“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Monday, August 2, 2010

Cerita Ceriti Part III

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


Cerita 1

Tadi bos saya suruh pergi beli ubat dia dekat CEPP, salah satu tempat kat sini yang jual produk hasil dari kajian mereka. Saya sebenarnya dah selalu belikan bos saya ubat tu, tapi kenapa la orang-orang kat situ selalu senyum-senyum masa saya nak beli ubat tu? Pelik. Agaknya diorang ingat saya yang nak makan ubat tu kot. Hahaa. Tak mungkin la kan. Ubat apa? 

Ok, TONGKAT ALI. Theehee ;p


Cerita 2

Weekend lepas saya secara tak rasmi telah menjadi umi kepada little monsters saya. Mama diorang kata hari Jumaat malam Sabtu tu Kak Ngah dah nangis-nangis nak tidur rumah opah. Huh! Anak buah saya tu memang pandai berlakon. Cissss. Sebabnya sampai rumah saya, terus ajak saya ke kedai. Padahal cakap dengan mama, dah rindu opah la, dah rindu Kak Siti la. Memang layak dapat award. Hehee. Tapi saya happy (^_^)

Orang nak beli barang pun tak senang.. Sibuk nak tangkap gamba... Hahaa


Cerita 3

Kenapa tiba-tiba je anugerah Ilahi a.k.a jerawat boleh singgah di muka saya? Waaaa... Tension je. Rasanya pagi tadi tak ada. Ni tengok muka kat cermin, dah elok je dia melekat dekat dagu. Huhuu. Kena ikat tangan ni. Kalau tak, sibuk je nak picit.


Cerita 4

Apasal la saya call pejabat RMC kat Skudai tak ada orang pun yang jawab call? Dah lenguh dah tangan saya mendail. Punya la besar ofis, takkan tak ada sorang pun kat sana? Angin je.... *aishh*

Ok, habis cerita. Tataa~

0 comments:

Post a Comment