“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Wednesday, March 31, 2010

takut sampai nak muntah~ :(

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Saya sangat takut sekarang ni. Esok saya akan present proposal master saya. Present je la kan? Kenapa nak takut? Tu la yang cuba saya cakap pada diri saya. Tapi saya masih takut. Saya takut sampai rasa nak muntah. Oh, bukan. Saya takut sampai saya muntah. Perkara biasa. Kemungkinan sebab tidur dan makan saya tak menentu. Rasanya dah berapa minggu saya makan dan tidur tak menentu. Sebab tu gastrik saya menyerang pagi tadi. Tapi nasib baik saya bijak (bijak ke macam tu?). Saya dah simpan coklat-coklat dalam semua beg yang saya bawa, termasuklah di ofis. Saya tau yang gastrik ni akan menyerang. Sekurang-kurangnya saya isi perut dengan coklat yang Pak Teh bagi tu.

Saya sepatutnya tak perlu takut. Saya perlu yakin yang saya boleh buat. Pesanan Pak Teh pada saya. Doakan saya boleh buat esok. Doakan sekali ketakutan saya ni pergi dan hilang. Insya Allah.....

Monday, March 15, 2010

La Tahzan, Zara!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


Ku tulis ode derita ini
Tika sesak fikiranku
Tika lelah nafasku
Mengapa tak dipecahkan saja hati ini?
Biar ketawa mereka dalam terdera
Saat melihat rakusnya hidup...

Kiri sudah menjadi racun
Kenapa kanan mesti berbisa?
Hati sudah bertukar kosong
Mengapa sepi menjemput rasa?
Dunia sudah ibarat penjara
Dan kenapa harus aku
Yang menjadi fatamorgana?

Lidah kelu untuk bicara
Tangan kaku untuk mencipta kata
Namun batin terusku pujuk
Mengapa mesti gusar?
Mengapa mesti gundah?
Bukankah janji Tuhan itu ada?







Air mata tak mampu lagi menyapu derita
Biarkan diri ini terkorban, mak....
Andai itu menjadi taruhan!



"Ya Allah..

Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku dan sedikitnya kemampuanku,
Serta kehinaanku dihadapan manusia.
Wahai Sebaik-baik pemberi kasih sayang,
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku.
Kepada siapakah Engkau serahkan diriku,
Kepada orang yang jauh yang menggangguku,
Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku,
Asalkan Engkau tidak marah padaku maka tiadalah keberatan bagiku,
Akan tetapi kemurahan-Mu jauh lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi seluruh kegelapan,
Dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia dan akhirat,
Untuk melepaskan aku dari Marah-Mu,
Atau menghilangkan Murka-Mu dariku.
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan Keredhaan-Mu,
Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu..."




*Doa yang dibaca Rasulullah saat mengalami penolakan dan gangguan orang-orang Thaif.. Ketika itu Rasulullah baru saja ditimpa kesedihan wafatnya isteri dan pakcik tercinta..*

Wednesday, March 10, 2010

Zara, jangan la over sensitif...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Hmmm...Mengeluh lagi aku ni... Zara, cuba jangan mengeluh!.. Aku mengeluh bukan apa... Mengeluh sebab apasal la lately ni aku sensitif sangat... Ye, memang Zara sensitif, tapi ni sensitif dia 2 kali ganda dari biasa... Huhuu.. Tapi alhamdulillah la sebab sensitif aku tidaklah membawa kepada marah-marah tak tentu pasal... Cuma macam biasa, merajuk memanjang je la..

Aku tahu, benda ni tak bagus sebab dari sensitif ni, mula lah aku nak fikir benda-benda negatif.. Aku tahu realitinya bukan macam tu, tapi kalau syaitan dah berbisik, kadang-kadang aku tewas juga... Aku realize benda ni masa hari tu, bila Pak Teh cakap dia suka watak Namura Yuki.. Lepas dia cakap macam tu, mula la aku fikir, "Pak Teh dah tak sayang aku ke?" Lepas tu, bila dia cakap pasal kahwin campur, mula la aku fikir, "Pak Teh dah ada orang lain ke?" Huhu.. Very childish... I hate being myself whenever I become sensitive.. Teruk betul Zara ni, sampai dengan watak komik pun nak jelous... Adeh.. Zara.. Zara...

Lepas tu, bila dah fikir yang bukan-bukan, mula la aku tak nak makan...


Err..Okay, aku memang tak makan sangat... Tapi sebabkan sensitif ni, aku lebih-lebih tak nak makan... Sampaikan coklat pun aku tak nak makan!? Pelik bin ajaib... Terasa bersalah pula dekat emak sebab tak makan bila balik rumah... Sampaikan emak kena tanya aku nak makan apa, supaya lepas dia masak nanti, aku akan makan.... Maafkan orang, emak...Huhuu..


Kepada semua yang terpaksa terima tempias ke"sensitif"an saya ini terutamanya emak dan Pak Teh, maafkan saya... Saya tak bermaksud nak bersikap seperti itu... Dan jangan risau, ia cuma berlaku dalam tempoh tertentu sahaja... Dan saya akan cuba kawal sensitif saya ni... InsyaAllah.. :)

Thursday, March 4, 2010

Insya Allah... :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Cepat betul masa berlalu... (Itulah manusia..Bila masa lambat berlalu, disuruhnya cepat...Bila masa terlalu pantas bergerak, dirasakan perlu banyak masa lagi...Tapi hakikatnya, masa tak pernah kurang atau terlebih...) Hari-hari pandang kalendar, menghitung hari untuk pesta buku antarabangsa menjelma, menghitung hari untuk menanti Pak Teh pulang (^_^), juga menghitung hari untuk usia menginjak kepada setahun lagi...Hmm..

Rasa macam dah tua pula... Hahaa.. Hakikatnya, semakin umur bertambah, semakin dekat kita kepada mati... Huh?Kenapa perkara yang menakutkan ni yang aku ceritakan pagi-pagi ni? Relax... Bukan pasal kematian yang aku nak ceritakan, walaupun kematian tu memang perlu ditakutkan supaya ibadah dalam kehidupan seharian akan dipertingkatkan dalam menghadapi "alam lain" nanti...

Sebenarnya, banyak perkara yang aku nak lakukan dalam dunia ni... Dan aku ada masa untuk melakukan semua perkara tu sehingga mata aku tertutup untuk selama-lamanya... Aku harap, itu bukannya ilusi, cuma perlukan masa untuk merealisasikan... Aku tidak pernah punya kesempatan untuk menyatakannya kepada sesiapa... Lalu catatan ini menjadi wadahku berbicara, memasang impian, mengotakan cita dan meluahkan cinta... :)

Perkara-perkara Yang Ingin Saya Buat Sebelum Saya Menutup Mata Selamanya...

1. Saya nak menjejakkan kaki dan hati saya ke Makkah... (I'm sure that everybody yang beragama Islam pun nak buat benda yang sama)

2. Saya nak buat bungee jumping... (Tapi kena tunggu saya betul-betul berani.. Haha :D)

3. Saya nak menternak lembu dengan tangan saya sendiri... (Tapi saya takut nak dekat dengan lembu.. Macam mana?)

4. Saya nak belajar memanah...

5. Saya nak pergi Kota Rom, kota yang penuh dengan bangunan bersejarah...

6. Saya nak pergi tempat-tempat yang ada Keajaiban Dunia... (eg: Tembok Besar Cina, Piramid, etc...)


Akhir sekali,



7. Saya nak seorang suami yang dapat menyayangi saya seumur hidup saya, serta anak-anak yang dapat mendoakan kebahagiaan saya apabila saya menutup mata.... :)


Aku ada banyak lagi impian dan harapan sebelum mata tak nampak dunia... Tapi yang di atas adalah yang paling utama... :) Apa yang perlu dilakukan sekarang, doa banyak-banyak supaya sempat buat semua ni......

rindu Pak Teh~

Tuesday, March 2, 2010

Penantian....

Kertas - Penantian

Bulan dengarkan lantunku
Bintang temanilah aku
Terangi gelap malamku

Aku ingin engkau tahu
Ku kan selalu menunggu
Hilangkan rasa letihku...

Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku...

Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang slalu
Rindukan tawamu dalam hatiku

Hanya dirimu ...
Beri malamku yang menghiasi jiwa
Yang rapuh
Terlalu merindumu...

Bila nanti kau mengerti
Kumohon terangi aku .....

Dalam hatiku
Ingatkan aku
Untuk menahan rasa hati lelahku
Yang slalu ...
Rindukan tawamu dalam hatiku
Ingatkan aku
ku kan tetap menantimu
Hingga hati itu
Kan jadi milikku...



Monday, March 1, 2010

Inilah saya....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Last week, aku ada terbaca dalam satu buku ni pasal motivasi diri... Pakar motivasi tu tulis, dalam mendapatkan keyakinan diri, seseorang tu perlu memahami diri sendiri... Dengan memahami diri, barulah kita akan lebih menyayangi diri sendiri seterusnya membuatkan orang lain menyayangi kita... (^_^)

Hmm.. Aku kenal diri aku ke?? Susah nak cakap tu... Sebab kadang-kadang, aku sendiri macam tak percaya yang aku boleh buat sesuatu perkara diluar jangkaan... Hehe... Ok, ni antara perkara yang aku tahu pasal diri aku... (Kalau saya tidak berkelakuan seperti di bawah ketika bertemu saya, sila jangan percaya kepada "saya" itu... Sebab kemungkinan besar itu adalah alien yang cuba menyamar seperti saya... Wakahahahaa) :D:D


What people should know bout me?

1. Saya sayang pada buku saya.. (Tapi saya lagi sayang Pak Teh saya :P)

2. Kalau saya tension di tempat kerja, sila cari saya di library sebab library tempat lepak terbaik saya...

3. Saya suka menyanyi... Tapi diingatkan, jangan suruh saya menyanyi secara terbuka sebab orang lain mungkin akan ketakutan setelah mendengar suara saya... :D

4. Saya tak suka orang marah saya sebab saya akan menangis...

5. Saya tak suka marah-marah...Kalau saya marah, saya tak akan keluarkan suara...(Bila orang cakap saya garang, adik beradik saya akan gelak)

6. Saya manja... (Orang lain perlu tahu sebab saya tak nak orang cakap saya mengada-ngada)

7. Saya boleh buat kerja dalam keadaan tertekan, tapi saya akan mudah sakit kepala...

8. Saya suka buat kerja last minute... (Yang ni saya sedang cuba ubah)

9. Saya degil... (Istilah yang emak gunakan "keras hati")

10. Saya hanya minum susu HL... (Tapi kalau berperisa, saya tak kisah apa-apa jenama)

11. Saya sangat sayang family saya terutamanya emak...

12. Saya suka malam berbanding siang sebab malam ada bintang yang "BERGEMERLAPAN" *wink3* (^_^)

13. Saya kurang suka pedas...

14. Saya suka menulis... Tapi peliknya, saya tak suka menulis thesis saya...

15. Saya lebih suka duduk rumah masa cuti... Tapi kalau keluar, saya akan berada di luar dalam jangka masa yang agak lama...

16. Saya suka bau berry... Dari toiletaries hinggalah ke makanan, saya akan cuba pastikan ada unsur berry... (Tak kisah la strawberry ke, blueberry ke atau rasberry sekalipun)

17. Saya sangat suka karakter Boo dalam cerita Monster, Inc. dan Pussy dalam cerita Shrek... Cute..

18. Saya suka pakai selipar daripada kasut...

19. Saya sangat takut pada serangga dan tikus...

20. Saya tak suka bersukan... Riadah saya cuma berjalan dan menari...

21. Saya lebih suka diam bila sedang buat perkara yang serius...

22. Saya tak suka buat kerja-kerja yang melibatkan air seperti membasuh pinggan dan membasuh baju... :p

23. Saya tak suka keadaan yang senyap... Saya hanya perlukan ke"senyap"an itu bila sedang tension, membaca dan tidur...

24. Saya tak pandai bawa apa-apa jenis kenderaan termasuklah basikal...

25. Saya senang sakit tapi sakit saya biasanya tak lama...

26. Saya senang merajuk sebab hati saya mudah terusik...

27. Saya suka simpan barang-barang yang ada sentimental value...

28. Saya tak boleh makan buah-buahan waktu malam... (Confirm perut saya kembung malam tu)

29. Saya tak boleh berfikir dengan betul bila mengantuk...

30. Saya sangat sayang Pak Teh saya sebab dia pun sayang saya... Hahahaa..




*list ini akan bertambah dari hari ke hari...The longer, the better... Hehehe*