“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Tuesday, February 23, 2010

Eh, tak sangka....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Lately ni, baru aku realize rupanya banyak benda yang aku tak sedar sebelum ni... Memang tak sangka... Hahaa..

1. Aku tak sangka, rupanya aku ada banyak kasut... Haha.. Hari tu mak suruh kemas rak simpan kasut... Bila keluarkan, dah boleh buka kedai kasut... :p Tapi, banyak kasut pun, balik-balik aku pakai selipar je (Pak Teh pun dah bising pasal ni)... Bukan apa, leceh la nak pakai kasut-kasut ni... Tak apa, simpan untuk anak cucu nanti... Sambil mengemas, sambil ambil gambar.. (^,~)y


2. Aku tak sangka, aku dah makan oren/limau! Ni memang agak ajaib la sebab kalau dulu bau buah oren pun aku dah tak suka, sekarang siap boleh makan lagi... Haha.. Dulu gastrik sangat teruk, so terpaksalah aku elakkan benda-benda berasid ni... Daripada saja-saja elakkan, terus aku tak suka makan even gastrik aku dah ok (agaknya)... Tapi sekarang ni aku dah makan balik oren/limau ni... Terima kasih to Uncle Wong (jiran bawah rumah aku) sebab bagi sekotak besar buah limau sempena Chinese New Year... Disebabkan limau dia dah memenuhi ruang dalam peti sejuk rumah, maka aku pun terpaksa makan... Hahahaa...

3. Aku tak sangka, rupanya aku dah banyak cakap... Haha... Ni satu lagi perkara yang aku sendiri tak realize sampai Nani cakap "eh, sejak bila kakak banyak cakap ni?"... Hahaa..Entahlah Nani, kita pun tak sedar sejak bila mulut ni jadi rajin... Agaknya sebab dekat ofis aku duduk seorang, so bila dapat cakap dengan orang, tu yang tak boleh berhenti tu... Pak Teh pun kadang-kadang tak larat nak dengar aku cakap banyak-banyak... Hehee.. Sorry Pak Teh... :) Kepada kawan-kawan semua, gelaran "Pendiam" tu sekarang boleh diberikan kepada orang lain.. (^_^)

5. Aku tak sangka, rupanya sekarang aku dah boleh berjimat cermat... Hahaa.. Kalau dulu, aku tak pandai nak budget dalam berbelanja ni, sekarang aku dah boleh dikatakan agak berjaya la.. (^,~) Sehingga entry ini ditaip, aku dah berjaya halang diri aku dari godaan Ena supaya beli "bebear" (kata nama lain bagi teddy bear dalam family aku) yang besar dia melebihi saiz Adam, godaan Yani untuk beli buku cerita Cecelia Ahern kat MPH, godaan kakak BodyShop supaya beli perfume limited edition 'Love Etc', godaan Akim beli junkfood yang mana memang favourite aku sebelum ni, dan beberapa lagi godaan dari orang sekeliling... Hati kena kuat sebab banyak lagi godaan dan dugaan yang melibat duit yang aku kena hadapi nanti.. You got to be strong, Zara!~ (^_^)

5. Dan paling aku tak sangka, rupanya aku dah nak mencecah 25 tahun! Ni yang paling aku tak sangka... Hahaha.. Dah tua rupanya aku ni... Dah tak boleh nak manja-manja lagi (tapi untuk sesetangah orang, dibolehkan lagi... hahaha) Dah kena rajin buat kerja-kerja rumah... Dah kena jadi superwoman macam mak....

Adehhh... Cepat betul masa berlalu...

0 comments:

Post a Comment