“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Sunday, December 16, 2012

Excited!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Alhamdulillah, baby dalam perut ni dah pun berusia 8 bulan. Kejap je rasa. Sekarang ni memang rasa berdebar sangat-sangat. Rasa takut nak bersalin pun ada. Tapi kan tu memang semua perempuan yang mengandung akan melaluinya. So, chill je lah! :)


Barang baby? Owh, dah beli sikit-sikit. Sebabnya, kakak saya bersalin tahun lepas. So barang baby dia ada banyak. Saya cuma perlu sediakan baju-baju baby je sebab anak dia, Akeel still muat lagi baju-baju masa dia kecik dulu. Abang ipar saya dulu memang excited dapat anak lelaki, so baju-baju Akeel memang saiz besar. Tapi saya dan encik suami tak nak lah excited sangat. Beli sikit-sikit, janji ada. Heh!


Ada adik-beradik ramai seronok kan? Tetiba je cerita pasal adik beradik ni apahal? Hehee, ada kaitan la... Adik-beradik ramai maksudnya hadiah baby pun banyak! Hahaha :D Ni adalah hadiah-hadiah yang saya mintak:


Along: Stroller (dah dapat pun. Giler lah, MacLaren tu!)

Nyah: tak mintak apa-apa sebab dia pun baru je dapat baby.

Eta: Belum terpikir nak mintak apa sebab barang-barang baby dia ada banyak

Ena: Cloth Diapers (COMING SOON!)

Mamat: Buku-buku untuk baby

Akim: Mainan (since makwe dia kerja kat toy r us, so boleh beli mainan dengan harga diskaun) *wink2*



So, saya cuma perlu sediakan kain lampin dan baju-baju je. Set tilam kakak ipar saya dah belikan, kain barut baby mak mertua saya dah jahitkan, alas-alas tilam dan kain bedung baby mak saya jahitkan. Owh, bersyukur sangat-sangat lahir dalam family besar. :)


Sekarang ni, saya cuma perlu sediakan barang untuk diri sendiri pulak. Barang yang perlu semasa berpantang. Sebok dengan barang baby, sendiri punya barang pun lupa. Next post baru cerita pasal barang untuk berpantang ni. 


Got to go now. Baby dalam perut ni dah lapar. Jumpa lagi!







0 comments:

Post a Comment