“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Monday, February 8, 2010

Pelanduk Banyak Rupa... :D

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...

Ada satu peristiwa yang buatkan aku sentiasa tersenyum... Buatkan aku lupakan sekejap masalah yang aku hadapi sejak akhir-akhir ni... Buatkan aku berhenti menangis dan terus ketawa... :)

Jumaat, lepas balik kerja... Macam biasa, sampai saja rumah, rehat-rehat kejap sambil baca surat khabar sebelum mandi (ikut pesanan Pak Teh supaya mandi terus lepas balik kerja.. ^,^) Tengok tarikh paper tu, rupa-rupanya paper semalam... Tak kisahlah sebab semalam pun tak sempat nak baca paper... So, masa tengah selak-selak helaian paper tu, tiba-tiba mata aku terberhenti pada satu artikel ni... Bukannya artikel tu yang menarik, tapi gambar dalam paper tu...

Aku nampak Pak Teh dalam paper tu!!

Terkejut juga aku masa tu... Ye la, dah la waktu tu magrib... Mana la tahu kalau ada "makhluk lain" yang nak mainkan aku... Aku terfikir, "takkan la teruk sangat aku rindu dia?"

Wakahahaa... Rupa-rupanya tu gambar Shaheizy Sam yang berlakon dalam cerita Adnan Sempit tu... Hahaaa.. Muka dia macam Pak Teh.. :D Hihii.. Aku gelak sorang-sorang... Mamat yang tengah mengaji dan Akim yang baru habis solat maghrib terus pandang aku serentak... Walaupun adik-adik aku tak cakap, tapi dari riak muka mereka aku tahu dalam hati mesti cakap "gila ke kakak aku ni?" Kihkihh... Untuk mengelakkan aku di cop 'perasan' oleh orang lain, aku tunggu Mamat dan Akim sudahkan urusan mereka dulu... Then, aku suruh mereka duduk sebelah aku...

"Tengok gambar Sam ni.. Sama tak macam muka Abg Zari?" sambil aku tunjuk gambar Pak Teh kat adik-adik aku...

Aku tahu aku bukan rindu pada Pak Teh bila aku tengok muka adik-adik aku tu macam tak percaya + terkejut... Hahahaa... Aku ketawa lagi... Adik-adik aku senyum je... :)

Lepas tu, diorang tengok gambar Pak Teh satu-satu...

"Eh, ni macam Ahmad Dhani..." Mamat cakap sambil tunjuk gambar Pak Teh yang lain...

Hahahaa... Aku dah tak boleh berhenti ketawa... Lepas satu artis, artis lain pula yang keluar... :D:D

"Bahagian janggut dia yang paling sama..." tambah Akim pula... Wakahahhaa... Kami ketawa serentak...

"Apa yang ketawa kuat-kuat masa magrib ni?" Mak masuk bilik lepas dengar kitorang ketawa tak berhenti-henti...

Kami ajak mak join sekali tengok gambar...

"Mak tengok gambar Sam ni dengan gambar Zari... Sama kan?" kata aku sambil tersenyum...

Mak bandingkan dua-dua gambar tu... Mak tak cakap apa-apa... Sambil tu mak tengok gambar Pak Teh yang lain...

"Mak tengok macam muka Azmil Mustapha yang berlakon dalam Ali Setan tu je..." mak cakap sambil ketawa....

Wakaahhahahaa... Aku, Mamat dan Akim gelak serentak... Kalau tunjuk kat orang lain, agaknya artis apa pula la Pak Teh jadi kan? Hahhahaa...

Walaupun ternyata aku bukannya angau kat Pak Teh, tapi jauh di lubuk hati, aku tak nafikan aku rindu dia..... :)



p/s: Sorry Pak Teh.. Dah janji tak nak gelak masa tulis entry ni.. Tapi "ter" gelak pulak... Hahhaaa... :p Apa-apa pun, awak tetap "Shaheizy Sam" saya... "Ahmad Dhani" saya... "Azmil Mustapha" saya... :)

0 comments:

Post a Comment