“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Monday, May 24, 2010

Kenapa ye?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Pelik betul la saya rasa sejak kebelakangan ni. Mana taknya, kenapa saya selalu jadi sasaran nyamuk dan semut? Saya tahu saya manis (ok, sila muntah) tapi takkan la saya memiliki darah manis? Tak mungkin la kan sebab saya belum bertunang. Hahaa. Gelak kejap. 

Nak cakap darah saya ada kandungan gula yang tinggi (Sebab semut dan nyamuk suka gigit saya), tak mungkin. Tekanan darah saya 143/100 kot. Gile banyak makan masin sampai darah tinggi. Hahaa, ok tipu. Bukan darah tinggi, tapi mesin check tekanan darah tu rosak. Saya serius ni.....

Ok, tipu lagi. Memang tekanan darah saya tinggi. Tapi bukan sebab terlebih garam. Tapi sebab, hurmm, sebab apa ye? Sebab dia memang nak tinggi. Thee hee. Abaikan.

Sebab apa ye nyamuk dengan semut suka gigit saya? Yang pelik, orang yang berdekatan dengan saya, tak pulak kena gigit. 

Ke saya dah gemuk? Sumber makanan berkhasiat sebab tu mereka suka. Waaa, bahaya ni. 

Ok..ok.. Kena banyak bergerak lepas ni.

0 comments:

Post a Comment