“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Tuesday, November 30, 2010

Kehilangan... (T_T)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Pagi tadi pak teh dah pun terbang semula ke Qatar. Saat entry ni ditulis, pak teh masih dalam kapal terbang dan dijangka sampai pukul 7 malam nanti. Perasaan saya? Hanya Tuhan yang tahu..... Macam mimpi je saya rasa. Tadi saya hantar dia di KLIA. Selalunya pak teh akan hantar saya ke ERL sebelum dia naik flight. Tapi kali ni disebabkan flight dia sangat awal berbanding yang selalu, saya pula yang hantar dia ke gate tempat nak berlepas tu. Lepas dia dah turun escalator, dia mula hilang dari pandangan saya. Tak tau nak gambarkan perasaan saya masa tu. Tiba-tiba je saya rasa blur. Panik. Rasa nak kejar dia je tak bagi dia pergi. Saya bukannya buat drama ok. Saya betul-betul blur masa tu. Tak tau apa yang sepatutnya saya buat lepas tu. Beristigfar panjang saya masa tu. Sampai saya terpaksa duduk kejap cuba fikirkan apa yang patut saya buat. Aishh..Malu betul bila orang kiri kanan pandang saya menangis. Tapi takpe kot sebab bukan ke tu adengan biasa kat airport? (-_-)"

Bila saya dah berpijak di bumi nyata, baru la saya bergerak ke ERL. Hmmm... Saya sepatutnya dah biasa, tapi saya tak tau kenapa setiap kali pak teh nak pulang ke Qatar, mesti jadi benda-benda macam ni. Saya perlu kuat. Semangat saya tak boleh pudar. Banyak lagi perkara yang perlu saya buat di Malaysia ni. Owh hati, tolong jangan menangis~ Pak teh akan pulang. Cuma tak tau bila. Yang penting, saya perlu tunggu. Tunggu dengan hati yang kuat.... Jangan menangis (T_T)



Thursday, November 25, 2010

Kembali merepek~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


Dah lama tak menulis. Rasa macam dah tak tau nak tulis apa sebab kerja saya sekarang adalah bermain dengan nombor-nombor. Oleh kerana saya dah puas dan pening tengok nombor, mata pun dah macam panda, saya dengan rasminya akan kembali kepada blog kesayangan saya ni! *clapping hands* ;p

Hmm...apa eh nk cerita? Haaa.. Awak semua cuba tengok sebelah kanan blog saya ni. Scroll bawah sikit... Sikit lagi.. Haa, stop..stop.. Nampak tak gambar kartun couple tu? Perasan tak apa dia tulis kat bawah gambar tu? 1 year and 1 day~ (^_^) *annoying kan bagitau?* hahahaa

Yup, memang saya dan pak teh dah 1 tahun bersama and I'm glad to be with him : ) Saya sangat suka hadiah yang saya dapat sempena hari-yang-seusia-baby-baru-pandai-jalan ni. Nak tau apa? Hahaa..Rahsia~ ;p Tapi hadiah tu memang saya tak pernah fikirkan yang saya akan dapat. Terima kasih pak teh. Tak sabar saya nak tunggu 27hb ni. 2 days more to go (^______^)

Tapi biasa la. Setiap cerita gembira mesti ada cerita sedih. Hmm..Pak teh akan pulang ke Qatar. Moment yang paling saya benci dalam hidup saya. Hantar dia pulang di KLIA, lepas tu naik ERL sorang-sorang. Pastu nangis sorang-sorang, takde siapa nak buat saya ketawa masa tu. Aishh.. (-_-)" Lepas 30hb ni, bermulalah kembali episod kena tinggal selama 6 bulan. Entah saya mampu ke tak.


Doa banyak-banyak........