“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Sunday, February 28, 2010

Senandung Malam?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Bulan masih belum menunjukkan diri...
Bintang masih belum bergemerlapan...
Langit masih belum cerah...
Awan masih belum turun hujan...
Suria masih belum menyinari...
Bunga masih belum berkembang...
Rumput masih belum berembun...
Burung masih belum berkicau...

Dan rindu aku,
Masih belum pudar... :(




Biarkan rindu itu merangkak........




Friday, February 26, 2010

MOODY~?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Sejak kebelakangan ni, aku dapat rasakan yang aku semakin moody... Aku tahu, ini bukan sesuatu yang baik... Orang lain silap sikit je, mulalah aku nak merajuk... Kadang-kadang, pening aku fikirkan sikap aku yang entah apa-apa ni... Tapi moody aku pun, tak adalah sampai menyusahkan orang lain... Sebab bila aku merajuk, selalunya aku diam je...



Hmm..Dah malas nak menaip... Moody aku datang balik...



Tuesday, February 23, 2010

Eh, tak sangka....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Lately ni, baru aku realize rupanya banyak benda yang aku tak sedar sebelum ni... Memang tak sangka... Hahaa..

1. Aku tak sangka, rupanya aku ada banyak kasut... Haha.. Hari tu mak suruh kemas rak simpan kasut... Bila keluarkan, dah boleh buka kedai kasut... :p Tapi, banyak kasut pun, balik-balik aku pakai selipar je (Pak Teh pun dah bising pasal ni)... Bukan apa, leceh la nak pakai kasut-kasut ni... Tak apa, simpan untuk anak cucu nanti... Sambil mengemas, sambil ambil gambar.. (^,~)y


2. Aku tak sangka, aku dah makan oren/limau! Ni memang agak ajaib la sebab kalau dulu bau buah oren pun aku dah tak suka, sekarang siap boleh makan lagi... Haha.. Dulu gastrik sangat teruk, so terpaksalah aku elakkan benda-benda berasid ni... Daripada saja-saja elakkan, terus aku tak suka makan even gastrik aku dah ok (agaknya)... Tapi sekarang ni aku dah makan balik oren/limau ni... Terima kasih to Uncle Wong (jiran bawah rumah aku) sebab bagi sekotak besar buah limau sempena Chinese New Year... Disebabkan limau dia dah memenuhi ruang dalam peti sejuk rumah, maka aku pun terpaksa makan... Hahahaa...

3. Aku tak sangka, rupanya aku dah banyak cakap... Haha... Ni satu lagi perkara yang aku sendiri tak realize sampai Nani cakap "eh, sejak bila kakak banyak cakap ni?"... Hahaa..Entahlah Nani, kita pun tak sedar sejak bila mulut ni jadi rajin... Agaknya sebab dekat ofis aku duduk seorang, so bila dapat cakap dengan orang, tu yang tak boleh berhenti tu... Pak Teh pun kadang-kadang tak larat nak dengar aku cakap banyak-banyak... Hehee.. Sorry Pak Teh... :) Kepada kawan-kawan semua, gelaran "Pendiam" tu sekarang boleh diberikan kepada orang lain.. (^_^)

5. Aku tak sangka, rupanya sekarang aku dah boleh berjimat cermat... Hahaa.. Kalau dulu, aku tak pandai nak budget dalam berbelanja ni, sekarang aku dah boleh dikatakan agak berjaya la.. (^,~) Sehingga entry ini ditaip, aku dah berjaya halang diri aku dari godaan Ena supaya beli "bebear" (kata nama lain bagi teddy bear dalam family aku) yang besar dia melebihi saiz Adam, godaan Yani untuk beli buku cerita Cecelia Ahern kat MPH, godaan kakak BodyShop supaya beli perfume limited edition 'Love Etc', godaan Akim beli junkfood yang mana memang favourite aku sebelum ni, dan beberapa lagi godaan dari orang sekeliling... Hati kena kuat sebab banyak lagi godaan dan dugaan yang melibat duit yang aku kena hadapi nanti.. You got to be strong, Zara!~ (^_^)

5. Dan paling aku tak sangka, rupanya aku dah nak mencecah 25 tahun! Ni yang paling aku tak sangka... Hahaha.. Dah tua rupanya aku ni... Dah tak boleh nak manja-manja lagi (tapi untuk sesetangah orang, dibolehkan lagi... hahaha) Dah kena rajin buat kerja-kerja rumah... Dah kena jadi superwoman macam mak....

Adehhh... Cepat betul masa berlalu...

Friday, February 19, 2010

Kecil hati ke?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Owh.. Rasanya kebelakangan ni aku banyak kecilkan hati Pak Teh... Tak tau la kalau sebenarnya dia tak rasa macam tu... Tapi aku yang rasa... First thing yang buat aku rasa dia kecil hati sebab hari tu dia cakap "kalau u ingat kat i, u msg la... Ni asyik-asyik i je yang call u... " (bunyi macam merajuk je) Hehee..sorry la Pak Teh... Bukannya tak nak call, tapi tak tau nak call... Should i call operator first? Ke ada nombor lain yang i kena call dulu... Mana la i tau... Before this, tak pernah lagi i call nombor selain nombor Malaysia... Ala, kalau call pun mana la tau u busy ke...Kan susah i nak bermanja dengan u... Wakahahaa... :p

Lagi satu, kalau dia call aku tapi aku tak angkat (sebab busy atau tak dengar), bukannya aku nak msg balik bagitau kenapa tak angkat call...Ye la, mana tau something had happen ke... Hahaa... Salah aku... Bukan apa Pak Teh, lately ni memang malas nak taip msg... Kadang-kadang msg kawan-kawan pun dibalas bila rajin datang... Kalau tak, memang selamatlah tersimpan dalam handphone tu... hehee.. :p Terbaru, dia nak buat video call, tapi handphone aku pula tak ada 3G.. Nak pinjam handphone Mamat/Akim, diorang pula memanjang tak ada kat rumah... Bertambah kecillah hati Pak Teh saya...

Sorry Pak Teh... Orang tak bermaksud nak kecilkan hati awak... Tapi percayalah, saya msg ke tak, saya call ke tak, dapat video call ke tak, awak tetap "jiwa" saya... Macam lagu yang saya assign untuk nombor awak bila awak call;

"hanya dirimu yg bisa membuatku tenang...tanpa dirimu aku merasa hilang...kau seperti nyanyian dalam hatiku yg memanggil rinduku padamu...seperti udara yg kuhela kau selalu ada..."

MySpace






Wednesday, February 17, 2010

Picnic Day!~ Yeaaaa! (^,~)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Post aku yang sebelum ni, aku ada cakap yang aku rindu nak mandi sungai/air terjun/laut kan? Agaknya gelombang kerinduan (cewaaahh..) aku tu mak dapat baca kot.. Sebab mak yang cadangkan kami 1 family pergi picnic... Yeaaa~ (^_^) So, 16/2 kami pun bertolak la ke air terjun Sg.Gabai dekat daerah Hulu Langat ni... Sepatutnya aku yang excited nak pergi picnic.. Tapi mak yang beria-ia... Pukul 4.30 pagi dia dah kejutkan aku suruh sediakan barang-barang yang nak bawa... Adehhh...Emak..Emak... Padahal kitorang nak bertolak pukul 7 pagi... Huhuu...Malas nak taip panjang-panjang... Macam biasa, kita tengok gambar je.. :)


nasi lemak yang mak masak~ (^_^)

penjejakan kaki di Air Terjun Sg. Gabai...

ni la rupa air terjun tu

ni tengah tunggu air sungai tu jadi panas sikit...hahaha

adik-beradik aku pun tunggu air tu panas sikit.. ;p


Best betul hari tu... Kira terubat juga la rindu aku pada air terjun ni... Hihii.. Tapi gambar tak boleh upload banyak-banyak... :p



Monday, February 15, 2010

Anak Buahku Sayang~ (^_^)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Esok bersamaan 16/2 adalah hari jadi Najiha a.k.a. adik yang ke-5 tahun... Dah masuk tadika dah pun... Aku ingat lagi masa dia kecil-kecil dulu... Dua perkara yang dia sangat suka buat sampai sekarang; menyanyi sambil menari dan mengambil gambar... Mungkin juga sebab didikan makcik-makcik dia yang gila-gila ni... Hahaha.. Pantang dengar lagu, mesti tahu je nak ikut orang tu menyanyi... Lagi satu, asyik-asyik nak tangkap gambar.. Semua handphone dalam rumah tu jadi mangsa adik... But, camera loves her! :) Sangat photogenic bila ambil gambar... Sampai pernah sekali tu orang tanya aku sama ada aku ambil gambar tu dalam internet ke apa? (sebab gambar tu sangat comey macam makcik dia... Hahahaa... :p)

Ok... Ni gambar-gambar dia sejak dari kecil, sampai la dah tadika ni... :)






















P/s: Happy Birthday adik sayang... Jangan nakal-nakal dan semoga jadi anak solehah, bahagiakan mama dan papa.....




Friday, February 12, 2010

From This Moment On

Shania Twain - From This Moment On

(I do swear that I'll always be there. I'd give anything and everything and I will always care. Through weakness and strength, happiness and sorrow, for better, for worse, I will love you with every beat of my heart.)

From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on

From this moment I have been blessed
I live only for your happiness
And for your love I'd give my last breath
From this moment on

I give my hand to you with all my heart
Can't wait to live my life with you, can't wait to start
You and I will never be apart
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment on

You're the reason I believe in love
And you're the answer to my prayers from up above
All we need is just the two of us
My dreams came true because of you

From this moment as long as I live
I will love you, I promise you this
There is nothing I wouldn't give
From this moment
I will love you as long as I live
From this moment on




p/s: I'll be waiting for you...Here, inside my heart.. :)



Tuesday, February 9, 2010

Special Dedication...

Entah kenapa semalam lagu ni berputar-putar dalam kepala... Anyway, lagu ni memang ada kaitan dengan aku sekarang pun.. So, dengan rajinnya aku post dalam blog ni.. *wink3* :D


-------------------------------------------------------------


Specially dedicate to my dearest Pak Teh, my husband-to-be (insyaAllah..Doa banyak-banyak.. ^,^) my wings to make me fly, my shoulder to cry on, my courage, my soul and my everything... :)




Monday, February 8, 2010

Pelanduk Banyak Rupa... :D

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...

Ada satu peristiwa yang buatkan aku sentiasa tersenyum... Buatkan aku lupakan sekejap masalah yang aku hadapi sejak akhir-akhir ni... Buatkan aku berhenti menangis dan terus ketawa... :)

Jumaat, lepas balik kerja... Macam biasa, sampai saja rumah, rehat-rehat kejap sambil baca surat khabar sebelum mandi (ikut pesanan Pak Teh supaya mandi terus lepas balik kerja.. ^,^) Tengok tarikh paper tu, rupa-rupanya paper semalam... Tak kisahlah sebab semalam pun tak sempat nak baca paper... So, masa tengah selak-selak helaian paper tu, tiba-tiba mata aku terberhenti pada satu artikel ni... Bukannya artikel tu yang menarik, tapi gambar dalam paper tu...

Aku nampak Pak Teh dalam paper tu!!

Terkejut juga aku masa tu... Ye la, dah la waktu tu magrib... Mana la tahu kalau ada "makhluk lain" yang nak mainkan aku... Aku terfikir, "takkan la teruk sangat aku rindu dia?"

Wakahahaa... Rupa-rupanya tu gambar Shaheizy Sam yang berlakon dalam cerita Adnan Sempit tu... Hahaaa.. Muka dia macam Pak Teh.. :D Hihii.. Aku gelak sorang-sorang... Mamat yang tengah mengaji dan Akim yang baru habis solat maghrib terus pandang aku serentak... Walaupun adik-adik aku tak cakap, tapi dari riak muka mereka aku tahu dalam hati mesti cakap "gila ke kakak aku ni?" Kihkihh... Untuk mengelakkan aku di cop 'perasan' oleh orang lain, aku tunggu Mamat dan Akim sudahkan urusan mereka dulu... Then, aku suruh mereka duduk sebelah aku...

"Tengok gambar Sam ni.. Sama tak macam muka Abg Zari?" sambil aku tunjuk gambar Pak Teh kat adik-adik aku...

Aku tahu aku bukan rindu pada Pak Teh bila aku tengok muka adik-adik aku tu macam tak percaya + terkejut... Hahahaa... Aku ketawa lagi... Adik-adik aku senyum je... :)

Lepas tu, diorang tengok gambar Pak Teh satu-satu...

"Eh, ni macam Ahmad Dhani..." Mamat cakap sambil tunjuk gambar Pak Teh yang lain...

Hahahaa... Aku dah tak boleh berhenti ketawa... Lepas satu artis, artis lain pula yang keluar... :D:D

"Bahagian janggut dia yang paling sama..." tambah Akim pula... Wakahahhaa... Kami ketawa serentak...

"Apa yang ketawa kuat-kuat masa magrib ni?" Mak masuk bilik lepas dengar kitorang ketawa tak berhenti-henti...

Kami ajak mak join sekali tengok gambar...

"Mak tengok gambar Sam ni dengan gambar Zari... Sama kan?" kata aku sambil tersenyum...

Mak bandingkan dua-dua gambar tu... Mak tak cakap apa-apa... Sambil tu mak tengok gambar Pak Teh yang lain...

"Mak tengok macam muka Azmil Mustapha yang berlakon dalam Ali Setan tu je..." mak cakap sambil ketawa....

Wakaahhahahaa... Aku, Mamat dan Akim gelak serentak... Kalau tunjuk kat orang lain, agaknya artis apa pula la Pak Teh jadi kan? Hahhahaa...

Walaupun ternyata aku bukannya angau kat Pak Teh, tapi jauh di lubuk hati, aku tak nafikan aku rindu dia..... :)



p/s: Sorry Pak Teh.. Dah janji tak nak gelak masa tulis entry ni.. Tapi "ter" gelak pulak... Hahhaaa... :p Apa-apa pun, awak tetap "Shaheizy Sam" saya... "Ahmad Dhani" saya... "Azmil Mustapha" saya... :)

Saturday, February 6, 2010

...If only I could turn back time...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Sakit tekak semakin teruk... Ada bengkak sikit... Tak boleh bercakap 1 hari... Makanan asasi terpaksa bertukar kepada bubur.. Huhuu.. Tak nak makan, tapi mak paksa... Tak sampai hati tak makan bubur nasi yang mak masak... Terpaksa telan juga walaupun hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya tekak ni... Pukul 11 pagi, rasa tak sedap badan... Bila check suhu badan, sah aku demam... Patutla rasa lemah je badan ni... Demam rindu kot...:p Huhuu.. Masa tengah berehat tu, tiba-tiba aku terfikir... Kalaulah aku tak minum susu sejuk tu, mesti aku tak sakit tekak macam ni... Kalaulah...

1. Kalaulah aku dapat putar balik masa, aku mesti pilih untuk tak sambung master ni.. Tak sangka pula sebab ini lah aku banyak korbankan orang lain... Maafkan orang... :'(

2. Kalaulah aku dapat putar balik masa, aku nak pergi zaman persekolahan balik... Belajar bahasa inggeris dengan serius... Tak sangka pula disebabkan tahap bahasa inggeris aku sekarang, aku susah nak maju... *aishhh*

3. Kalaulah aku dapat putar balik masa, aku nak jadi lebih berani... Nak berperang dengan pihak *** untuk dapatkan kembali hak aku... Elaun aku yang dah dibekukan selama 4 bulan tu nampaknya akan dibekukan untuk 1 bulan lagi... Terima kasih, sebab dah berjaya MENYUSAHKAN aku! :(

4. Kalaulah aku dapat putar balik masa, aku nak pergi zaman ayah muda-muda dulu... Nak larang dia dari ambil gula berlebihan... Tak sangka ayah terpaksa guna insulin sekarang... :(

5. Kalaulah aku dapat putar balik masa, aku nak pergi balik waktu hantar Pak Teh pulang ke sana di KLIA... Nak kecilkan badan, lepas tu menyorok dalam beg dia... Ikut dia balik sana... Tapi Pak Teh tak bagi... Huhuu...

Hmm... Semua tu mustahil kan? Apa yang boleh dibuat sekarang adalah tabahkan hati...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...... " (Surah Al-Baqarah: Ayat 286)




Tapi, tabah kah aku???





Friday, February 5, 2010

Sorry for the stupid things...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Dear Pak Teh,

Sorry sebab tak pasal-pasal nak emotional pula tadi... (tapi saya dah ok...)
Sorry sebab selalu buat awak rasa risau... (insyaAllah, next time saya cuba kuatkan hati...)
Sorry sebab awak terpaksa layan karenah saya yang entah apa-apa ni... (terima kasih banyak-banyak...)
Sorry sebab awak banyak kena bersabar dengan saya... (saya betul-betul terharu...)
Sorry for all the stupid things i do... (i wish i didn't do..)

*kalau suatu masa nanti awak menyampah dengan saya, ketahuilah yang saya tak bermaksud macam tu.. :( *

Lots of luv,
Mak Teh...

Wednesday, February 3, 2010

~wish you were here~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Owh... Busy nya aku lately ni (salah sendiri sebab buat kerja last minute... Hukhuk..) Pak Teh pun sudah kembali busy sejak akhir-akhir ini... Asyik pergi site je untuk inspection... Disebabkan kami berdua sibuk, maka perhubungan kami terpaksa dihadkan... Tak boleh kacau dia masa buat site inspection, dan dia tak boleh kacau aku masa aku tengah berperang dengan slide presentation... Ditambah pula dengan jarak masa 5 jam yang memisahkan kami... Lagi banyak perkara yang terpaksa dibataskan... Berkorban... :) Rindu? Memang la... Tak perlu cakap... Tapi ini semua kan tuntutan kehidupan... Terpaksa ditempuh, walaupun hati mendesak tak mahu...


* Sorry, entry jiwang lagi... Harap tak ada yang cuba tubuhkan kelab anti-zara macam Apat cakap sudah la ye... Hahahaa :D:D *

Kepada Pak Teh yang berada jauh beribu batu... (kalau dia sempat baca entry ni la)

"Biarpun masa kita berbeza... Walaupun kita dipisahkan oleh 2 benua... Biarpun lautan memisahkan kita... Kita tetap di bawah 1 langit yang sama... [awak ingat tak ayat ni? :)] Semoga awak sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya walau di mana awak berada.... Semoga sentiasa tabah dan bersemangat meneruskan kehidupan yang penuh dengan rintangan dan cabaran ini... Semoga kita berjaya mendapat restu nanti, seterusnya melayakkan awak sebagai pemimpin dan saya sebagai pendamping... Kelak bahagia sampai syurga, kerana itu... Destinasi akhir kita....

Dan saya, ...akan terus setia menanti kamu pulang..."




p/s: Cepatla kamu pulang~