“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Saturday, October 31, 2009

Persoalan Sebelum Berkahwin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Berikut merupakan email yang diterima dari seorang rakan...sesuai untuk orang yang masih mencari bidadari hati...macam aku ni...heheheee...apa-apapun, ini cuma panduan... pandai-pandai la kita corakkan...


~~Persoalan Sebelum Berkahwin~~


ADA banyak perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam hubungan anda sebagai pasangan kekasih kerana ia akan mempengaruhi masa depan kehidupan anda bersama.

Perkahwinan bukan sekadar berpandukan kepada cinta semata-mata. Jika cinta yang dijadikan asas, besar kemungkinan perkahwinan yang didirikan berhadapan dengan pelbagai masalah.

Pandangan keluarga, perancangan masa depan, persamaan dan perbezaan antara anda dan teman perlu dibincangkan bersama sebelum anda mencapai kata sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Bak kata orang, perkahwinan bukan sekadar anda dan pasangan, sebaliknya ia membabitkan banyak pihak dan isu. Ketika bercinta semuanya indah, tetapi apabila sudah melangkah ke alam perkahwinan barulah tampak kepincangan masing-masing.

Tanpa perbincangan, anda akan mengalami pelbagai masalah kelak, justeru tetapkan hala tuju anda dan pasangan sebelum mengambil langkah lebih serius. Persoalan berikut mungkin boleh dijadikan pertimbangan.


Pengalaman ketika kecil ketika bersama keluarga

Apakah pengalaman duka masa kanak-kanak akan menjejaskan perkahwinan anda?


Kasih sayang daripada ibu bapa

Apakah ibu bapa anda mesra, mengambil berat dan penyayang atau adakah mereka sering berselisih faham?


Latar belakang agama

Adakah anda seorang yang beriman dan bertakwa?


Pendidikan

Apakah anda dan pasangan memiliki taraf pendidikan yang sama? Apakah anda berasa tergugat jika pasangan anda memiliki taraf pendidikan yang lebih tinggi? Apakah anda bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran?


Latar belakang budaya dan sosioekonomi

Bandingkan latar belakang masing-masing - lebih besar perbezaan antaranya maka lebih besarlah kemungkinan wujudnya masalah berkaitan adat resam, kehidupan berkeluarga, harapan tradisi dan sebagainya.


Kepintaran

Apakah anda lebih pintar daripada pasangan anda atau sebaliknya? Apakah ini mungkin mencetuskan rasa iri hati?


Hubungan dengan mentua

Apakah pandangan saudara mara anda mengenai calon pilihan anda dan bagaimana hubungan anda dengan mentua?


Sikap dari segi kewangan

Apakah anda akan berbincang mengenai cara menguruskan kewangan selepas berkahwin?


Bilangan anak

Apakah anda dan pasangan bercanggah pendapat mengenai bilangan anak dan perancangan keluarga? Apakah anda berbincang mengenai tanggungjawab sebagai ibu bapa dan cara membesarkan anak?


Masalah seksual

Apakah perasaan anda dan pasangan terhadap kemampuan seksual masing-masing? Anda berdua patut menjalani pemeriksaan fizikal dan khidmat kaunseling bagi memastikan tiada masalah seksual.


Pemilih tempat tinggal

Di manakah anda berdua akan tinggal selepas berkahwin - di rumah sendiri atau mentua. Jika memilih untuk tinggal di rumah mentua dapatkah anda menyesuaikan diri dengan mereka?


Anda Bersedia Untuk Menjadi Ibu Bapa?

Dalam perkahwinan, pasangan biasanya akan merancang untuk mempunyai anak. Perkara ini wajar dibincangkan ketika anda merancang untuk berkahwin. Ada banyak persoalan yang perlu dijawab terlebih dulu. Adakah anda benar-benar mahukan anak? Berapa ramai? Bila? Anda dan pasangan wajar membincangkan tahap persediaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, juga sama ada anak akan melengkapi kehidupan berkeluarga serta beban kewangan yang bakal dihadapi.


Panduan berumah tangga Smartstart Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara

Monday, October 26, 2009

biasakan diri dengan yg tak biasa....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….


Pernahkah kamu semua terfikir, apa yang akan dilakukan bila benda yang biasa dilakukan, tiba-tiba menghilang...seterusnya menjadikan kita terpaksa membiasakan diri dengan perkara yang tak biasa tu?? Hmm... tu yang terjadi pada aku sekarang... apa yang patut aku lakukan? Adakah aku patut...



1. Buat bodo je~ lama-lama biasa la nanti....

2. Menangis la puas-puas....biar lega hati tu...

3. Cerita la dengan sesiapa yang boleh dipercayai... kurangkan sikit bebanan....


4. Yakin dengan janji Tuhan... apa yang terjadi, pasti ada cerita baik sebaliknya...



Kat sini, aku list kan perkara-perkara yang menyebabkan aku terpaksa membiasakan diri dengan perkara-perkara yang tak biasa...


LALA semasa hayatnya..


- Biasakan diri dengan ketiadaan LALA.....slalunya, ikan aku tu la yang jadi pendengar setia aku bila aku bosan kat tempat kerja.... tapi skarang....dia dah menemui Pencipta nya.. hilanglah tempat aku bercerita... dan sampai sekarang, aku masih belum bagitau pakcik yang ikan diberi tu dah mati.... maafkan org pakcik~

- Biasakan diri dengan kehilangan “telinga” aku.... tempat aku bercerita
, meluah perasaan, membebel, berkongsi impian mengarut aku...rindu saat tu...tapi “telinga” tu dah semakin jauh rasanya....kembali pada hati yang lama.... semoga kepergianmu, tak akan merubah apa pun...

- Biasakan diri dengan tanggungjawab baru ni.... walaupun bukan tanggungjawab aku, tapi disebabkan orang tak bertanggungjawab tu, aku yang terpaksa tanggung semua ni! Biarlah...doa banyak-banyak agar dia tau tanggungjawab dia... jangan mak sumpah dia jadi batu, suda....


Pesanan untuk jiwa: apa pun yang terjadi....berjalanlah tanpa henti... (T_T)

Saturday, October 24, 2009

Hmm....rindunye...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….


Hmm....rindunye...

laskar pelangi aku....


Pagi ni dapat forwarded email dari pakcik... email yang berjaya buat aku rasa rindu pada adik dan kakak... dekat seminggu jugak aku tak jumpe diorang... perbualan aku dengan mak malam tadi berlegar-legar kat fikiran....

Mak:...kakak tadi nangis-nangis nak tido kat umah ni dengan siti malam nanti..

Aku: laaa...nape tak bagi die tido sini? Biar la... mak cakap la dekat kak mas, bagi najwa tido sini... kalau adik nak tido jugak, ajak la die skali...

Mak: ...papa diorang tak kasi.... takut diorang mengigau malam nanti, susahkan kau...


Dalam hati aku, “bukannye aku tak biasa.... dah lame aku jaga diorang...” pastu, aku cakap ngan mak...


Aku: ala, mak...bukannye diorang tak penah tido ngan org... dulu lagi la...siap org kene bangun malam buat susu utk diorg...tak jadi masalah la mak...

Mak:....(terpikir kejap)... dah mama papa diorg tak kasik....mak nak buat camne... tak pe la..nanti mak cakap ngan kak mas kau tu...biar diorg tido sini...kesian plak tengok kakak menangis tadi...

Aku: hmm...mak cakap la dekat kak mas... org tak kisah kalau diorg tido sini...kalau diorg ade, boleh jugak la teman orang... ada jugak tempat nak gaduh...hehee

Terus aku berdoa dalam hati... moga kak mas dengan abg halim bagi anak2 pompuan diorg tu tido ngan aku.. rindu dalam hati, hanya Tuhan yang tahu...


Nota untuk hati: things are to be used.....people are to be loved... harap kamu mengerti..

Thursday, October 22, 2009

...aku dan komik...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….


Hari ni masa balik, aku dah tekadkan hati nak terus balik lepas turun dari bas kat ampang point... tak nak singgah mana-mana sebab badan dah penat sangat... fikiran aku dah jauh terbang ke rumah....dah tak sabar-sabar nak mandi dan tukar baju kurung yang aku pakai ni... tapi, apa yang dirancang, tak selalu menjadi kenyataan~ hahaaa... aku ter “melekat” pulak kat ampang point tu... ada orang buat jualan buku untuk kutipan amal...

Seperti biasa, tangan aku ni memang gatal kalau bab-bab buku ni.... nampak pulak komik-komik yang dah lame aku tinggalkan... apa lagi, “terpaksa” la aku beli.....hehee... punya la lame aku belek buku-buku kat situ, sampai tak sedar kat luar langit dah btukar warna... owh, aku kene cepat... kene jalankan tugas pada Pencipta pulak...

Sampai je rumah, mak tak kata apa-apa bile tengok 1 plastik besar aku bawak balik... die cume senyum je... hehee...da tau perangai anak pompuan die yang sorang ni... huh! Tak sabar nak tunggu weekend ni...nak abeskan masa baca komik dan buku ni~ (^,^)V

Tuesday, October 13, 2009

bermulalah sebuah kisah....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….


MySpace
Yeaaaa…!~ Berjaya jugak aku tulis dalam blog ni… hehee…create da lame…tapi nak start menulis tu punyelah payah....ni pun aku gagahkan juga utk menaip....tu la yang terjadi kalau malas menguasai diri.... huhuu..bila la aku nak rajin eh??



Pesanan utk diri: rajin-rajinkanlah diri ni... jangan terbengkalai macam blog dulu suda...: )