“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Tuesday, August 10, 2010

Dinner yang sedap (^_^)

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Semalam E puasa, tapi dia tak ada kawan nak teman dia berbuka. Dia cakap dia teringin nak makan lamb chop sebelum berpuasa ni. Apa lagi, saya pun menawarkan diri nak teman dia berbuka. Lagipun saya nak makan chicken chop kat tempat tu sebab ramai yang cakap makanan kat situ sedap. Apa entah nama kedai tu, tapi letaknya kat Kampung Baru, memang syurga makanan. Theheee.

Owh, lupa nak cakap. E ni kawan baru saya di ofis ni. Bos dia sama dengan Apat, tapi bilik dia lain. Dia pun macam kitorang, ambil master dan buat projek untuk bos kami. So, sekarang saya dah ada kawan baru di ofis. Sekurang-kurangnya bila Apat bersalin nanti, saya tak keseorangan. (^_^)

Ni la kawan baru saya, E. Masa dia order lamb chop, terus saya teringat Pak Teh. Sebab Pak Teh pun suka lamb chop. Ishhh Pak Teh ni, saya nak makan pun dia ada dalam fikiran saya. *aissshhh* (-_-)"


Gaya orang tamak haloba. Macam la puasa nanti tak boleh minum air langsung. Hahahaa ;p


Ni air fresh mango yang saya order. Memang TERBAIK! Sangat sedap dan tak pernah minum fresh mango yang sedap macam ni. (Percaya la, saya tak ada syer pun dengan kedai ni. Hihii)


Dah makan separuh, baru ingat nak ambil gambar. Hahaaa. Bukan apa, teruja tengok chicken chop ni. Tekak saya bagitau yang makanan ni sedap sampai tak ingat dunia saya makan. Padahal gusi tengah sakit. Heheee.


Saya dengan E dah plan banyak benda untuk bulan puasa ni. Bukan bermakna Apat akan dilupakan, tapi saja bagi Apat peluang berpuasa pertama kali dengan suami tersayang dan baby dalam perut yang kuat makan tu. (^_^) Lagipun, orang dah kahwin, mana boleh sama dengan orang yang bujang. Lalalaa~ :p

Ok, aktiviti bulan puasa akan di update dari semasa ke semasa. Kepada semua yang membaca blog saya, selamat menyambut Ramadhan! Mohon maaf kalau ada silap salah sama ada secara zahir atau batin. Sesungguhnya saya juga manusia biasa.... :)

0 comments:

Post a Comment