“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Monday, August 30, 2010

Masa telah berlari...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Saya selalu cakap kat mak perut saya pedih bila menjelang petang dalam bulan puasa ni. Heii, tu bukan taktik nak bukak puasa cepat eh. Tapi memang perut saya pedih. Tu perkara biasa sebab kata Pak Teh, agaknya dinding perut saya dah menipis. So, bila dah tak ada benda yang nak diproses, asid dalam perut akan menghakis dinding perut. Ok..ok.. Saya bukan nak mengajar sains sekarang ni dan bukannya cerita perut pedih yang saya nak post kali ni.

Tapi jawapan mak yang buat saya terfikir sesuatu. Bila saya mengadu kat mak perut saya sakit, mak akan cakap "ala, lagi sikit je nak berbuka. Tahan sakit tu. Sekarang ni masa cepat je berjalan".

Memang kan? Masa cepat betul bergerak. Rasa macam baru je sambut raya tahun lepas. Ni dah nak sambut raya balik. Rasa macam baru je saya graduate, padahal dah 2 tahun berlalu. Rasa macam baru je saya bekerja dengan bos saya. Rupanya dah 1 tahun lebih saya kat UTM ni.

Lagi satu, rasa macam baru je kak long datang rumah saya dengan badan sepanjang 30cm. Sekarang dia dah 118cm! Dah masuk darjah 1 dah pun. Cepat betul kan masa? Little monster saya yang sorang tu dah pandai membaca dan menulis sikit-sikit :) Walaupun baca masih merangkak lagi, kira dah ada pencapaian membanggakan la. 

Masa tu saya nak bawak dia pergi beli barang untuk rumah. Saya cakap kat dia "kalau nak ikut, kena tulis list barang-barang nak beli. Akak cakap, kakak tulis". Disebabkan dia memang teruja nak ikut sebab dia nak makan KFC, maka ni lah hasilnya:


Serbuk kunyit jadi sebuk kunyit, sabun fab jadi subun fab. Pastu siap ada LOVE lagi. Hahaa. Comey je (^_^)


Budak besar tu memang ada imaginasi yang tinggi kan? (^_^) Tu tandanya otak dia semakin berkembang. Hari tu saya balik rumah, saya tengok ada cawan berisi air dekat dapur. Agak pelik sebab ada sesuatu dalam air tu. Mula-mula risau jugak, mana la tau ada lipas mati lemas dalam air tu ke (cakap orang, kau pun imaginasi tinggi -_-") Lepas beranikan diri tengok, rupa-rupanya ada dinosaur kecik-kecik dalam air tu. Bila tanya mak, mak cakap tu kak long punya kerja. Dia cakap "Opah, nanti tengokkan dinosaur Wa ni eh. Nanti kalau rendam dalam air dia boleh jadi besar". Adehhh... Apa kak long ingat tu soft toy ke? Dinosaur yang keras macam batu tu, rendam dalam air panas serupa meggi pun belum tentu dia jadi besar. Hahaaa. Kak long, kak long....

Giler kau lipas! Dari jauh pun dah boleh nampak benda tu warna-warni. Lagi mau kata lipas kan? Theheee ;p

Ni la rupa dinosaur yang katanya boleh membesar tu. Hahaa



Cepat kan masa berlalu? Hmm....Cuma satu je yang saya rasa lambat. Lambatnya Pak Teh nak balik (-_-)" Rindu setengah mati je kot. JE??

Tuesday, August 24, 2010

9 Bulan (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Sudah 9 bulan!~ (^,~)y Oitt, jangan fikir bukan-bukan. Bukan 9 bulan mengandung mahupun tajuk cerita baru menggantikan cerita 8 Bulan kat TV3 tu. Tapi sudah 9 bulan saya bersama Pak Teh (^_^). Alhamdulillah.... Walaupun banyak je dugaan kecil sepanjang perhubungan kami, tapi alhamdulillah kami masih bersama. Hahaa, mesti ada yang cakap "elehh, baru 9 bulan nak kecoh-kecoh". Hehee, bukan nak kecoh la. Kan saya pernah cakap yang saya akan sambut setiap bulan? Sebab setiap detik bersama tu perlu dihargai, bukan ditangisi. Hahaa, sudah... Sebelum saya bertukar menjadi super jiwang, baik saya berhenti menaip. Tapi sebelum tu, Selamat Ulang-Bulan yang ke 9, Pak Teh! (^_^) Love you, indeed... : )





*Pause dulu I Pod blog saya ni dulu sebelum view video di atas : ) *

Friday, August 20, 2010

*surat memujuk hati*

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Dear Pak Teh,


It's okay kalau awak tak dapat balik Malaysia raya ni. Bukan salah awak pun exit permit tu tak dapat. Mungkin ada hikmah di sebalik perkara ni. Mungkin kalau awak tak balik ni, ada sesuatu yang baik akan berlaku. Siapa tahu kan, kuasa Allah. 

Kita fikir positif : kalau awak tak balik, awak tak payah la pening-pening nak bagi saya duit raya kan? ;p Awak pun tak payah dah nak fikir pasal pistachio 6 kg dengan coklat yang saya mintak tu. Hahaa. Mungkin ada jugak kebaikannya pada saya. Saya pun tak payah la buat biskut monster yang awak suruh buat tu. Bila saya beraya rumah mak awak nanti, takde la orang akan suruh saya masak. : )

Pasal saya kat sini, tak perlu la awak risau. Awak kan kata saya boleh jadi superwoman. Lagipun saya dah redha atas ketentuan Allah ni. Semakin terbiasa dengan keadaan. Dah boleh menerima kenyataan. Siapa saya untuk menolak takdir kan? Insya Allah, mungkin ada rahmat tersembunyi. 

Jangan risau, saya akan tetap tunggu awak balik, sampai bila-bila pun. Saya akan tetap tunggu awak call bagitau "Yang, I dah sampai Malaysia". : )

Owh, got to go now. Nak kemas-kemas, mahu pulang. Tak boleh tulis panjang-panjang, nanti ada je yang mata berair nanti. Hihii. Ok, take care... (^_^)


LOVE YOU



LotsOfLuv,
Budak Comey ;p










"... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

(al-Baqarah: 216)

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan teruji lagi...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Kita baru je puasa 9 hari, tapi saya dah terbayang suasana hari raya saya. Ok, ni bukan cerita gembira. Bukan cerita gembira macam budak-budak pergi rumah orang semata-mata nak duit raya lepas tu kutuk tuan rumah sebab dapat duit biru padahal nak duit merah. (-_-)" 

Ni cerita hari raya, tapi cerita sedih okay. Cerita sedih hari raya saya bermula dengan saya tak dapat beraya dengan mak ayah. :' ( Tahun ni, mak dan ayah akan balik kampung bersama Akim, Mamat dan Along. Maksudnya di sini, saya akan beraya hanya dengan kakak saya sahaja. BERAYA DI BANDAR KUALA LUMPUR YANG SUNYI SEPI SEBAB SEMUA BALIK KAMPUNG! Adik perempuan saya, Ena pulak terpaksa bekerja kerana orang ramai memerlukan khidmatnya. Sobs...

Lebih sayu lagi, Pak Teh mungkin tidak dapat balik beraya kerana masalah permit di Qatar. 

 Pak Teh mungkin tak balik raya???

Ye, Pak Teh mungkin tak balik raya.....
  
Pak Teh mungkin tak balik raya???

Pak Teh mungkin tak balik raya.....


*KECEWA*





Tak perlu la saya cerita panjang lebar, sebab semua orang mesti memahami apa yang saya rasa. Memang perasaan saya tak dapat digambarkan. Saya tak tahu nak kata apa lagi.... :(




Hari raya tanpa orang-orang yang saya sayang disisi, memang tak ada makna... (T_T)

Wednesday, August 18, 2010

Kisah Si Debab ;p

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Setakat pagi ni, mood saya semakin baik. Walaupun ada la jugak beberapa perkara yang mengganggu fikiran saya, tapi tu saya tolak tepi. Bukan nak lari, tapi sekadar memujuk hati. Lagipun, bukan ke hidup ni dah ditakdirkan? : )

Ok, tutup cerita tu. Perkara yang paling buat saya gembira hari ni, my tiny little monster dah debab!~ (^_^) Mama diorang dah habis pantang, so pagi tadi saya sempat jumpa dia, saya sempat cium dia. Owh, tak tau macam mana nak gambarkan perasaan saya bila dia senyum kat saya. Sangat comel! *teruja* (^_^)

Sebelum ni, dia sangat kecil berbanding little monster saya yang lain. Tapi, selepas tiga bulan usia, dia dah menyerupai kak ngah masa kecik. Sangat tembam! *teruja lagi* (^_^)





 Dah debab kan berbanding yang lepas ? : )


 See! Dia senyum kan!? (^_^)


Ye, saya tau saya pun comel macam dia. Hahaaa xD





Nabihah, cepat membesar dengan sihat! Nanti kita pergi main kat taman sama-sama. (^_^)


Tuesday, August 17, 2010

Hargai Sebelum Terlewat

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Jika isteri menangis di hadapanmu….
“Hargailah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu...
Dia akan menurunkan rasa egonya...
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini ?
Di balik kelembutanya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat...
Tutur katanya merupakan kebenaran...
Senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya...
Pelukan & ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak2nya..
Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa...
Dia terharu dia menangis bila melihat kesengsaraan pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya...
Dia sangat gembira melihat kelahiran...
Dia begitu sedih melihat kematian...
Titisan air matanya bisa membawa perdamaian...
Tapi dia sering dilupakan oleh suami kerana 1 hal…
Bahawa “betapa berharganya dia”…




Monday, August 16, 2010

Saya belum berhak... (T_T)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Selagi perkara sebenar belum diketahui,
Selagi keputusan belum ditetapkan,
Selagi dia belum sah menjadi milik saya,
Selagi itulah saya akan lelah...




Keep in mind: Siapa kau untuk halang benda-benda ni?





Sesungguhnya kini, saya hanya mampu berserah kepada Tuhan...

Dengan apa yang terjadi, memori yang sangat sukar untuk dipadam dari ingatan...

Kini saya semakin sedar, saya bukan puteri dalam cerita dongeng...









Mode: Lelah  +  Pasrah

Friday, August 13, 2010

Rapuh... : (

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...




Mode : Hiba + Keliru





Sejak semalam saya berperasaan macam tu. Saya cuba berfikiran positif, tapi masih tak berjaya. Saya cuba berlagak macam tak ada apa-apa yang berlaku, tapi semakin luka. Saya cuba pujuk hati... Bukankah janji Allah itu ada? Setiap perjalanan seorang manusia telahpun tercatat dalam Luh Mahfuz. Jadi kenapa saya mesti sedih? Hidup ni telah ditetapkan. Walau macam mana pun yang kita buat, kalau benda tu dah tertulis, ia pasti akan berlaku...

Saya tau niat dia baik. Tapi saya tak boleh terima. Pengalaman tu mengajar kita supaya jadi lebih berhati-hati. Orang takkan faham apa yang saya rasa. Tapi cuba letakkan diri kamu kat tempat saya. Baru kamu mengerti betapa lukanya hati saya. Mungkin orang akan cakap "alaa, perkara kecik pun nak dibesar-besarkan... Mengada-ngada". Tapi percayalah, kalau manusia diminta pilih antara banglo dengan flat, dah tentu banglo menjadi pilihan. Ye la, banglo dah tentu-tentu lengkap semua, jauh berbeza dengan flat. Flat pun ada jugak orang pilih, tapi tu pun sebab terpaksa. Kalau takde rumah lagi teruk, so baik pilih flat...





Saya ni macam flat ke? Menjadi pilihan terakhir? *Hiba*




 

Saya pelik sebab air mata tak teman saya kali ni. Selalunya saya ratu air mata kalau benda-benda yang lukakan hati saya jadi. Then, baru saya sedar saya tak berupaya nak keluarkan air mata sebab saya... Terlalu sedih...

Macam saya cakap, bulan Ramadhan memang banyak ujian. Sekali lagi saya diuji olehNya. Saya perlu terima...

Saya dah diuji olehNya, so please dear, jangan uji hati saya... I'm fragile... Handle me with care...

Tapi siapalah saya... It's ok, calar kat hati boleh sorok. Bukan ada orang nampak pun. Apa yang saya boleh cakap pada dia, TERUSKANLAH....



Wednesday, August 11, 2010

Cabaran Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Cabaran bulan Ramadhan telahpun saya lalui hari ni. Pagi tadi masa bangun sahur, saya dapat rasa muka saya lain. Mata saya mengecil walaupun memang bila bangun tidur mata jadi kecik. Tapi ni kecik lain macam je. Masa basuh muka, tak tengok pun cermin sebab nak bersahur cepat. Bila dah siap-siap pergi kerja, mata saya still rasa kecik lagi. Tapi buat-buat tak tahu je. Lepas tu, bila pakai tudung, macam biasa saya akan tanya mak ok tak tudung saya (padahal boleh je tengok cermin. Hehee) Mak cakap, "eh, apasal naik bengkak pipi tu?" Adehhh... Patutla mata saya jadi kecik, rupanya pipi saya bengkak. (-_-)"

Terus saya tukar tudung kepada selendang sebab kalau selendang saya boleh sorok sikit pipi bengkak ni. Pipi saya ni dah la memang sedap dicubit, lagi la nak bengkak kan. Dah macam bola kot. Huhuu. 

Nasib baik sampai ofis Apat cakap dah tak nampak sangat bengkak tu. Tapi gusi saya ni berdenyut-denyut pulak rasa. Hmm.. Memang cabaran. Pak Teh cakap saya kena bersyukur.  Memang saya bersyukur sebab saya masih boleh telan makanan walaupun tak boleh mengunyah.


"Oh Ramadhan, akan aku lalui dengan jayanya, walaupun banyak dugaan yang terpaksa aku tempuh!" :) 



*Tak nak upload gambar sebab muka dah macam Shin Chan, pipi serupa bola. Uwaaaaa*





JANGAN BAYANGKAN!!!

Tuesday, August 10, 2010

Dinner yang sedap (^_^)

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Semalam E puasa, tapi dia tak ada kawan nak teman dia berbuka. Dia cakap dia teringin nak makan lamb chop sebelum berpuasa ni. Apa lagi, saya pun menawarkan diri nak teman dia berbuka. Lagipun saya nak makan chicken chop kat tempat tu sebab ramai yang cakap makanan kat situ sedap. Apa entah nama kedai tu, tapi letaknya kat Kampung Baru, memang syurga makanan. Theheee.

Owh, lupa nak cakap. E ni kawan baru saya di ofis ni. Bos dia sama dengan Apat, tapi bilik dia lain. Dia pun macam kitorang, ambil master dan buat projek untuk bos kami. So, sekarang saya dah ada kawan baru di ofis. Sekurang-kurangnya bila Apat bersalin nanti, saya tak keseorangan. (^_^)

Ni la kawan baru saya, E. Masa dia order lamb chop, terus saya teringat Pak Teh. Sebab Pak Teh pun suka lamb chop. Ishhh Pak Teh ni, saya nak makan pun dia ada dalam fikiran saya. *aissshhh* (-_-)"


Gaya orang tamak haloba. Macam la puasa nanti tak boleh minum air langsung. Hahahaa ;p


Ni air fresh mango yang saya order. Memang TERBAIK! Sangat sedap dan tak pernah minum fresh mango yang sedap macam ni. (Percaya la, saya tak ada syer pun dengan kedai ni. Hihii)


Dah makan separuh, baru ingat nak ambil gambar. Hahaaa. Bukan apa, teruja tengok chicken chop ni. Tekak saya bagitau yang makanan ni sedap sampai tak ingat dunia saya makan. Padahal gusi tengah sakit. Heheee.


Saya dengan E dah plan banyak benda untuk bulan puasa ni. Bukan bermakna Apat akan dilupakan, tapi saja bagi Apat peluang berpuasa pertama kali dengan suami tersayang dan baby dalam perut yang kuat makan tu. (^_^) Lagipun, orang dah kahwin, mana boleh sama dengan orang yang bujang. Lalalaa~ :p

Ok, aktiviti bulan puasa akan di update dari semasa ke semasa. Kepada semua yang membaca blog saya, selamat menyambut Ramadhan! Mohon maaf kalau ada silap salah sama ada secara zahir atau batin. Sesungguhnya saya juga manusia biasa.... :)

Monday, August 9, 2010

Weekend saya (^_^)


Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Suka betul saya cerita pasal aktiviti masa weekend saya kan? Memang saya suka sebab weekend mesti banyak yang jadi. Macam weekend lepas, abang saya sefamily balik rumah. Dah lama tak jumpa anak-anak buah saya yang debab itu. Sangat rindu ok. Anak buah saya yang muka macam pelakon kanak-kanak Mia Sara tu sibuk ajak saya makan coklat dengan dia. Aisshhh, Mia... Habislah debab Mak Teh lepas ni. 


Ni la anak buah saya, Damia yang sebut "sabun" jadi "cabun" dan "zirafah" jadi "jirafah". Hahaaa ;p Masa ni dia sibuk nak main gitar macam Ayah Cik dan Pak Su dia. Ada satu adegan yang saya tak boleh lupa masa ni.

Mia: Hmm.. Mak Teh nak lagu apa? (sambil tangan dia nak memetik gitar, konon-konon nak mainkan untuk Mak Teh tersayang ni la)

Saya: Mia pandai main lagu apa?

Mia: Mak Teh cakap je lagu apa. Mia tau semua lagu. (dengan muka confident)

Cehhh.... Perasan giler anak buah saya sorang tu. Nak petik gitar pun tangan tak sampai, ada hati nak main. Padahal lagu Twinkle Twinkle dengan Ba Ba Black Sheep je dia pandai. Hahhaaa. Habis gelak guling-guling saya masa tu. Memang anak buah Mak Teh. Teheheee..

Kakak saya pun balik rumah jugak. Macam biasa, kalau dia balik mesti suruh saya teman dia pergi butik pengantin. Cuma kali ni tunang dia, Abang Masrin ada sekali. 

Macam biasa juga, gambar di butik pengantin itu harus. Hahaaa ;p

Kalau jumpa cermin, perkara biasa akan berlaku la kan? (^_^)

Ni dekat shopping complex. Ingat nak ambik gambar dengan KLCC, tapi kecik la kan...

Cuti ni jugak saya dapat makan coklat sedap! Di ulang, SANGAT SEDAP! :p Memang kalau kakak saya balik, dia akan bawak coklat untuk adik-adik dia yang monster coklat ni. 

Nyum..Nyum~ 


Eh, jangan ingat gambar di atas tiada kaitan dengan cuti saya kali ni. Sebabnya minggu ni baru saya realize yang dua pelembut fabrik ni sangat wangi! Hehehee. Saya suka bila baju saya wangi, so tak payah la saya pakai perfume lagi. Saya dah cuba macam-macam pelembut fabrik, dan saya rasa ni yang terbaik pernah saya cuba. Lepas ni tak nak tukar lain dah. (^_^)

Ok, cerita weekend saya dah habis. Tunggu cerita weekend depan pulak. Sebab bulan puasa ni saya ada projek yang nak dibuat. Nak tau apa? Tunggguuuuuu~ ^^y

Monday, August 2, 2010

Cerita Ceriti Part III

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


Cerita 1

Tadi bos saya suruh pergi beli ubat dia dekat CEPP, salah satu tempat kat sini yang jual produk hasil dari kajian mereka. Saya sebenarnya dah selalu belikan bos saya ubat tu, tapi kenapa la orang-orang kat situ selalu senyum-senyum masa saya nak beli ubat tu? Pelik. Agaknya diorang ingat saya yang nak makan ubat tu kot. Hahaa. Tak mungkin la kan. Ubat apa? 

Ok, TONGKAT ALI. Theehee ;p


Cerita 2

Weekend lepas saya secara tak rasmi telah menjadi umi kepada little monsters saya. Mama diorang kata hari Jumaat malam Sabtu tu Kak Ngah dah nangis-nangis nak tidur rumah opah. Huh! Anak buah saya tu memang pandai berlakon. Cissss. Sebabnya sampai rumah saya, terus ajak saya ke kedai. Padahal cakap dengan mama, dah rindu opah la, dah rindu Kak Siti la. Memang layak dapat award. Hehee. Tapi saya happy (^_^)

Orang nak beli barang pun tak senang.. Sibuk nak tangkap gamba... Hahaa


Cerita 3

Kenapa tiba-tiba je anugerah Ilahi a.k.a jerawat boleh singgah di muka saya? Waaaa... Tension je. Rasanya pagi tadi tak ada. Ni tengok muka kat cermin, dah elok je dia melekat dekat dagu. Huhuu. Kena ikat tangan ni. Kalau tak, sibuk je nak picit.


Cerita 4

Apasal la saya call pejabat RMC kat Skudai tak ada orang pun yang jawab call? Dah lenguh dah tangan saya mendail. Punya la besar ofis, takkan tak ada sorang pun kat sana? Angin je.... *aishh*

Ok, habis cerita. Tataa~