“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Wednesday, May 19, 2010

Am I an alien?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Dalam adik beradik, saya la yang paling lambat respon pada apa-apa perkara (or should i say "blur"?) wahahaa... Tak boleh nak kata apa-apa sebab memang saya mengaku saya ni lambat. Tapi agak kejam la kalau kata saya ni blur. Sebab saya ni bukan blur, cuma lambat sikit je dari orang lain. Hahaa. Ok, stop it Zara.

Saya pun pelik, kenapa saya macam tu. Pernah sekali kakak sepupu saya bagi perumpamaan:

"kalau bercerita sesuatu yang kelakar dekat kakak saya, dia akan ketawa seiring dengan cerita. Kalau cerita dengan adik saya, dia akan ketawa dulu sebelum cerita tu mula (sebab adik saya memang gile ketawa). Kalau cerita dengan saya, tunggu habis 5 minit cerita, baru saya ketawa. Tu belum kira masa orang tu terpaksa terangkan dengan lebih panjang pasal cerita tu"

Hampeh... Dah cerita dia tak lawak, camne nak ketawa kan? TAK PASAL-PASAL COP SAYA BLUR. Owh, masih ada tak puas hati rupanya hehee.

Memang saya jenis lambat. Semua yang saya buat, memang kena ambil masa berbanding orang lain. Mungkin sebab pergerakan saya lambat sebab ayah saya cakap "kalau nak suruh Siti masak, tunggu 2 jam lepas tu baru boleh makan". Thee hee.. Sebab tu la kot ayah jarang suruh saya masak. Hahaa, alasan yang masuk akal. 

Orang cakap, biar lambat asal selamat. Tapi saya rasa, lambat ni buat saya tak selamat. Mana taknya, disebabkan pergerakan saya lambat, saya tak boleh nak mengagak kelajuan kenderaan masa melintas jalan. Tu sebab saya sangat takut melintas jalan sebab saya takut saya tak sempat melintas. Tapi apa saya boleh buat, kalau dah nama duduk dekat Kuala Lumpur, tak mungkin saya tak melintas jalan. 

Masa kecil-kecil dulu, saya selalu kena buli. Sebab saya kecil, comel, pendiam, dan blur tak bermakna saya boleh dibuli kan? (perasan comel) Hahaa. Cerita lama, malas nak ingat. 

Owh, comelnya saya masa ni... (comel ke comot? Hehee)

DAH, JANGAN NAK KECIK-KECIKKAN MATA CARI SAYA YANG MANA SATU!

0 comments:

Post a Comment