“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Tuesday, November 30, 2010

Kehilangan... (T_T)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Pagi tadi pak teh dah pun terbang semula ke Qatar. Saat entry ni ditulis, pak teh masih dalam kapal terbang dan dijangka sampai pukul 7 malam nanti. Perasaan saya? Hanya Tuhan yang tahu..... Macam mimpi je saya rasa. Tadi saya hantar dia di KLIA. Selalunya pak teh akan hantar saya ke ERL sebelum dia naik flight. Tapi kali ni disebabkan flight dia sangat awal berbanding yang selalu, saya pula yang hantar dia ke gate tempat nak berlepas tu. Lepas dia dah turun escalator, dia mula hilang dari pandangan saya. Tak tau nak gambarkan perasaan saya masa tu. Tiba-tiba je saya rasa blur. Panik. Rasa nak kejar dia je tak bagi dia pergi. Saya bukannya buat drama ok. Saya betul-betul blur masa tu. Tak tau apa yang sepatutnya saya buat lepas tu. Beristigfar panjang saya masa tu. Sampai saya terpaksa duduk kejap cuba fikirkan apa yang patut saya buat. Aishh..Malu betul bila orang kiri kanan pandang saya menangis. Tapi takpe kot sebab bukan ke tu adengan biasa kat airport? (-_-)"

Bila saya dah berpijak di bumi nyata, baru la saya bergerak ke ERL. Hmmm... Saya sepatutnya dah biasa, tapi saya tak tau kenapa setiap kali pak teh nak pulang ke Qatar, mesti jadi benda-benda macam ni. Saya perlu kuat. Semangat saya tak boleh pudar. Banyak lagi perkara yang perlu saya buat di Malaysia ni. Owh hati, tolong jangan menangis~ Pak teh akan pulang. Cuma tak tau bila. Yang penting, saya perlu tunggu. Tunggu dengan hati yang kuat.... Jangan menangis (T_T)



1 comments:

Anonymous said...

jgn lah bersedih....zara kan da biasa,ttp tabah..apapon u mesti kuat k..

Post a Comment