“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Thursday, December 31, 2009

~azam tahun baru konon...~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Owh..Esok dah masuk tahun baru! Tak sangka kejap je masa berlalu (ceh...poyo je bunyi dia..hahaha) Orang lain sibuk pasang azam, aku pun menyibuk juga nak pasang azam...Hehee.. Walaupun azam tahun ni pun belum tercapai lagi.. *sigh*

1. Azam pertama saya untuk tahun depan... Saya nak kahwin... Lalaaa~ (Tu bukan azam la Zara! That is what we call "IMPIAN"...hehee)

2. Owh..ok..ok...Let be serious... Azam pertama untuk tahun baru... Aku nak khatam Quran... (Adehh..Insaf...Insaf..Bila la aku nak jadi macam dulu balik..?huhuu)

3. Kedua, aku nak belajar memasak... Hahaa... Ni adalah azam untuk mencapai kepada impian aku yang pertama tadi... Weeee!~ (Pak Teh, belajar menjahit tu nanti-nanti la eh...hihii)

4. Ketiga, nak polish balik penggunaan bahasa Inggeris aku.. *aiisshhh* Ye la, nak tulis report bukan senang... Dalam bahasa Melayu pun tunggang-langgang, ini kan pula bahasa Inggeris... Tengok entry aku yang sebelum ni pun dah menggambarkan betapa "disaster" nya bahasa Inggeris aku... (You go, girl!~)

5. Keempat, aku nak dapatkan handphone baru... Wahahaaa (gelak dengan bangga) Setelah 4 tahun aku gunakan handphone sekarang ni, sudah tiba masanya aku bertukar handphone yang baru... (Sudahlah Zara..Handphone masuk virus, sebab tu kau nak tukar~) uwaaaaa...

6. Kelima, ehemm..ehemm...(checking throat) Janji jangan gelak..Aku...Nak turunkan berat badan...(wakahaha..okey..okey..tak gelak...hahaa) Memang la berat badan aku normal dengan ketinggian...Tapi belum ideal lagi (Ni pakar dietic tu yang cakap) Ideal tu adalah pada tahap BMI 22.5... So, berjayakah anda? Saya masih belum...Huhuu...

7. Dan yang terakhir buat masa ini... (bunyi drum sket... :P ) Aku nak jadi seorang manusia yang lebih berjaya kepada agama, bangsa dan negara... (Dengan skemanya Zara menaip...hahaaa)


Hopefully, semua azam aku ni akan tercapai sebelum masuknya tahun 2011 nanti... Kalau tak nanti, jadi macam azam tahun 2009... Terpaksa carry forward ke tahun 2010... tak pasal-pasal... Huhuu...

Wednesday, December 30, 2009

Unwanted Daughter -Part I-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


I'm speechless today...Kegembiraan aku bagai diragut...Tak tahu nak cakap apa sebabnya...Perhaps because of the book...Buku yang aku tengah baca sekarang ini...Unwanted daughter...Really touched my heart...Tapi tak boleh nak cakap apa-apa lagi sebab belum habis baca...

Macam biasa, kalau aku stress, aku suka nyanyi kuat-kuat...Hahahaa...

And this is the song that goes around in my head.....


When I need you
Just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you
It's only a heart beat away

When I need love
I hold out my hands and I touch love
I never knew there was so much love
Keeping me warm night and day

Miles and miles of empty space in between us
A telephone can't take the place of your smile
But you know I wont be traveling for ever
It's cold out, but hold out and do like I do

When I need you
Just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you babe
It's only a heartbeat away

It's not easy when the road is your driver
Honey, that's a heavy load that we bear
But you know I won't be traveling a lifetime
It's cold out but hold out and do like I do
Oh I need you

When I need you
I hold out my hands and I touch love
I never knew there was so much love
Keeping me warm night and day

When I need you
Just close my eyes and I'm with you
And all that I so want to give you
It's only a heart beat away


*if only he know....hmmm...*

Tuesday, December 29, 2009

bahang report sudah terasa...huhuu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Datang ofis...

Buka laptop...

Online YM...

Check email...

Online Skype...

Termenung.....

------------------------------------------------------------------------------------------------

Tu la rutin harian aku bila sampai ofis...Kadang-kadang sampai tertidur aku depan laptop ni...Projek masih dalam peringkat awal...So, kerja-kerja yang boleh dibuat dalam masa sekarang ni adalah membaca dan mencari bahan-bahan untuk literature review...Masalah yang aku hadapi pula adalah kesukaran mendapatkan buku rujukan dari library UTM KL ni...Semua buku yang penting, pihak UTM tempatkan dalam library UTM Skudai...Adehh...Masalah...Masalah... Cuma salah satu penyelesaian yang boleh aku buat adalah merantau ke library universiti-universiti lain yang ada di sekitar KL/Selangor ni... So far, UM, UIA dengan National Library je yang ada buku-buku berkaitan projek ni... Kalau setakat nak pergi National Library tu, dengan Akim pun aku boleh pergi... Tapi kalau UM & UIA...?? Location library pun aku tak tahu... Macam mana nak pergi... Huhuu...

Hmm... It's ok... Aku kena cuba... Kalau tak, memang aku kena pergi juga Skudai...

-----Kesukaran membuat penyelidikan telah bermula-----

Monday, December 28, 2009

ini bukan saya...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Last night he called me, as usual...But it was different from other night since i wanted him badly to call me... I don't really understand why should I felt like that.... My heart was so touched, it reached rock bottom... However, during the conversation, i just acted like normal... Although deep in my heart, i want to tell him that i miss him... I tried to contain myself from my emotions.. And i tried really hard... I don't want him to see me as a weak little girl and need to be protected each second.... "Act like normal, zara..." i told myself... Somehow that made me feels really lonely...

I don't know what has gotten into me, and I don't know how to explain it... I don't know why it happened as i've already promised him not to miss him... I just feel miserable. I don't know what I should do, or why i should feel it... I can't think right now, I can't answer questions, and I can't even talk... Do I want to talk? I don't know, perhaps I should, but I'm afraid it would make things complicated than it already is...






And the truth is...I'm hurt...

Thursday, December 24, 2009

...10 pesanan si dia...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


Pejam celik, pejam celik, tak sangka masa begitu pantas berlalu.... Hari ni genaplah 1 bulan aku bersama Pak Teh...

Cute.. (^_^)

Berikut merupakan 10 pesanan dia yang selalu aku terima... But most of the pesanan aku tak ikut... Heheee... Apa la malang dia dapat aku yang degil ni...


10 pesanan dia


1. Pakai kasut + stokin + jaket... (Dia tahu aku takut sejuk)

2. Jangan cepat merajuk... (Dia takkan pujuk)

3. Minum susu walaupun aku tak suka rasanya... (Sistem perut aku problem sikit)

4. Balik kerja terus mandi... Air tu takkan panas pun kalau tunggu lama-lama... (Dia cakap, "kambing zaman sekarang pun dah tak takut air"..huhuu)

5. Jangan baca buku sampai lewat malam... (Ni semua pasal Harry Potter..hahaha)

6. Jangan rindu dia sangat... (Dia tak suka aku lemah)

7. Sayang diri sendiri lebih dari sayang dia...

8. Jangan lupa makan...Kalau tak nak makan pun, alas perut...

9. Jaga diri... (Dia cakap, "jatuh bangun sendiri"...Adehh..)

10. Belajar masak + menjahit... (Nanti tak boleh kahwin....hahahaa)


Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik..."


Nota untuk Pak Teh: Saya akan cuba ikut apa yang Pak Teh pesan...Saya tahu, itu semua untuk kebaikan saya juga... Saya memang sayang diri saya...Tapi saya juga sayang Pak Teh... (^_^)

Wednesday, December 23, 2009

addicted to Harry Porter (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Sepanjang minggu ni, masa aku dihabiskan dengan membaca buku cerita Harry Potter yang aku pinjam dari library UTM... Hahaa..Berjaya juga aku akhirnya menghabiskan buku yang setebal 970m/s ni...Sampaikan Pak Teh dah tak perlu tanya aku tengah buat apa setiap kali dia msg...Hehee...Thanks Pak Teh for the understanding... (^_^) Ni yang buat sayang Pak Teh lebih ni~....Hahaa...


Harry Potter ni buku yang kelima dari J.K Rowling... Walaupun panjang, tapi menarik la...Tak tau la kalau aku seorang je yang rasa menarik....Tapi memang tak rugi membaca...Dan apa yang menjadikan buku ni bertambah menarik ialah.....Buku ni ditulis dalam BAHASA MELAYU! Hebat...!! Mula-mula rasa tak yakin juga la nak baca sebab dalam bahasa melayu kan...Takut entah apa-apa yang orang tu translate.... Tapi bila dah baca, memang memuaskan hati.... Lagipun, buku ni la paling tebal yang aku baca... Lepas ni, nak baca buku yang ketiga pula... HARRY POTTER AND THE PRISONER OF AZKABAN...HERE I COME!~ (^,~)y


p/s: Pak Teh, hantaran nanti nak buku Harry Potter satu set boleh...?? (^_^)

Tuesday, December 22, 2009

kursus kawen..?? adehhh...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....


Semalam Apiez telefon...

"Kak, baik kau ambil kursus kahwin cepat-cepat", kata Apiez..

Eh, kenapa pulak ni..?

"Semalam kite baru balik dari kursus kahwin... Ustaz tu cakap, mulai tahun 2010, kursus kahwin akan ditambah dengan macam-macam slot baru...Ada ujian bertulis, interview, qiamulail, bla..bla...Sebab Jabatan Agama Islam nak tambah slot-slot baru ni, kemungkinan besar kena bermalam kat sana... Yuran pun naik sekali la...Nasib baik la kite dengan Wan (tunang dia) dah selamat ambil..hehehe...", panjang lebar Apiez bagitau....

Adehhh...Ye ke?Kursus yang sehari setengah tu pun dah rasa panjang, ni nak tambah hari lagi...?Betul la kata seorang kawan aku tu, "semakin lambat kita kahwin, semakin banyak la bebanan dan dugaan..."

Ni kena bagitau Pak Teh ni...Hopefully masa kitorang nak ambil nanti, syarat baru tu belum dikuatkuasakan....huhuu...

Pening aku ditambah lagi dengan ketiadaan buku-buku rujukan dekat library UTMKL ni...Semua rujukan penting ada kat UTM Skudai....adehh...Takkan la nak kena pergi sana lagi semata-mata nak cari buku? huhuu...Nak request buku, lambat pulak nak proses....hmm...Pening...pening....


nota untuk diri : berusahalah! MySpace

Monday, December 21, 2009

kusut + rindu = lupa nak bernafas…..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

tadi dia msg...
tiba-tiba je buat permintaan...
nak bercinta selepas kahwin...
simpan semua rindu sampai kahwin...
apa yang aku rasa...?
terkejut...?
hhmmm....
idea tu memang bagus...
tapi mampu ke aku...??


"so, boleh tak ni?" dia tanya...
boleh la kot...kita cuba...
"boleh tu...memang boleh...cinta kerana Allah banyak kebaikannya..." dia bagitau...
ok...kita cuba dulu...


.....end of message.....


betul ke aku buat ni...?
adehh...
terlajak perahu boleh diundur...
terlajak kata, memang padan muka....
aku cuma terfikir...
bila kami jauh...
dia akan lupakan aku ke...?
lupakan aku kat sini...?
separuh nafas aku jawab...
aku rindu dia ke...?
cepat-cepat aku buang perasaan tu jauh-jauh...
dia tak suka aku lemah macam ni...

end of conversation...
sesak...kusut..
baru aku sedar...
owh...
aku lupa nak bernafas tadi....

MySpace

Confession of broken heart : aku rindu dia...

Wednesday, December 16, 2009

aku bahagia.......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.....

bahagia ke aku skarang? hmm...bahagia la kot... sebab now, mr.z dah ada bersama aku....susah dan senang aku.... (^_^) terima kasih pada dia sebab ada..... susah nak cakap.... yang penting aku bahagia dengan pilihan aku sendiri...doakan aku bahagia dengan dia selama-lamanya...


lagu untuk mr.z~

Bersamamu aku merasakan seperti orang yang paling istimewa
Bersamamu aku seperti bintang-bintang yang slalu bersinar
aku bahagia
aku bahagia

Bersamamu aku merasakan kedamaian yang tiada terkira
Bersamamu aku seperti matahari yang slalu menyinari
aku bahagia
aku bahagia

Reff

Bagiku hanya kau yang terindah di antara bunga-bunga itu
Bagiku hanya kau yang terindah di antara bunga-bunga itu
Bagiku kaulah segalanya

Bersamamu aku bagai langit yang selalu menaungi hatimu
Bersamamu aku seperti pelangi yang menghiasi duniamu
aku bahagia
aku bahagia

Bersamamu aku merasa bahagia yang sesungguhnya
Bersamamu di sisa hidupku.......

MySpace