“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Monday, August 9, 2010

Weekend saya (^_^)


Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Suka betul saya cerita pasal aktiviti masa weekend saya kan? Memang saya suka sebab weekend mesti banyak yang jadi. Macam weekend lepas, abang saya sefamily balik rumah. Dah lama tak jumpa anak-anak buah saya yang debab itu. Sangat rindu ok. Anak buah saya yang muka macam pelakon kanak-kanak Mia Sara tu sibuk ajak saya makan coklat dengan dia. Aisshhh, Mia... Habislah debab Mak Teh lepas ni. 


Ni la anak buah saya, Damia yang sebut "sabun" jadi "cabun" dan "zirafah" jadi "jirafah". Hahaaa ;p Masa ni dia sibuk nak main gitar macam Ayah Cik dan Pak Su dia. Ada satu adegan yang saya tak boleh lupa masa ni.

Mia: Hmm.. Mak Teh nak lagu apa? (sambil tangan dia nak memetik gitar, konon-konon nak mainkan untuk Mak Teh tersayang ni la)

Saya: Mia pandai main lagu apa?

Mia: Mak Teh cakap je lagu apa. Mia tau semua lagu. (dengan muka confident)

Cehhh.... Perasan giler anak buah saya sorang tu. Nak petik gitar pun tangan tak sampai, ada hati nak main. Padahal lagu Twinkle Twinkle dengan Ba Ba Black Sheep je dia pandai. Hahhaaa. Habis gelak guling-guling saya masa tu. Memang anak buah Mak Teh. Teheheee..

Kakak saya pun balik rumah jugak. Macam biasa, kalau dia balik mesti suruh saya teman dia pergi butik pengantin. Cuma kali ni tunang dia, Abang Masrin ada sekali. 

Macam biasa juga, gambar di butik pengantin itu harus. Hahaaa ;p

Kalau jumpa cermin, perkara biasa akan berlaku la kan? (^_^)

Ni dekat shopping complex. Ingat nak ambik gambar dengan KLCC, tapi kecik la kan...

Cuti ni jugak saya dapat makan coklat sedap! Di ulang, SANGAT SEDAP! :p Memang kalau kakak saya balik, dia akan bawak coklat untuk adik-adik dia yang monster coklat ni. 

Nyum..Nyum~ 


Eh, jangan ingat gambar di atas tiada kaitan dengan cuti saya kali ni. Sebabnya minggu ni baru saya realize yang dua pelembut fabrik ni sangat wangi! Hehehee. Saya suka bila baju saya wangi, so tak payah la saya pakai perfume lagi. Saya dah cuba macam-macam pelembut fabrik, dan saya rasa ni yang terbaik pernah saya cuba. Lepas ni tak nak tukar lain dah. (^_^)

Ok, cerita weekend saya dah habis. Tunggu cerita weekend depan pulak. Sebab bulan puasa ni saya ada projek yang nak dibuat. Nak tau apa? Tunggguuuuuu~ ^^y

0 comments:

Post a Comment