“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Monday, January 18, 2010

Buat aku tersenyum~ : )

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Dear myself,

I got a lot of work to do this week... Mula-mula saya ingat malas nak pergi kelas ustaz di Skudai minggu ini... Tapi minggu lepas, ustaz dah pesan pada saya dan Apat supaya datang kelas awal minggu depan sebab dia nak terangkan balik apa yang kami kena buat untuk assigment... Hmm... Terpaksalah saya datang juga...

Baru saja berkira-kira nak settle kan proposal minggu ini... Tapi saya dengan "bijaknya" telah memilih tajuk ketiga sebagai tajuk presentation saya dalam kelas ustaz... Ini bermakna, saya perlu membuat pembentangan pada minggu hadapan, sedangkan saya belum ada satu rujukan pun berkenaan tajuk itu... "Pandainya" saya... Huhuu... Walaupun tajuk "Dekadensi Moral" itu rasanya mudah untuk dicari rujukannya, tapi saya rasa yang mudah itulah yang sebenarnya yang sukar...

Tapi, di balik kesukaran itu, saya cuba fikirkan yang positif... Pada saya, jika pembentangan itu saya perlu buat awal, nanti selepas ini saya sudah boleh tumpukan perhatian pada proposal dan assigment saja... Berbanding kawan-kawan yang lain, mereka perlu memikirkan banyak perkara di kemudian hari... Hahahaa... Sekarang saya sudah boleh tersenyum.. (^_^)

Satu lagi perkara yang membuatkan saya boleh tersenyum lebar, Pak Teh nak balik 23/3 ni! (^,~)y

MySpace

Lots of Love,

Myself currently..

0 comments:

Post a Comment