“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Tuesday, June 29, 2010

Tidak kot....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Tau tak semester baru nak bermula? Sem baru maksudnya yuran. Yuran maksudnya duit. Duit maksudnya banyak. Banyak maksudnya kena berjimat. Kena berjimat maksudnya no shopping. No shopping maksudnya ....... (sila isi sendiri). Adehhh. No shopping kepada orang yang kaki shopping? Tidaaaaakkkkkk! Bulan ni perlu berdiet duit ye cik Zara.





Ada sesiapa nak belanja saya makan? Wahahaaa.. ;p

Monday, June 28, 2010

Untitled PART III

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...




Betapa getirnya rindu yang kau kikis
Tak terhakis di persisir hati
Walaupun hujan menimpa sahara
Tak mungkin hilang panas di bumi

Dahagalah musafir mengejar realiti duniawi
Kiasnya pujangga
Hamparan penuh suci niatnya

Getar jari jemari ku tahan jua
Menggenggam bara hingga menjadi abu
Luka dan pedih amatlah berbisa-bisa
Hanya kesabaran penawar sejati

Pengorbanan adalah satu kemestiannya dalam hidup
Walaupun kau diriku seribu keresahan di mimpi

Cinta bagaikan bebayang
Makin diusir semakin hampir
Apa yang kita impikan
Tak semuanya menjadi
Datangnya seakan menguji


*Walau setinggi manapun kata rindu yang dihamburkan, kenyataan tetap takkan merubah keadaan...Dan aku, masih setia menanti, kalau itu menjadi caturan*


Thursday, June 24, 2010

Perlu Beliau...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Kesalahan : Telah mencuri hati saya

Tempat Terakhir Dilihat : Doha, Qatar (bila entah nak balik Malaysia...)


Pernah tak jumpa mamat ni? Beliau ni sangat jahat. Beliau suka buli saya. Bila balik Malaysia, saya selalu jadi mangsa angkat beg beliau yang besar raksasa tu (macam la selalu sangat ;p). Dah la suka ejek saya. Beliau cakap, saya tak ada hidung la, saya tembam la... Saya tau, beliau sebenarnya jealous dengan kecomelan saya (ok, sila menyampah dengan statement tersebut). xD Lagi satu, orang lain panggil buah hati diorang "B" (stand for baby). Beliau pun panggil saya B jugak. Bucuk.... -_-" Tapi takpe. Saya pun boleh panggil beliau B jugak apa. B, "bajet ensem". Wakahahahaa :p



Sesiapa yang jumpa beliau, sila bagitau saya dan katakan pada beliau,


Happy 7th Anni-month-sary! (^_^)

Saya sayang dia, sampai hujung nyawa...









Nota kecil: Owh, ini entry saya yang ke-100 ^^v

Tuesday, June 22, 2010

Sakit + Emo

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Rasa nak berguling-guling je kat ofis ni. Sakit yang sangat-sangat. Sampai dah nak habis minyak Yu Yee ni saya sapu kat perut, tapi sakit still tak kurang. Uwaaaa... 

Ok, saya period pain. 

Perut saya rasa cramp yang amat sangat. Apat tanya, perut cramp tu macam mana. Hmm, macam mana nak cakap ye. Rasa macam bahagian perut tu ditegangkan setegang yang boleh. Lepas tu, rasa macam benda-benda dalam perut tu macam nak meletup atau putus. Hahaa, ye saya tahu. Melampau-lampau pulak saya gambarkan sakit tu. Tapi, tu la yang saya rasa sekarang. Bersyukurlah wahai orang yang tak merasai apa yang saya rasa. Orang yang tak rasa apa yang saya lalui sekarang memang takkan faham macam bos saya

Semalam, Pak Teh suruh saya tanya Mr.Google macam mana nak kurangkan period pain ni. Disebabkan saya ni memang mendengar kata, saya pun search la petua-petua yang orang lain buat. Result: kebanyakan mereka-mereka yang mengalami nasib yang sama menyarankan supaya ambil susu sebab salah satu sebab period pain adalah kekurangan kalsium dan magnesium. SUSU LAGI! *aisshh*

Saya tak suka la susu ni. Tak sedap langsung. Susu HL yang saya suka tak ada pulak jual kat koperasi UTM. Terpaksalah minum je susu yang lain ni dengan perasaan sumpah nak muntah! 

SAYA TAK SUKA SUSU NI!! SAYA TAK SUKA MINUM SUSU!! (Perempuan emo ini mula bersuara)

Friday, June 18, 2010

Waiting in silence~ -_-"

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Kalau orang tu dah cakap dia belum ada hati nak balik Malaysia, saya nak buat apa? 

Tunggu je la sampai dia ada hati.

Saya cuma perlu tunggu... Tunggu... Dan tunggu...

Owh, dan bersabar....

Saya tak kisah dia nak kerja jauh-jauh.

Apatah lagi nak merajuk bila tak ada orang nak teman saya pergi tengok wayang, makan KFC.

Cuma 5 bulan tu... Hmm.. Terlalu lama bagi saya.

Bukannya SMS, call dan YM tu tak cukup.

Tapi saya rasa susah hati,

kalau dia tak ada.

Inikan pulak 7 bulan jauh dari mata.

Hmm.. Ok, abaikan.. 

Sesi luahan perasaan dah habis.





Nota dari hati: Rindu itu telah mati di bibir, tapi masih bernyawa di hati.

Wednesday, June 16, 2010

Nota Cinta (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Eh, awak! Dah, jangan pandang kiri kanan. Ye, awak la. Awak yang tengah membaca blog saya ni. Dah tengok cerita Nota Cinta? Laaa, kenapa tak tengok lagi? Cuba la tonton cerita tu. 4 bintang setengah saya bagi (^_^). Sangat sweet and touching (tak habis-habis sweet and touching kan saya ni? Hehee). Cerita tu sebenarnya nak promosikan Nestlé Coffee-Mate®. Sebab tu cerita tu sweet macam Coffee-Mate. Hihii.



Ok, saya bukannya Duta Coffee-Mate, mahupun rakan kongsi mereka. Just want to share that fabulous story dengan semua. Couple dalam cerita ni sangat sepadan dan oh, hubby dia sangat kelakar! (^___^) Mengisahkan cerita cinta sepasang kekasih ni dari mula kenal sampai la mereka kahwin. Sepanjang mereka berkongsi hidup, diorang suka tukar-tukar nota. So sweeeeetttt~ Sebab tu tajuk cerita ni Nota Cinta


Tapi, hidup tak selalunya indah. Langit tak selalu cerah (tiba-tiba termasuk pulak lirik lagu Hijjaz ni. Theheee ;p). Si suami mula pentingkan kerja, dan tak se "sweet" dulu masa mula-mula kahwin. Lepas tu..... Lepas tu... Kena la tengok sendiri kalau nak tau ending. Wahahaa. xD

Selain nak promosikan produk, cerita ni sangat sesuai dengan mereka-mereka yang bakal berkahwin dan juga mereka-mereka yang sudah berkahwin. Sebab banyak pengajaran yang boleh diambil (ayat cliché). Pertama, jangan ingat perkahwinan tu macam fairy tale, sentiasa happy memanjang. Kedua, jangan ingat suami kamu akan romantik sepanjang masa. Ketiga, hargai pengorbanan pasangan walaupun benda tu kecik je. Keempat, sayangi pasangan kamu (jangan bila dia dah lari, baru sibuk-sibuk nak cari). Kelima, sila tambah sendiri selepas menonton. Hehee.

Ni adalah antara babak-babak yang saya suka. Pergi la tengok. Tak banyak pun, cerita ni cuma ada 3 episod je : )

Cute je rasa masa lelaki tu propose heroin dia (^,~)

Oh, saya sangat suka part ni : )

Yes, I'm nothing without you, Pak Teh  : )


Tuesday, June 15, 2010

Huh! Jealous~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Cehh.. Sungguh jealous. Diulang, JEALOUS tauuu! Mana taknya, ada sesetengah orang tu bila makan, punyalah banyak makanan atas meja, lepas tu boleh siap order desert dessert lagi. Makan lengkap 6 kali sehari pulak tu. Belum kira fast food yang masuk dalam perut. Giler makan banyak! Tapi badan still tulang je yang nampak. Cehhh. 

Ada orang pulak, punyalah tak nak makan banyak, siap kena paksa makan lagi. Pastu, makan pun ikut mood je. Bila lalu depan KFC, McD siap tutup-tutup mata lagi supaya tak "ter"masuk dalam restoren tu. Siap buat exercise jalan banyak-banyak, turun naik tangga lagi. Waktu kat rumah, saja buat-buat benda lain supaya tak ingat nak makan. Tapi kenapa berat still tak turun-turun? Kalau nak naik, senang pulak tu. Cehhh..

Dan kenapa saya berada dalam kategori kedua? Cehhh...

Macam seorang kawan saya ni - APAT. Dia makan lagi banyak dari saya kot. Apat jenis yang tak suka membazir, so kadang-kadang, dia yang tolong habiskan makanan saya. Tapi kalau tengok dia, dari zaman U dulu sampai la sekarang, macam tu je badan dia. Sekarang dia dah 4 bulan pregnant ok, tapi perut dia tak nampak macam preggy women pun. Sungguh jealous~

Lagi satu, selepas 4 bulan mengandung ni, berat badan dia still sama macam dulu. Yang ni memang orang lain tak boleh terima sebab baby dia takde berat langsung ke? Teeeheee. Dah buat ultrasound, baby dia sihat je. So, kesimpulan yang dapat dibuat disini, berat sebenar Apat (without the baby) dah turun, walaupun dia makan banyak. Dan saya? Hahaaa. *Pak Teh, sila jangan nak geleng-geleng kepala* :D :D

With Umi Apat yang tak tau bila nak besar-besar.


Sebenarnya setiap yang terjadi ada hikmahnya. Kita mungkin tak nampak, tapi tetap ada. (dengan nada orang yang nak sedapkan hati ;p)



P/S: Yang penting, saya tetap comey (^_^)

Monday, June 14, 2010

No emo, please~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Last week was my most super-duper-horrible-terrible-miserable week in this year. I lost my mind, I felt moody for the whole week, I got pain in my back, my knee, my legs, and it was like my world turn upside down. In simple word- IT WAS PATHETIC! Thus, i try to control the emotions during my weekend and Alhamdulillah, I managed to hold it back without hurt anybody. Thee hee.

Ok, macam mengada-ngada pulak saya cakap bahasa Inggeris tiba-tiba ni. Mungkin sebab demam cawan dunia (world cup) telah melanda kot. Padahal saya tak tengok langsung pun bola. Hahaaa.

Macam saya cakap, memang minggu lepas adalah minggu paling teruk bagi saya. Sebab tu saya emo tak tentu pasal. Mungkin sebab saya mengalami PMS. It such an idiot, u know. Tapi saya dah rasa stabil sekarang. Berjaya juga la saya sibukkan diri pada Sabtu dan Ahad lepas. Saya tengok movie banyak-banyak, baca buku, nyanyi-nyanyi, buat lirik with my not-so-little-brothers. (^_^) Bila saya stabil, barulah saya dapat berfikir dengan baik.

Pernah dengar pepatah yang cakap "The fastest way to lose love is to hold too tight, the best way to keep love is to give it wings"? Dulu-dulu saya rasa pepatah tu macam bodoh because why you should let your love to be free? I mean, why you must suffer while your other behalf enjoy the freedom, isn't it? But, only now I understand... Really understand... When you love someone, u should let him choose the way he wants to live, himself. It is not the matter you feel suffer or blissful, but... It is hard for me to explain. Bila kamu rasa apa yang saya rasa sekarang, you will know what I mean. Bila dia bahagia, kita akan turut rasa bahagia walaupun sometimes you may feel suffocation. But it's okay. Mana la saya boleh bagitau what he should do and what he shouldn't. I mean, he got his own life, right? Saya pun bukannya apa pun. Saya cuma buah hati dia yang belum tau pun status pada masa depan.


Owh, please. Jangan ingat saya merajuk. Saya ok je. Walaupun nampak macam apa yang saya cakap ni still emo, tapi saya dah ok sebenarnya. Betul la kan apa yang saya cakap? : ) 

Kepada Pak Teh, anggap je apa yang saya cakap minggu lepas bukan dari diri saya. Biasa la, orang tengah PMS memang suka merepek. (^_^) Walau apa pun terjadi, semangat kamu tetap bersama saya, walaupun selama pasti. Guminavo zou diau~ : )



Nota kaki: Semalam nak makan nasi lemak, tapi dah habis pulak. Ni yang nak emo balik ni. Hahaa :D

Friday, June 11, 2010

Untitled PART II

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Kenapa mata saya lately ni berair je ye? 
No..No..No.. I'm not crying ok.
It just....
Ok, forget it.
I want to go home now.
Miserable je duduk ofis ni.

Bye!

Thursday, June 10, 2010

Saya takkan.... (T_T)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


MySpace

Pak Teh,

Saya takkan suruh awak nyanyi lagu Teacher's Pet tu lagi.
Saya takkan belasah awak macam saya cakap tu.
Saya takkan guna duit awak untuk bayar tiket ERL lagi.
Saya takkan degil-degil lagi.
Saya takkan paksa awak habiskan makanan saya lagi.
Saya takkan buat semua tu lagi.







Saya cuma, nak awak balik je.
Enam bulan tu...macam enam tahun.


Owh, apa yang saya merepek ni? Ok.. Abaikan....

Wednesday, June 9, 2010

K.O.S.O.N.G

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Usir rindu ini jauh-jauh...
Jangan pernah singgah,
walau buat aku parah....

Tuesday, June 8, 2010

Cerita Ceriti Part II

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Cerita 1

Sabtu yang sangat membosankan! Akim takde, pergi camping. Mamat pulak macam biasa, bersama rakan-rakan di malam minggu. Tinggallah saya seorang bersama mak dan ayah. Huhuu. Sunyi tu tak best. Sebab sunyi tu buat saya fikir bukan-bukan.

So, saya tengok movie - The Notebook. Touching and sweet. Tu je perkataan yang boleh saya gambarkan untuk cerita tu. Memang terbaik! Walaupun cerita tu ada adengan untuk 18 tahun ke atas sahaja (errkk...21 tahun ke atas kot), tapi really touching, sampai buat saya nangis. 

Helloooo... Saya dah 25 tahun okay! Tak sangka dah boleh tengok cerita-cerita macam tu. Hahaaa..

Lesson: Cinta sejati tu sampai ke mati...

DAN

Saya harap kisah saya sama macam The Notebook ni..

Cerita 2

Ok, mak dah berjaya jumpa taktik suruh saya makan nasik. Dia sengaja suruh ayah masak ayam special yang saya suka tu. Sebab hari tu saya teruja tanya ayah resepi nak masak ayam tu. So, mak tau saya suka makan. Alahai.... Habislah mogok saya pada nasik.

Memang teruja nak tau resepi ayah tu. Tapi nak masak belum tau lagi la. Honestly, saya masih terkesan dengan 1 peristiwa hari tu. Sejak tu, sampai sekarang saya masih belum ada hati nak masak apa-apa.

Ni la rupa ayam special tu. I like!~ (^_^)

Cerita 3

Cekodok, awek Mamat call. Dia cakap kat Mamat, "suara kakak awak tu sedap la..."

Hahaaa. Well..... ;p Walaupun saya tau dia sebenarnya nak cakap, "suara kakak awak tu macam kartun la", tapi saya still anggap tu satu pujian ikhlas. Theee hee.

Ok, Cekodok. Lepas ni awak dah boleh jadi adik ipar akak! (^_^)

Cerita 4

Hari Ahad ke Jerantut sebab Kak Su kahwin. Thanks to Kak Cha and Kak Najah sebab jadi driver hari tu (walaupun ada masanya saya rasa macam naik "rollercoaster") xD

Lagi seorang kawan saya dah berubah status kepada isteri orang. Bila semakin banyak kawan-kawan saya kahwin, saya rasa macam takut pulak nak tempuh benda yang sama bila dah sampai masa saya. Ye la, sebelum kahwin kita boleh buat keputusan sendiri. Tapi lepas kahwin, kena ambil kira pendapat pasangan jugak. Pak Teh cakap, miss-communication ni la antara punca orang bercerai-berai sekarang ni. Isshhh, mintak dijauhkan.

Kepada Pak Teh, saya cakap "MACAM TAKUT NAK KAHWIN", bukannya saya cakap "TAK NAK KAHWIN". Sila jangan salah faham ye. Tak mungkin la saya tak nak kahwin dengan Pak Teh. Hahaa.

Cerita 5

Saya rasa tekanan darah saya dah jadi tak normal balik. Sebabnya saya rasa agak terbeban dengan kehidupan sejak kebelakangan ni. Jangan tanya apa yang buat saya tertekan. Yang pasti saya sedang cuba ingat balik memori-memori gembira saya supaya saya lupa dengan bebanan tu.

Kepada semua yang membaca blog saya, kalau ada memori manis dan gembira dengan saya, sila kongsi ye... Saya tak nak kena strok sebab saya belum kahwin. Hahaa. 


Sekian...

Friday, June 4, 2010

A day without a word

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....

Thursday, June 3, 2010

Jauhnya........

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Hmm, giler jauh! Saya dah tanya Mr.Google, jarak Kuala Lumpur dengan Doha bersamaan 5,892 km! Atau dengan kata lain, memang saya akan sampai kat sana tahun depan kalau saya jalan kaki dari sekarang. 

Kalau jalan kaki, ada ke orang nak tumpangkan saya rumah untuk berehat bila saya dah letih?

Kalau nak berenang merentas laut, saya tak pandai berenang.

Kalau nak bawak kereta, saya tak ada lesen.

Kalau nak naik kapal terbang, saya takde duit nak beli tiket.

Semua tak boleh? Apa yang saya boleh ni!? Down lagi.... Bukan nak menyalahkan diri, tapi saya memang tak mampu buat apa-apa. 






Owh angin, bawalah aku terbang sampai ke Qatar!~ :(


Wednesday, June 2, 2010

Cerita Ceriti

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Cerita 1

Semalam masa balik dari kerja, anak buah saya pun baru balik dari sekolah. Macam biasa, mesti ada adengan cium pipi sebab jarang jumpa. Lepas tu dia cakap,

"Kak Siti ni, balik kerja pun wangi lagi...."

Budak umur 7 tahun tak pandai menipu.

Pak Teh, awak yang busuk... I, sentiasa wangi.. ;p

Cerita 2

Mak cakap "pergilah makan".

"Tak nak la mak.. Takde selera nak makan nasi"

Pak Teh, I tau U mesti tak percaya dah seminggu lebih I tak sentuh nasi. (tapi benda lain I makan.. hahaha)

Ayah dengar. Terus ayah masak ayam special. Tak tau nama masakan sebab tu resepi ayah. Bau dia dah cukup buat diet nasi saya disekat. So, berakhirlah mogok saya pada nasi semalam. Tapi takpe, sebab saya suka ayam tu. Hihii :D

Cerita 3

Dapat jam tangan dari Pak teh. Yeaaaa!~

Sangat suka sebab warna pink.

Errkk.. Sejak bila saya suka pink ni?


Tu je cerita hari ini. Sekian.

Tuesday, June 1, 2010

Cubalah mengerti.....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Dah dekat 2 bulan.
Tapi macam dah 2 abad je tak jumpa.
Gile ahh rindu....
Tapi pujuk diri kuatkan hati.

Pak Teh, awak tau tak saya rindu awak?
Hmmm...

*Apasal la suka tulis pendek-pendek lately ni? Macam bukan Zara pulak.. Huhu..*