“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan teruji lagi...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Kita baru je puasa 9 hari, tapi saya dah terbayang suasana hari raya saya. Ok, ni bukan cerita gembira. Bukan cerita gembira macam budak-budak pergi rumah orang semata-mata nak duit raya lepas tu kutuk tuan rumah sebab dapat duit biru padahal nak duit merah. (-_-)" 

Ni cerita hari raya, tapi cerita sedih okay. Cerita sedih hari raya saya bermula dengan saya tak dapat beraya dengan mak ayah. :' ( Tahun ni, mak dan ayah akan balik kampung bersama Akim, Mamat dan Along. Maksudnya di sini, saya akan beraya hanya dengan kakak saya sahaja. BERAYA DI BANDAR KUALA LUMPUR YANG SUNYI SEPI SEBAB SEMUA BALIK KAMPUNG! Adik perempuan saya, Ena pulak terpaksa bekerja kerana orang ramai memerlukan khidmatnya. Sobs...

Lebih sayu lagi, Pak Teh mungkin tidak dapat balik beraya kerana masalah permit di Qatar. 

 Pak Teh mungkin tak balik raya???

Ye, Pak Teh mungkin tak balik raya.....
  
Pak Teh mungkin tak balik raya???

Pak Teh mungkin tak balik raya.....


*KECEWA*





Tak perlu la saya cerita panjang lebar, sebab semua orang mesti memahami apa yang saya rasa. Memang perasaan saya tak dapat digambarkan. Saya tak tahu nak kata apa lagi.... :(




Hari raya tanpa orang-orang yang saya sayang disisi, memang tak ada makna... (T_T)

0 comments:

Post a Comment