“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Monday, May 17, 2010

Episod 1: Pencarian Baru Bermula

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Hari minggu yang penat saya rasa... Macam saya cakap, kakak saya balik dan saya kena teman dia cari butik pengantin... Maka, pencarian pun bermula.....

Little monsters saya yang turut menyibukkan diri mencari butik pengantin....

Kami di LRT dan perjalanan pun bermula....

Dalam LRT pun sibuk nak ambik gambar... Hahaa...

Dari LRT Aliran Ampang, tukar pulak LRT Aliran Kelana Jaya.... Jauh sungguh perjalanan nak cari butik pengantin ni.... Erkk...ok..ok.. Saya tipu.. Sebenarnya kitorang nak pergi ambil Rapidpass Pelajar saya, lepas tu baru pergi cari butik pengantin... Hehehee..

Kitorang bernasib baik sebab kat Ampang Point tengah buat Expo Pengantin... So, mudah la kerja kitorang... Tinggal bandingkan harga yang ditawarkan je... (^_^)

Tau tak ni gambar apa? Adik tengah nyanyi karaoke! Hahaaa... Jangan ingat makcik-makcik dia yang ajak pergi karaoke ye... Tapi adik dan kak long yang ajak makcik-makcik dia.. Percaya atau tidak, terpulang... Tapi, diorang tu memang gile microphone... Hehee... Gambar diambil selepas survey di expo dan makan...

Brochure yang berjaya dibawa pulang sebelum ditapis oleh saya dan kakak pada sabtu malam... :p

Owh, tidak ketinggalan little monsters saya... Macam la diorang yang nak kahwin... Hahaa.. (^_^)

Hari kedua (Ahad).... Setelah membandingkan harga dan pakej, maka butik inilah yang dipilih oleh kakak saya...

Yeaahhh!~ Masa untuk bergembira di dalam butik pengantin.... :D :D

Salah satu baju pengantin yang berjaya mencuri mata saya... Tapi seksi.. Hahaaa...

Muka teruja tengok design baju pengantin yang saya suka... Ekekee..

*Letak 1 gambar pun dah annoying, apasal letak sampai 2?* Sengaja..... Hahahaaa... (Sementara tunggu Eta discuss dengan orang butik tu)

Ntah apa-apa... Dah bosan la tu maksudnya... : )

Kakak saya yang akan menempuh hari bahagia bulan 10 ni... Nanti adikmu pulak ye... Hahaa... Bila semuanya diizinkan, insyaAllah, everythings will be fine... :p

0 comments:

Post a Comment