“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Friday, February 25, 2011

Edisi 15 bulan : )

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Owh dah 15 bulan! Rasa macam baru je semalam kenal pak teh. Tolong jangan menyampah dengan statement saya. Sebab bagi saya, 15 bulan kira tempoh agak lama la untuk satu perhubungan jarak jauh ni. Bak kata lagu Kekanda Adinda ni "kanda polar kutub utara, dinda kutub selatan". Tehehee ;p


Some of my friend tanya macam mana saya boleh bertahan sebab masing-masing jauh. Kalau jumpa pun 3 bulan sekali. Tu pun kalau dia balik dalam 3 bulan. Buatnya dia takde perasaan nak balik Malaysia, alamatnya 6 bulan berikutnya baru saya boleh jumpa dia. Memang la boleh sms dan call, tapi boleh bankrupt la kalau lama-lama. Bayangkan, kadar panggilan ke sana adalah RM13 untuk 5 minit! Adehhh... Sempat bagi salam je kot..... Nak buat video call? Lagi la jangan bermimpi. So jangan bandingkan saya - pak teh dengan orang lain yang bercinta jarak jauh jugak, tapi dalam Malaysia. Cerita dia tak sama. (-_-)''


Bagi saya, ada banyak cara nak mengekalkan PJJ yang macam ni. Saya ni bukan la expert dalam hal-hal macam ni. Tapi dalam masa setahun lebih ni, banyak perkara yang saya belajar.


1. Kena kuat dan tabah. Perkara ni sangat penting. Kiranya, kalau tiba-tiba nampak couple lain pergi makan sama-sama, ada orang hantar dan ambil balik kerja, weekend keluar sama-sama, kita takkan rasa apa-apa. Of course la akan teringat kat si dia, tapi bila kita tak bersedih dengan keadaan tu, u are strong enough i think :)

2. Berdikari. Ini relate dengan prinsip pertama tadi. Of course kalau dah jauh, awak dah tak boleh nak harapkan pasangan. What you have to do is BUAT SENDIRI. As simple as that kan? Hihihii

3. Percaya. Ini prinsip paling penting dalam mana-mana perhubungan. Tapi PJJ ni lagi kena percaya. Ye la, dah tak ada depan mata, so kena la percaya. Tapi jangan la pulak suruh si pasangan percaya kat kita, tapi kita pulak yang buat perangai.

4. Jangan emotional. Yang ni memang saya belum expert. Hahaaha. Tapi kalau merajuk tu memang kena sejuk cepat. Sebabnya pak teh dah confirm tak akan pujuk. So tak payah la merajuk lama-lama. 

5. Fahami mood dengan tulisan. Saya dan pak teh hari-hari berkomunikasi melalui YM. Dalam bas, ofis, rumah, kedai, dan kat mana-mana je, saya mesti berchatting dengan dia. So, sebabkan saya tak boleh lihat muka dia, saya kena belajar memahami mood dia melalui ayat chatting tu. Sebagai contoh, kalau pak teh keluarkan icon je macam :) :p :D tu maksudnya dia tengah mengantuk atau tengah sibuk. Kalau dia balas chatting tu dengan perkataan pendek-pendek macam "ok", "tak", "kejap lagi", tu maksudnya dia tengah sibuk main game atau baca komik. Hahahaa. Hebat tak saya, pak teh? (^_^)


Ok, ni la antara prinsip-prinsip yang saya buat untuk PJJ ni. Tapi sebenarnya yang paling penting adalah hati sendiri. Tanya hati, adakah hubungan macam ini yang saya nak? Kalau dah hati kata tak nak, buat la prinsip macam mana sekalipun, memang hubungan tu takkan kemana. Yang penting, selalu berdoa supaya berkekalan sampai akhir hayat. :)





Tuesday, February 22, 2011

Maaf dari hati...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Maaf kalau entry kali ni agak beremosi sikit. Mungkin sebab sudah seminggu perut saya cramp, menyebabkan mata saya senang betul berair. Saya minta maaf kalau saya sakitkan hati awak semua. Sesungguhnya saya tak berniat langsung. Keadaan macam ni buat saya tak boleh berfikir dengan baik.

Owh, macam-macam saya fikir sekarang ni sampai saya selalu terjaga malam. Penat. Bila tak cukup tidur, emosi saya akan senang terusik. Saya sedar sekarang ni saya selalu betul terasa hati.
Saya risau. Saya takut. Saya sedih. Saya sakit. Saya pedih. Semua perasaan negatif sedang saya rasa sekarang ni. Jadi saya mohon pada awak, tolong jangan tambah perasaan negatif ni. Saya sangat risau bila tahu awak marah, dan bertambah terluka bila tak tahu apa yang awak marahkan. Takut.

Owh, saya tak boleh cerita lagi. Semakin sesak. Mohon awak jangan pernah berubah. Semoga esok adalah hari indah.





Wednesday, February 16, 2011

Darah manis je ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...







Pernah dengar tak "darah manis"? Ungkapan tu selalu diberi pada orang yang dah mengikat tali pertunangan dan sedang menunggu hari bahagia mereka. Tak kisah la dia lelaki ke perempuan, mesti dikaitkan dengan darah manis. Tapi sejauh manakah manis itu, saya pun tak tau. Manis la kot sebab nyamuk dan semut suka gigit saya. Hahaaa. Erkk tapi sebelum bertunang pun memang nyamuk dan semut sangat suka pada saya. Buktinya, meja saya penuh semut! *dengan muka tak bersalah walaupun salah sendiri sebab tak kemas meja* Hikhikk ;p


Masa saya bertunang hari tu, kakak ipar pak teh (kalau kepada saya dipanggil biras-to-be eh?) berpesan pada saya supaya jaga diri sebab saya sekarang berdarah manis. Mula-mula tak paham jugak la apa sebenarnya darah manis. Darah ni ada pelbagai rasa ke apa? Kalau macam tu saya chop nak perisa Strawberi! Hahahaa


Sebenarnya darah manis tu nak merujuk kepada dugaan yang bakal dihadapi oleh orang yang dah bertunang. Sebagai contoh, kalau sebelum bertunang, tak ada siapa pun nak pandang kita, tapi lepas bertunang, ramai pulak yang nak berkenalan. Masa ni la seseorang tu diduga. Kalau tak kuat melawan dugaan, memang alamatnya tak sempat kahwin la. Lagi satu, masa bertunang la orang tu senang ditimpa kemalangan. Terjatuh la, terlemas la, terkerat jari la. Macam-macam ter lagi. Sebab tu Islam tak galakkan umatnya bertunang lama-lama.


Tapi alhamdulillah, sepanjang tempoh pertunangan ni saya tak diduga dengan perkara-perkara yang tak elok. Memang tak dinafikan ada juga lelaki lain yang cuba menarik perhatian saya, tapi maaf saya katakan, saya tak berminat. Saya dah tutup pintu hati saya serapat-rapatnya selain dari pak teh. *jiwang mode* :p Yang penting, dia percayakan saya sebab saya pun percayakan dia. Perhubungan jarak jauh ni memang memerlukan kepercayaan yang tinggi. Kalau saya tak percayakan dia, tak mungkin saya dah sampai ke tahap bertunang kan? :)


Bos saya cakap, darah manis ni sebenarnya cuma mind set je. Sebabnya masa dah tunang ni la orang tu suka berangan, tak berpijak di bumi nyata. Kalau dah macam tu, macam mana kemalangan tak terjadi dengan senang. Dah awak tu melintas jalan pun sibuk fikir benda lain sampai tak nampak kereta tengah lalu. Memang sengaja mencari pasal la tu. So pesan bos pada saya, jangan fikir sangat darah manis ni. Lalui hari seperti biasa. Insya Allah, dugaan yang diberikan tu adalah sesuai dengan kemampuan kita.



 
Kepada semua yang sedang bertunang, sama-sama lah kita berdoa agar dijauhi dari sebarang masalah dalam masa meniti hari bahagia nanti. Insya Allah ; )






Friday, February 11, 2011

Rezeki dan Jodoh

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....



Kenapa saya ni eh? Mood swing~ Gejala-gejala PMS la ni. Apa nak buat, nama pun perempuan. : ) Owh, kali ni saya bukannya nak cerita pasal PMS ni. Tapi nak cerita pasal kahwin. Eh, bukan nak cerita pasal saya nak kahwin, tapi nak cerita musim kahwin kembali lagi : )


Happy betul saya bila dapat tau ramai kawan saya nak mendirikan masjid tahun ni. Dalam masa yang sama ada la jugak perasaan jealous ni. Hihii. Tapi saya betul-betul happy bila masing-masing bercerita pasal persiapan majlis berbahagia tu nanti. Jangan risau kawan-kawan, saya sentiasa mendoakan kebahagian kalian. 


Owh, jealous saya bertambah 3 kali ganda bila saya dapat tahu, kawan-kawan saya yang dah pun mendirikan rumah tangga, bakal menyambut pari-pari kecil dalam hidup mereka. Pari-pari kecil yang pipi debab-sedap-untuk-dicubit tu memang menjealouskan saya. Cemburu kan bila tengok masing-masing bahagia dan teruja? Cemburu, tapi dalam hati sangat teruja nak cubit-peluk-cium khalifah kecil tu. (^_^) Buat kawan-kawan yang bakal mendapat orang baru, tahniah saya ucapkan. Bagi yang belum ada berita gembira tu, jangan risau. Bukankah itu semua rezeki dari Allah yang Maha Penyayang? Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Semua itu rezeki dari Allah. Kalau dikurniakan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, senyumlah. Mungkin ada sejuta makna disebalik keadaan tu.


Kepada yang lain pulak, jangan la sibuk-sibuk nak tanya bila orang tu nak dapat anak. Kecik hati dia tau! Bukannya dia taknak, tapi rezeki tu belum ada. Kan lebih baik awak tolong berdoa agar si pasangan tu mendapat apa yang mereka mahu? Hati pun tenang kan? : )



Kepada awak semua yang belum bertemu jodoh, jangan pening-pening kepala. Jodoh kamu itu ada, cuma belum bertemu je. Berdoalah selalu (sambil berusaha) agar Allah mempertemukan kita dengan orang-orang yang boleh membimbing keluarga kita kelak ke jalan yang diredhai-Nya. 


Semoga dipermudahkan... : )



Wednesday, February 9, 2011

Peningkatan Yang Membanggakan~ ;p

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Mari tengok gambar makanan-makanan di bawah ni. Cuba cari persamaan antara gambar tersebut. Nampak tak?


















Persamaannya adalah.... Percaya atau tak, semua ni saya yang masak!


MySpace


Hahahahaha


Walaupun mesti ada yang kata "elehh..masak ni pun tak tau", tapi saya tetap berbangga sebab saya bukanlah ratu di dapur. Kira ada peningkatan la kalau dapat masak-masak banyak ni. Hihihii. Okey pak teh, sila pilih mana yang berkenan~ ;p



Tuesday, February 8, 2011

Entry yang buat saya senyum : )

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Pagi tadi kat FB, Ummi Apat pos sesuatu untuk baby Aishah.




Yes, I wish I never grown up too : ) Bila tengok Si Debab, macam best je jadi dia. Kalau lapar, menangis je. Mesti ada orang suapkan makanan. Hihihi. Tapi bila tengok gambar ni, saya tiba-tiba tersedar.



Owh ok. Saya bukan budak kecik. Saya dah nak kahwin pun. Adehhh. 
Saya tak rasa sangat perasaan nak kahwin tu sekarang. Sebabnya Pak Teh belum balik lagi. Bila dia ada kat sisi saya in flesh, baru perasaan nak kahwin tu ada. Hahaha *gelak gatai* ;p Owh ye, saya nak tunjuk ni:



 1.1BIN JAMALLUDIN /MOHD ZAHARI  MR                         
 1 MH9121V 02MAR 3 DOHKUL HK1  2015  0840   03MAR 4 /DCMH*LCQ4M
                                                            /E 
OPERATED BY QATAR AIRWAYS                                       
 2 MH9124V 16MAR 3 KULDOH HK1  2105  2350  /DCMH*LCQ4M /E      
OPERATED BY QATAR AIRWAYS           





Faham tak apa maksudnya? Maksudnya Pak Teh nak balik~! Sukaaa~ (^____^)  Harus di highlight kan. Hihihi.


Sepanjang saya berpasangan dengan Pak Teh, baru 4 kali dia balik Malaysia jumpa saya. Kali pertama masa first time saya jumpa dia. Kali kedua dia balik, kami ambil keputusan untuk berjumpa mak ayah masing-masing. Kali ketiga, mak abah Pak Teh jumpa mak ayah saya. Kali keempat, kami bertunang~ (^_^) Cepat kan? : ) Tak sempat nak bercinta macam pasangan lain. Tapi takpe, saya tak kisah pun. Sebab saya rasa perhubungan jarak jauh ni banyak mengajar saya jadi lebih matang. Terutama sekali "tak payah la kau nak merajuk lama-lama tak tentu pasal. Takkan ada orang pujuk punya". Hahahaa

Kali kelima balik ni nak buat apa? Hihihii.... Banyak plan sebenarnya tapi perkara utama yang nak dibuat adalah pergi kursus kahwin (^_^). Eh, sebelum Pak Teh balik, saya ada beberapa perkara nak buat ni.



LIST TO DO B4 PAK TEH BALIK
- Beli tiket train balik JB   *done*
- Bayar yuran kursus *done*
- Beli syampu dan ubat  *done*
- Pi**** (terpaksa dirahsiakan ;p)
- Masak pisang goreng







Owh, can't wait the moment! (^_____________^)





Sunday, February 6, 2011

Selamat pagi cinta!

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Dah berapa kali saya tengok cerita Selamat Pagi Cinta. Dan setiap kali tu la saya tunggu si pelakon lelaki tu baca puisi kat telinga pelakon perempuan tu. Sukaaa~ (^_^) Ye, saya suka mungkin sebab puisi tu macam ada kena mengena dengan keadaan saya sekarang. Part mana? Part yang "kini harus aku terus tunggu". Hahahaa. Pak Teh, selamat pagi, cinta! =)


ke kiri ku buntu
ke hutan ku hilang
ke timur ku kosong

aku terus bosan dan tertekan
seperti waktu yang terus saja meninggalkan aku
dalam ke dasar kerak bumi yang belum diterokai

warnaku rindu
jiwaku biru
menunggu cintaku umpama si buta yang melihat syurga
umpama lampu yang yang berbunyi hitam
lalu menunggu aku terus

kini malam tiba lagi kerana tinggalkan cahaya matahari
dibebankan dengan bunyi rintisan hujan
seperti mahu saja aku mengejar
gunung yang besarnya tidak terdakap
seperti itu jugalah rindu aku pada ... (zahari...hehe)

kini harus aku terus menunggu
atau hilang saja dilautan luas




Saturday, February 5, 2011

Anasir jahat!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Kenapa begitu susah nak puaskan hati semua orang? Saya tahu perkara tu adalah mustahil. Tapi tak boleh ke dia cuba menerima kekurangan diri saya? Saya tau saya tak sempurna. Bukan ke saya sedang cuba jadi yang terbaik? Tapi sayangnya dia tak nampak semua tu... Malam yang sangat kejam bagi saya sebab malam ni telah membuatkan saya rasa sangat tidak berguna. *kecewa* 


Terima kasih pada dia sebab telah sedarkan saya. Kesedaran akhirnya kepada tangisan. Tangisan yang membawa kepada permainan minda. Saya rasa saya perlu ambik lesen kereta secepat mungkin.So lepas ni kalau saya teringin nak makan apa-apa atau nak pergi mana-mana, saya tak perlu mintak orang lain yang hantarkan. Saya pasti takkan mintak tolong orang lain lagi. Saya pasti! 


Kadang-kadang saya terfikir, tak nampak ke dia tentang kelebihan saya? Mungkin terlalu banyak kelemahan saya sehinggakan menutup semua kebaikan yang ada. Entah la... Terlalu banyak derita yang saya nak ceritakan, tapi tak terluah. Mungkin hati saya masih kuat menahan diri dari merimaskan sesiapa.


Selamat tinggal, malam yang kejam! Si jahat telah merasuk saya malam ni. Saya dah terlalu letih.... Moga matahari esok akan memancar terang, terus ke dalam lubuk hati saya. Semoga sinaran matahari dapat menerangi jalan keluar si jahat ini!


*menangis dalam diam*