“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Friday, January 29, 2010

Happy Best-Day~ (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Triittt.. Trriitt.. (Bunyi msg masuk)

...View msg...

"Esok ary jadi akim!! nak hadiah!! haha.."

Hampeh punya adik... Semua kakak dan abang dia dapat msg yang sama... Hahaa.. Setiap tahun dia akan buat macam tu untuk remind kami semua yang masa untuk memberi hadiah kepada dia telah tiba... Huh!

"Korang nak bagi hadiah apa kat akim?" tanya dia kepada aku dan Mamat..

"Keychain A&W.." Mamat cakap sebab dia baru je dapat 7 keychain A&W daripada kawan dia kat A&W... Hahaha..

"Sekalung doa..." aku cakap... Muahahaha...

"Hampeh... Mak pulak?" Akim tanya kat mak... Masa tu mak tengah basuh kain...

Mak buat-buat tak dengar...

Wakahahaa!~ (^,~)

Happy birthday to you,
You were born in the zoo,
Like a monkey and kangroo,
Happy birthday to you~!

Hihii.. Sempena hari jadi adik bongsu aku hari ni, aku nak cerita sikit pasal dia untuk entry kali ni...

Nama penuh: Mohd Al- Mustaqim bin Sham

Nama panggilan dekat rumah: Akim, Adik (ni kalau nak minta tolong dia buat kerja.. hahaha)

Umur: 16 tahun

Sekolah: Sek.Men.Keb Dato' Ahmad Razali (sebab aku berjaya halang dia masuk sekolah teknik...kihkihh)

Hobi: Berubah mengikut musim.. Kalau musim tu musim orang main basikal, hobi dia main basikal.. Latest, main gitar walaupun selalunya out-of-tunes.. hahaa

Cita-cita: Berubah setiap hari.. Hari tu cakap nak jadi anggota SWAT (pengaruh cerita "The Pacifier", semalam tanya, dia cakap nak jadi marine engineer macam Nyah pula... Huhuu

Makanan kegemaran: Apa yang dia rasa sedap, itulah makanan kegemaran dia..

Muzik kegemaran: Yang boleh buat orang lain pening kepala..

Aktiviti biasa: Membuli kakak dia, main gitar, menyanyi, kacau budak-budak kat rumah tu...














Dulu dan
Sekarang... :p

Masa dulu dia sangat tembam (tengok gambar).. Tapi sekarang dah jadi kurus dan tinggi.. Lagi tinggi dari abang dia, Mamat.. Sampai orang lain perli dia "eh,hisap rokok eh sampai kurus ni?" Yang lagi teruk, "eh, ambik dadah eh? Mendadak betul perubahan.." Huhu.. Adik aku ni suka bersukan.. Sebab tu dia boleh jadi kurus.. Dah la bersukan, lepas tu tak ingat nak makan... Asyik nak main je... Semua sukan dia nak masuk.. Badminton, pingpong, silat, taekwando, futsal, basketball, bowling, entah apa-apa lagi la... Berbeza la dengan aku, sebab aku satu sukan pun tak pandai main.. Hahaha.... Lagi satu pasal adik aku ni, dia ni manja kat rumah.. Semua benda nak kena ikut cakap dia (kecuali ayah sebab dia tak berani).. Semua orang manjakan dia sebab mungkin dia paling kecil... Dulu, setiap kali hari jadi dia, dia akan minta macam-macam dari abang-abang dan kakak-kakak dia... Roller blade, mini scooter, badminton, handphone, etc.. Dan disebabkan sayang, semua ikut apa dia nak.. Sebab tu lah sekarang dia terlebih manja... Huhuu.. Apa nak buat, adik sendiri...

Apa-apapun.. Selamat hari jadi yang ke-16, Akim!~ Semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik, hati yang terang dalam menerima pelajaran serta akal yang sihat untuk menilai mana yang buruk, mana yang baik... Akak sayang kamu.. (^_^)

2 comments:

Anonymous said...

Selamat Hari Jadi Akim..
last week besday mak n adik bongsu akak..
Adik minta tudung dan mak minta nk pergi..
menjawab dgn senyum permintaan mak tu..ongkos belum cukup ye my mum..iA..kita akan pergi sama-sama nnt b4 kita kawen..he3(berangan sebelum kawen nk gie umrah)..doakan ye..
kepada semua..selamat hari lahir..semoga bertambahnya umur kita bertambah juga usia kita..
teka-teki utk kakak..apa beza umur dan usia?hikhik..

zara sham said...

beza umur dan usia? uisshh.. mencabar minda ni..
bezanya... dari segi ejaan.. hihii (^,~)y

ok..ok..betul2 punye..

bezanya, umur tu menunjukkan berapa lama seseorang itu hidup... dikira dari tarikh kelahiran manusia tu... (forward)

usia pulak, allocation (xtau nk describe dlm bhs melayu) sisa hidup kita hingga saat ini..mksudnya berapa lama kte dah habiskan hidup ni.. dikira backward la kirenye..

betul x? *wink3* :p

p/s: ke x paham..hahhaa

Post a Comment