Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Dah lama rasanya saya tak menulis dalam blog ni. Bila tengok entry, sebulan cuma beberapa post je yang saya tulis. Ye, saya bukannya malas tapi kekangan kerja yang membuatkan saya tak cukup masa untuk menulis blog. Stress tu hanya Allah yang tahu. Saya terpaksa menyiapkan 2 kerja dalam satu masa. Dalam sibuk menulis tesis, persiapan kahwin pun saya tak boleh lupakan. Saya tak tahu macam mana nak uruskan masa saya lagi. Malam-malam saya sibuk selesaikan hal-hal berkaitan majlis saya, siang saya perlu menulis tesis. Tapi sebab saya dah penat malam-malam, siang saya rasa penat walaupun saya rasa saya dapat tidur yang secukupnya.
Mungkin sebab saya stress, so daya ketahanan badan saya kurang. Batuk saya dah hampir sebulan tak hilang-hilang. Sampai bos saya pulak yang risaukan saya. Bila buat medical check-up tadi, urine test saya pula tak lepas atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat saya ceritakan kat sini. Saya ada banyak dokumen yang betul disiapkan, dan saya ada presentation hari Jumaat ni! Macam-macam yang saya risaukan, sampai saya rasa macam nak give-up!
Tapi saya tahu, kalau saya give-up, syaitan akan bersorak gembira kerana satu lagi anak Adam berjaya dihasut. Saya tak boleh berputus asa sebab ujian ni adalah kecil kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Saya cuba luahkan kat pak teh, dan dia cuma cakap "kena la buat jugak. kalau tak nak buat, campak je kat longkang". Tak membantu langsung kan? :'( Saya tahu dia akan cakap macam tu, tapi saya perlukan orang untuk saya luahkan apa yang saya rasa. Saya perlukan orang di sisi saya yang boleh hilangkan kerisauan saya. Saya tak mahu rasa yang saya keseorangan je kat bumi ni.
Owh, got to go now. Saya dah janji dengan pak teh yang saya tak kan menangis kat ofis ni. Cuma yang saya harap, semoga saya tabah menghadapi ujian-ujian hidup yang kecil ni. Insya Allah...