Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Kini bermulalah bulan Ramadhan. Bulan yang menuntut umatNya menjaga lidah, telinga, mata, nafsu, dan lain-lain. Saya pun tak mahu cerita pasal keburukan orang lain di bulan yang mulia ni. Tapi, cerita yang nak saya tulis ni cuma untuk peringatan dan pengajaran buat semua yang membaca blog saya ni.
Okay... Kebanyakan orang dah tahu yang saya akan berkahwin tak lama lagi. Tangan saya cuma 2 dan saya tak mampu nak buat semuanya seorang diri. Saya perlukan bantuan sama ada dari segi tenaga, mahupun emosi. Tapi nampaknya ada sesetengah orang yang tak faham perasaan saya. Mungkin jugak sebab dia tak mengalami benda yang sama lagi, so dia tak tahu.
Kan saya ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tak faham ke perkataan "TOLONG"? Ye, mungkin saya ni menyusahkan tapi sedar tak, hari awak nanti boleh jadi lagi susah dari saya kalau itu kehendak-Nya? Saya bukannya nak mintak duit awak, tapi saya cuma minta sedikit tenaga awak untuk membantu saya. Saya tak mintak pun awak cakap "alaaaa...leceh la nak buat benda ni. Lain kali beli je la benda da siap!" Hmm...
Senang je kan mulut tu nak bercakap? Awak ada bagi duit ke untuk beli apa yang awak kata MUDAH tu? Tunang saya bukannya anak Tan Sri atau Datuk yang duit ada juta-juta. Apatah lagi saya yang tak banyak duit dibandingkan dengan awak. Kalau saya kaya, saya sendiri pun takkan bodoh nak susahkan diri sendiri. Kebanyakan gift saya buat sendiri sebab nak kurangkan kos. Saya tak berkerja, so takkan nak mengharapkan tunang saya seorang? Dia pun dah susah, takkan saya nak tambahkan kesusahan dia? (T_T)
Sebelum bercakap tu, fikir dulu. Bukan semua orang macam awak. Mungkin hari ni orang tu susah, esok lusa kalau awak pula yang kena macam mana? Allah tu Maha Adil.....
Peace. No war.