“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Thursday, October 28, 2010

Kita memang berbeza....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Lelaki: "U ni, benda kecik pun nak dibesarkan! Rimas la I macam ni!"
Perempuan: "U memang dah tak sayang I!" (Lepas tu nangis...)

Tu antara situasi yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan. Kenapa ye benda tu terjadi? Ini kerana lelaki dan perempuan diciptakan berbeza. Tak percaya? Baca artikel yang saya jumpa ni:



Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

        Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

        Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita.Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

        Demikian juga pada segi psikologi ,wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasan. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka, menampakkan banyak benda.

        Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar.Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama.

          Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank.

          Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci, pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami,gambar anak,cermin mata hitam,buku telefon, tuala ehem..ehemm... dan macam-macam lagi.

            Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita?Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku.Mereka lebih peka , apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

            Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal pagi.

              Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut.Suaminya, pabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

              Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah . Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan...... Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli. Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

                Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah,jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta. Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.

                Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang. Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu , maka kita lebih berkasih sayang. Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.



                  P/s: So pak teh, jangan marah saya. Sebab kita memang berbeza.... : )

                  Wednesday, October 27, 2010

                  apakah?

                  Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


                  Perasaan apakah ini?
                  Pelik.....
                  Saya gembira, tapi saya boleh menangis.
                  Menangis bukan sebab gembira....
                  Sebak kot.
                  Entah apa-apa...
                  Agaknya sebab saya tahu dia nak balik.
                  Tapi baliknya dia, belum tentu dia akan jumpa saya...

                  Wednesday, October 13, 2010

                  Shut Down~

                  Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


                  Dah 2 hari kepala saya sakit. Macam-macam yang saya fikir. Fikirkan perkara tu, fikir bila saya nak habiskan master saya ni, fikir bila saya boleh berkerja. Saya rasa macam nak lari je. Saya nak bawak diri jauh-jauh. Saya nak pergi tempat yang memang dari dulu lagi saya nak pergi, Rom. Eh tak, takmo bawak siapa-siapa. Saya nak pergi sorang. Biar takde siapa pun tahu apa yang saya rasa masa tu. Saya sedih ke, saya marah ke, saya gembira ke, tak ada orang yang perlu tahu. Just leave me alone. Saya perlukan ruang untuk bernafas....


                  Ok, jangan risau. Ni entry luahan hati saya yang terakhir. Lepas ni cuma yang positif je akan ditulis. Maaf kalau apa yang saya tulis selama ni buat orang lain terasa hati, mungkin ada jugak yang rimas. Saya minta maaf. Jauh dari lubuk hati, saya memang tak ada niat pun untuk sakitkan hati siapa-siapa. Tujuan saya berblogging ni pun just untuk meluahkan apa yang saya rasa, apa yang saya lihat, apa yang saya fikir supaya saya tak rasa terbeban dengan apa yang terjadi. Tapi kalau apa yang saya tulis buat orang lain tak suka, i guess i have to stop blogging. Eh bukan bermakna saya tak nak tulis apa-apa lagi. Saya tetap akan menulis cuma mungkin perkara-perkara gembira je. Kalau cerita sedih? Owh takpe... Hati saya masih boleh terima cerita air mata saya... Kalau satu hari kiranya hati saya berkecai tak boleh menampung lagi beban, jangan risau... Saya masih ada Dia...


                  Saya menulis kebanyakannya menggunakan emosi. Tapi saya sangat pasti entry saya hari ni ditulis dengan logik akal. Sebab saya dah bazirkan waktu tidur saya sepanjang malam tadi dengan berfikir. Tak cukup? Ok, pagi tadi masa jalan kaki ke stesen bas pun saya fikir perkara yang sama. Sampai saya tak sedar yang saya dah terkeluar dari laluan biasa saya. Saya tak sedar pun bila saya lintas jalan. Saya cuma sedar bila saya dah sampai di perhentian bas. Ok, saya tak sepatutnya berfikir waktu saya berjalan sebab sangat bahaya. Tapi takpe sebab saya dah buat keputusan. Harap semua gembira dengan keputusan saya...

                  Saturday, October 9, 2010

                  Takpe, dah biasa...

                  Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

                  -Ini entry luahan perasaan. Tak baca pun takpe-


                  Relung hati bercalar lagi. Bukan niat saya nak besarkan perkara yang kecik. Ok, mungkin saya sensitif, tapi percayalah, kalau perkara yang sama berlaku kat perempuan lain,diorang pun akan rasa apa yang saya rasa.

                  Eh tak... Saya sikit pun tak salahkan awak. Saya tau tahap kesensitifan lelaki dan perempuan berbeza. Sebab tu Allah kurniakan lelaki 9 akal 1 nafsu. Supaya bila perempuan beremosi dengan 9 nafsunya, lelaki akan tangani dengan 9 akalnya. Bukannya ikut beremosi.

                  Saya tau ayat saya ni penuh dengan mainan emosi, tapi boleh tak awak sesekali benarkan saya rasa perasaan yang saya ni tersangat penting untuk awak? Tapi jangan rasa terpaksa dengan permintaan bodoh saya ni. Sebab TERPAKSA tu MEMBAZIR...

                  Okay, saya mengaku saya tulis entry ni dengan emosi. Tapi percaya la, saya tak nangis...

                  Friday, October 8, 2010

                  Syurga hati saya : )

                  Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



                  Hari ni hari jadi orang yang paling saya sayang dalam dunia ni, cinta hati saya. Eh,bukan pak teh. Mak saya : ) Belum tau lagi nak sambut macam mana. Pagi tadi sempat wish + kiss je sebab nak keluar pergi kerja. Takpe, kejap lagi nak call yang lain tanya nak sambut bila. 

                  Semua orang dalam dunia ni sayang mak dia. Tipu la kalau ada yang cakap dia tak sayang mak. Walaupun dah gaduh dengan mak sebab mak taknak belikan barbie doll, bila main kejar-kejar dengan kawan lepas tu jatuh, mak jugak yang dicari. Walaupun mak cuma tiup-tiup je luka tu, tapi tu la ubat paling mujarab. : )

                  Mak cakap, dalam banyak-banyak adik beradik, saya yang paling susah nak keluar dari perut mak. Nak tau kenapa? Sebab saya suka duduk dalam perut mak yang warm dan selesa tu. Hehee. Sampai terbelit tali pusat mak dekat leher saya (tu maksudnya kau tak reti duduk diam-diam dalam perut :p) Nasib baik doktor bertindak pantas dan tuntas keluarkan saya sebab dah kelemasan. Kalau lambat 5 minit, dah tentu saya tak boleh tengok muka mak. Dengan muka yang biru sebab tak bernafas, saya berjaya jugak dikeluarkan. Maka terbuktilah saya memang degil sejak dalam perut lagi. Thehehee.

                  Terima kasih mak sebab sanggup lahirkan saya. Terima kasih mak sebab bagi saya peluang untuk lihat dunia ni. Terima kasih mak sebab sanggup besarkan saya yang degil ni. Terima kasih mak untuk semuanya. 

                  Untuk cinta hati saya, selamat hari jadi yang ke 57 mak... Walau berkedut seribu, mak tetap yang ter-muaaaahhhh di hati (^_^)



                  Syurga saya di sini... Percayalah, mak tetap cantik di mata saya... : )





                  Wednesday, October 6, 2010

                  Dag Dig Dug (bukan lagu dangdut) ;p

                  Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


                  Owh, rasa macam dah lama giler tak update blog ni. Macam labah-labah dah buat sarang je. Penuh sawang. Hahaaa. Bukan apa, saya sangat la busy menguruskan majlis perkahwinan kakak saya. Memandangkan cuma saya dan emak je perempuan yang tinggal kat rumah, maka banyakla kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Walaupun banyak dugaan dan cabaran dalam menguruskan majlis ni, tapi alhamdulillah pada 1.10.10, kakak saya telah selamat menjadi isteri orang.... (^_^)

                  Masih dalam mood bercuti (sebab saya cuti seminggu untuk majlis ni), saya malas nak type panjang-panjang. So tengok je la gambar pengantin ni eh..


                  MALAM AKAD NIKAH




                  Eta yang tengah berdebar-debar.. Hahaa


                  Ayah bersama tok kadi.. Ayah pakai smart macam dia pulak nak menikah.. :p


                   Mas kahwin bersama gelang untuk acara pembatalan air sembahyang...


                  Ayah tengah menikahkan abg Masrin


                  Saya suka moment ni... Hihii (^_^)



                  Bersama family


                  Dengan little monster yang meriuhkan keadaan.. :)


                  Ena dengan Mia, anak buah saya yang cakap tak berhenti.. Hehee



                  HARI BERSANDING



                  Menjeling-menjeling ku bertentang.. Mata kita sama memandang~~~ ;p


                  Tema: Biru Ungu



                  Pengantin dengan parents dan saudara masing-masing...


                  Pose dari pengantin...



                  Bersama family nyah...


                  Dengan Akim...


                  Mamat with Eta...


                  Muka-muka ceria sebab majlis dah nak selesai.. Hehee




                  Tulang belakang majlis ni.. Tanpa mereka, siapalah kami... (Ececeehhh,ayat skrip drama)



                  Gelap sebab kemalasan meng-edit gambar..Hehee


                  Maintain pose walaupun orang kiri kanan tengah sibuk bercakap.. :p








                  Gediks itu harus la kan? Hahaaa


                  With Mamat...


                  Yeaahh~ Posing walaupun penat, tetap bersama selipar tersayang.. Muahahaa xD



                  Gambar blur dari Akim...


                  Anak-anak dara Pn. Aminah Thaharin : ) *budak kecik tu tak masuk eh.. hihii*


                  Dengan pengapit asal yang tak sempat nak jadi pengapit.. : )


                  Pak teh, sila bersedia. Lepas ni giliran kita. :p



                  Macam membincangkan masalah dunia, tapi sebenarnya ena tengah pening fikir dia nak nyanyi lagu apa... Hahaa hampeh..



                  GAMBAR OUTING



                  Pengantin dangdut pak teh kata. Sebab diorang dipaksa nyanyi lagu dangdut. Hahahaa


                  Saya. Suka. Gambar. Ini : )


                  Okeh. Saya jealous.


                  Pemandangan Kuala Lumpur waktu senja yang sangat cantik... Secantik orang di dalam gambar... (okeh,sila muntah)



                  -THE END-







                  Weh, kata gambar kahwin.. Apasal gambar kau lagi banyak!? *blushing* teheehee