Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Lama sungguh rasanya tak menulis blog ni. Dan lama sungguh saya tak ke ofis. Hari ni baru jejakkan kaki. Muahahahaa ;p Saya memang suka cuti. Hehee. Tapi takyah la jealous kot sebab saya TERPAKSA CUTI. Ye, harus saya besarkan huruf-huruf tersebut sebab saya cuti tanpa kerelaan. Cewaaahhh. Hahahaa. Ye la, kalau cuti sepatutnya saya akan happy. Gila kau tak happy sebab cuti 3 hari tu! Tapi... Sob..sob (sila mainkan lagu berentak perlahan) Saya terpaksa cuti sebab saya demam sejak hari Sabtu lepas.
Selama 4 hari (Sabtu sampai Selasa) saya asyik berehat je kat rumah. Yang peliknya, demam saya tak nak pulak hilang-hilang. Dah macam-macam saya buat, makan ubat, mandi air sejuk, letak kain basah kat kepala, tapi semua tak jalan. Demam saya tu pulak macam biskut. Kejap elok, kejap demam panas balik.
Bila saya mengadu dan bagitau keadaan saya kepada nurse rumah saya a.k.a Ena, dia cakap...
"Confirm DENGGI! Dah, cepat pergi beli air tembikai, pastu suruh mak masak sup ketam. Kena tambah balik platelet, kalau tak memang kena admit ward. Minum air tembikai banyak-banyak. Kembong kau tu tolak tepi dulu. Esok pagi-pagi pegi hospital ambik darah"
Gila apa adik saya sorang tu? Suka suki je nak suspect orang denggi. Saya cuma demam biasa je kot. Antara gejala denggi yang mungkin saya kena adalah lemah badan especially pinggang sampai ke kaki, menggigil (tapi tak selalu), selera makan saya - Zero, None, Nada. Tapi tak bermakna saya denggi sebab along pernah kena denggi dan keadaan dia sangat teruk masa tu sampai tak boleh berjalan sendiri. Saya, siap boleh berjalan cari ubat sendiri kat dapur.
Owh I hate hospital! So, malam tu saya minum air tembikai banyak-banyak sampai perut saya kembong. Huhuhu. Dalam hati berdoa saya tak perlu pergi hospital. Esoknya (Rabu) saya rasa semakin sihat. Suhu badan saya dah stabil balik, maka saya ambil keputusan untuk keluar bershopping.
Mak ayah mula-mula tak bagi, tapi saya yakin kan juga yang saya dah sihat. Ye la, saya pun tak mau la asyik-asyik tunjuk tak sihat je depan mak ayah kan? So, dengan confident nya pergila keluar ke Jalan TAR. Owh, agak menyesal keluar sebab saya sampai sana saya rasa sangat pening bila tengok ramai sangat orang. Padahal saya dah biasa dengan keadaan kat sana. Mungkin juga sebab saya dah lama tak tengok ramai orang macam tu sampai saya rasa pening. Menyesalnya saya lagi bila saya balik, saya muntah-muntah. Dan sekali lagi saya kena marah dengan mak.
Tapi hari ni saya tetap ke ofis walaupun kepala masih ting tong~ Saya rasa saya perlu menghirup udara segar kot. Hahaa. Saya juga perlu tunjukkan kat semua orang yang saya bukannya kena denggi sebab saya mampu ke ofis.
Buat kawan-kawan yang mungkin mengalami masalah kesihatan, sila jangan bertangguh untuk berjumpa doktor (cakap orang pandai...) Jangan tiru saya sebab saya ada sedikit trauma dengan hospital. Hehee. Akhir kata dari saya, sila jaga kesihatan walau di mana anda berada.