“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Sunday, December 16, 2012

Excited!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Alhamdulillah, baby dalam perut ni dah pun berusia 8 bulan. Kejap je rasa. Sekarang ni memang rasa berdebar sangat-sangat. Rasa takut nak bersalin pun ada. Tapi kan tu memang semua perempuan yang mengandung akan melaluinya. So, chill je lah! :)


Barang baby? Owh, dah beli sikit-sikit. Sebabnya, kakak saya bersalin tahun lepas. So barang baby dia ada banyak. Saya cuma perlu sediakan baju-baju baby je sebab anak dia, Akeel still muat lagi baju-baju masa dia kecik dulu. Abang ipar saya dulu memang excited dapat anak lelaki, so baju-baju Akeel memang saiz besar. Tapi saya dan encik suami tak nak lah excited sangat. Beli sikit-sikit, janji ada. Heh!


Ada adik-beradik ramai seronok kan? Tetiba je cerita pasal adik beradik ni apahal? Hehee, ada kaitan la... Adik-beradik ramai maksudnya hadiah baby pun banyak! Hahaha :D Ni adalah hadiah-hadiah yang saya mintak:


Along: Stroller (dah dapat pun. Giler lah, MacLaren tu!)

Nyah: tak mintak apa-apa sebab dia pun baru je dapat baby.

Eta: Belum terpikir nak mintak apa sebab barang-barang baby dia ada banyak

Ena: Cloth Diapers (COMING SOON!)

Mamat: Buku-buku untuk baby

Akim: Mainan (since makwe dia kerja kat toy r us, so boleh beli mainan dengan harga diskaun) *wink2*



So, saya cuma perlu sediakan kain lampin dan baju-baju je. Set tilam kakak ipar saya dah belikan, kain barut baby mak mertua saya dah jahitkan, alas-alas tilam dan kain bedung baby mak saya jahitkan. Owh, bersyukur sangat-sangat lahir dalam family besar. :)


Sekarang ni, saya cuma perlu sediakan barang untuk diri sendiri pulak. Barang yang perlu semasa berpantang. Sebok dengan barang baby, sendiri punya barang pun lupa. Next post baru cerita pasal barang untuk berpantang ni. 


Got to go now. Baby dalam perut ni dah lapar. Jumpa lagi!







Saturday, December 8, 2012

Pikir la sendiri tajuk dia apa~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Macam ntah apa-apa, update blog semata-mata tak mahu encik blogspot tutup akaun saya. Heh! :D 

Anyway, dah lama sangat tak jenguk blog ni. Cian dia sebab dah tak terurus. Tak sangka dashboard blogspot ni pun dah bertukar wajah. Adoii! Tapi terima kasih encik blogspot sebab belum tutup akaun saya ni. Saya akan jadik rajin lepas ni untuk update. Ganbattei! *dengan semangat membara*

Sebelum saya akhiri ceramah tulisan saya kali ni, saya nak tunjuk sesuatu....

Jeng..jeng..jeng..










Khalifah kecil bakal lahir nanti! (^_^) 





Nanti la saya cerita lagi eh. Katil dah panggil. Daaaaa~





Thursday, February 9, 2012

Masih Ada

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Buat pembaca-pembaca blog ni, ye, saya masih di sini. Saya tak merajuk pun, cuma masa dan keadaan tak mengizinkan saya untuk meng-update blog ni. Susah nak cakap sebab walaupun saya dah jadik pengantin lama, tapi saya masih sedang berusaha untuk menyesuaikan diri menjadi isteri orang ni. Owh, kahwin ni bukan mudah rupanya. Nak pulak kalau kau duduk serumah dengan keluarga mertua. 


Walaupun keluarga mertua sangat baik, tapi batas-batas sebagai menantu dalam rumah tu saya kena jaga juga. Perangai huduh masa duduk rumah mak di KL masa bujang harus disorok dalam almari. Saya sudah boleh bangun pagi setiap hari! Hahaha.. Bangga rasanya. Tapi, bila balik KL, perangai huduh menjelma semula sebab saya cuma sorok je, bukannya buang. -_-"


Teringin nak ada rumah sendiri, tapi mungkin keadaan belum mengizinkan. Insya Allah, rezeki saya pasti ada. Saya cuma perlu tunggu je. :)


Nota hati: Saya rindu bangat sama kawan-kawan di KL especially Apat & E. Kamu jangan rindu-rindu saya ye.

MySpace








Thursday, September 22, 2011

officially Pn. Zara :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah, saya sudahpun menjadi tulang rusuk kiri kepada suami tercinta, En. Mohd Zahari dengan sekali lafaz. Maha Suci Allah yang menjadikan detik itu amat bermakna bagi saya. Dengan sekali lafaz itulah saya telah diserahkan oleh ayah saya kepada seorang lelaki yang sebelum ni tidak saya kenali. Dengan lafaz itu juga bermakna segala dosa-dosa saya akan ditanggung oleh si suami. Kini saya milik pak teh sepenuhnya. Bahagia, tapi ada sedikit kesedihan dalam diri ni.

Owh tak boleh cerita lagi sebab sekarang saya kat rumah emak mertua saya. Nanti update lagi :)


Tuesday, August 23, 2011

nothing to say

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Lagi 24 hari je saya nak kahwin! Macam tak percaya je saya akan jadi isteri orang. Perasaan? Memang la saya gembira, tapi dalam masa yang sama ada banyak benda yang saya fikirkan. Stress tu hanya Allah swt yang tahu. Memang semua orang yang nak kahwin tu mengalami benda yang sama macam yang saya rasa sekarang ni ke? Owh, maybe I should ask Ummi Aisyah. Tapi memang sangat menyakitkan bila kena fikir banyak perkara padahal sepatutnya saya harus bergembira.

Raya tahun ni pun macam tak ada apa-apa yang menarik. Saya rasa, 3 - 4 bulan berpuasa lagi pun tak apa. Kenapa saya macam ni ye? Hmmm T_T

Perasaan yang tak best ni, please go away~






Tuesday, August 16, 2011

Entry Tidak Bernama

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...





Rasa stress bila menguruskan majlis perkahwinan dan menyiapkan tesis projek dalam satu masa. Tu belum campur lagi dengan dugaan-dugaan bulan Ramadhan ni. Hmm semoga Allah s.w.t menguatkan iman saya, emosi saya, semangat saya dan fizikal saya.





Nota hati: Mungkin perlu buat check list mana yang dah disiapkan. Hmmm





Monday, August 8, 2011

h.u.r.t




 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





MyEm0.Com








 disaat sayap ini semakin patah untuk terbang
ketika itulah kau merapuhkan semangat ini
rasa tercampak dan dibiarkan lemas di lautan paling dalam
jangan biarkan aku terus lemas
biarpun kau mengharapkan itu
kerana bila aku mati
baru kau akan mengerti




p/s:  it's really hurt.





Thursday, August 4, 2011

Quote of the day

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



"Seseorang manusia tu perlu sedar diri. Kalau duit ada RM1, jangan bermimpi la nak makan Kenny Rogers!"






Kecewa dengan diri sendiri.








Tuesday, August 2, 2011

Sabar......




It's that what you are thinking about me? You are wrong. I don't want your money at all! (T_T)










Monday, August 1, 2011

Diam Itu Lebih Baik

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...




Kini bermulalah bulan Ramadhan. Bulan yang menuntut umatNya menjaga lidah, telinga, mata, nafsu, dan lain-lain. Saya pun tak mahu cerita pasal keburukan orang lain di bulan yang mulia ni. Tapi, cerita yang nak saya tulis ni cuma untuk peringatan dan pengajaran buat semua yang membaca blog saya ni.

Okay... Kebanyakan orang dah tahu yang saya akan berkahwin tak lama lagi. Tangan saya cuma 2 dan saya tak mampu nak buat semuanya seorang diri. Saya perlukan bantuan sama ada dari segi tenaga, mahupun emosi. Tapi nampaknya ada sesetengah orang yang tak faham perasaan saya. Mungkin jugak sebab dia tak mengalami benda yang sama lagi, so dia tak tahu.

Kan saya ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tak faham ke perkataan "TOLONG"? Ye, mungkin saya ni menyusahkan tapi sedar tak, hari awak nanti boleh jadi lagi susah dari saya kalau itu kehendak-Nya? Saya bukannya nak mintak duit awak, tapi saya cuma minta sedikit tenaga awak untuk membantu saya. Saya tak mintak pun awak cakap "alaaaa...leceh la nak buat benda ni. Lain kali beli je la benda da siap!" Hmm...

Senang je kan mulut tu nak bercakap? Awak ada bagi duit ke untuk beli apa yang awak kata MUDAH tu? Tunang saya bukannya anak Tan Sri atau Datuk yang duit ada juta-juta. Apatah lagi saya yang tak banyak duit dibandingkan dengan awak. Kalau saya kaya, saya sendiri pun takkan bodoh nak susahkan diri sendiri. Kebanyakan gift saya buat sendiri sebab nak kurangkan kos. Saya tak berkerja, so takkan nak mengharapkan tunang saya seorang? Dia pun dah susah, takkan saya nak tambahkan kesusahan dia? (T_T)

Sebelum bercakap tu, fikir dulu. Bukan semua orang macam awak. Mungkin hari ni orang tu susah, esok lusa kalau awak pula yang kena macam mana? Allah tu Maha Adil.....


Peace. No war.