeban dengan kehidupan sejak kebelakangan ni. Jangan tanya apa yang buat saya tertekan. Yang pasti saya sedang cuba ingat balik memori-memori gembira saya supaya saya lupa dengan bebanan tu.

Kepada semua yang membaca blog saya, kalau ada memori manis dan gembira dengan saya, sila kongsi ye... Saya tak nak kena strok sebab saya belum kahwin. Hahaa. 


Sekian...

2 comments:

Anonymous said...

wah...kutukan membina ek..roller coaster ekk..

zara sham said...

hahaa... tau xpe.. ;p

Post a Comment