“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Monday, January 3, 2011

Eh, 2011?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Owh, entry tahun baru. Harus la tulis perkara-perkara gembira kan? : ) Tahun baru mesti azam baru (erkk..azam tahun lepas pun kira baru la bila masuk tahun baru ;p) Rasanya tahun 2011 ni seharusnya gembira untuk saya. Kenapa? Owh, cuba tengok ni:



Yes, we have been together for 1 year, 1 month, 1 week and 1 day on 1.1.11. (^__^) Cantik kan? Should be my lucky number tahun ni. Hehehe.


Ok, sekarang masa untuk cerita azam baru saya. Ermm, bukan azam kot, tapi hajat saya untuk 2011 ni. 




 Nak pegi mandi air terjun Gunung Pulai. Owh, tak tau macam mana keadaan sungai tu sekarang sebab ada orang kata selepas banjir besar kat Johor hari tu, kawasan rekreasi ni dah ditutup. So, kalau tutup maksudnya harapan tinggal harapan la.




Ye kawan-kawan. Ni kat Malaysia. Bukit Broga namanya. Kat atas puncak bukit ni sangat cantik. Jangan tanya kemampuan saya memanjat bukit sebab anda tahu jawapannya. Hahaa. Cuma saya harap saya dapat pergi tahun ni. : )




Nak pergi Langkawi. Saya tak pernah jejakkan kaki kat Langkawi. Eh, Kedah pun saya tak pernah pergi. Hahaha. So saya harap saya dapat pergi tahun ni. Kalau tak dapat bercuti dengan family, honeymoon mungkin? Hahahaha ;p




Nak kawin. Tehehehe ^^y




Naik kapal terbang. Sebab tak pernah lagi. *buat muka kesian dengan harapan pak teh bawak* ;p



Kurus. Erkk kurus?? Boleh ke? Hahaha.



Korang semua masa tahun baru buat apa eh? Saya rasa saya dah buat aktiviti paling best untuk cuti tahun baru. SHOPPING dan MAKAN! (^_^)












Psttt.... Pak Teh, nak bebear besar macam tu. Hihi ^^y





Hopefully di tahun baru ni, saya dapat lupakan apa yang tak best masa 2010. Saya nak buka chapter baru dalam hidup saya. Saya tak mahu ingat lagi benda-benda sedih yang dah berlaku. Semoga tahun 2011 ni akan mencoretkan berjuta-juta kebahagiaan buat kita semua. Yang penting, kita yakin. Dan semoga saya dapat semangat baru saya : )

Thursday, December 30, 2010

Kenapa bukan pink?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Pernah tengok tak bas RapidKL yang ada poster tulis "Lebih Selesa, Lebih Selamat"? Kalau siapa-siapa yang tak tau ni bas apa, tengok gambar kat bawah ni.




 Ni la bas RapidKL yang dikhaskan untuk wanita sahaja. Owh, saya sebagai pengguna bas tegar (ayat apakah?) memang sangat-sangat setuju penyediaan bas yang macam ni. Bayangkan la kalau dulu saya terpaksa bersesak-sesak dengan pelbagai jenis bangsa, pelbagai jenis jantina (errkk.. 2 jantina je kot), termasuklah pelbagai jenis bau... Adehhhh... Tapi semenjak dua menjak RapidKL perkenalkan bas untuk wanita ni, saya dah ada perasaan sedikit gembira bila nak naik bas. Lepas ni saya tak perlu la nak berhati-hati takut saya berlaga dengan orang lelaki lain sebab sekarang semuanya perempuan! Sukaaa~ ^_^

Dan pak teh pun mungkin boleh bergembira dengan adanya bas wanita ni. Sebab saya tak mungkin dapat mencuci mata lagi. Hahahaha. Eh, tapi driver bas lelaki. Wahahaha ;p

Tujuan bas untuk wanita ni diperkenalkan untuk memberi keselesaan pada wanita. Paham-paham je la wanita ni senang moody, nak pulak time ehem ehem. Lagi la senang kau nak kena maki bila kau 'ter'sentuh perempuan tu. Kalau semua perempuan, takdela perasaan nak marah sangat kalau tersentuh. You get what i mean? Lagi satu contoh, kalau ada preggy women, boleh la diorang merasa nak duduk sebab kalau naik bas campur-campur ni, selalu orang buat-buat tidur je bila nampak mak buyung naik bas.

So, saya harap pihak RapidKL boleh teruskan penyediaan bas untuk wanita ni. Sebab wanita kan tulang belakang pada sesebuah kejayaan. So, apalah salahnya kalau sedikit penghargaan diberikan kepada wanita. Sebab kalau wanita rasa dihargai walaupun sedikit, dia akan balas dengan sejuta pengorbanan. Percayalah..... Ececehh dah boleh ganti wakil rakyat ni. Hahahaha xD

Sekian :p

Wednesday, December 29, 2010

Ode

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Dunia ni memang indah...
Harus buka mata untuk lihat semua..
Mohon temani aku untuk melihat...
Jadi mata keduaku dikala aku buta...

Jangan bunuh pelangi indah itu...
Sebab pelangi itulah semangat aku..
Tatkala aku kehilangan kamu..

Kenapa tinggalkan aku,
waktu hati dibawa terbang?
Bukankah kamu tahu,
saat itulah kamu harus bersamaku...
Bersama mencari hati yang hilang?

Tapi kamu pergi,
pergi bersama pelangi aku...



Mohon hati itu kembali....
Tolong jangan jatuh berkecai mencium bumi!



*menangis dalam diam*

Tuesday, December 28, 2010

-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Perasan tak saya jarang tulis pasal master saya? Memang pun, sebab saya tak suka beratkan kepala saya dengan study saya ni. Tapi dalam bulan ni, saya rasa sangat tertekan dengan master ni. Sebab saya dah setahun pegang title student ni, tapi baru semalam saya tahu yang saya kena ubah semua tesis master saya. SEMUA! Lepas presentation semalam, semua soalan yang lecturer lain tanya saya tak boleh jawab. Saya semakin tak clear dengan apa yang saya buat. Saya sangat-sangat tertekan! (T_T)

Habis setahun saya terbuang macam tu je... Dan supervisor saya suruh saya grad bulan 8 ni... Maksudnya saya ada 8 bulan untuk start the whole thesis semula... Awak tau tak macam mana perasaan saya sekarang?

B.E.R.K.E.C.A.I. 

Mati hidup balik pun saya takkan lupa... Saya cuba jadi kuat, tapi tak boleh... Macam mana saya nak kuat, kalau benda ni asyik mendesak fikiran saya. Batu yang keras tu pun, kalau hari-hari dibaling ke dinding, akan pecah juga. Tapi saya bukan batu. Saya lagi lemah dari tu. Saya tak tau nak buat apa lagi. (T_T)

Pak teh suruh saya berblogging untuk release tension, tapi bukan cerita hal master. Tapi saya tak boleh. Blogging pun saya masih ingat master saya ni. Saya penat.........

Friday, December 24, 2010

24 Disember...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Owh, dah masuk 24 Disember! Tau tak apa maksud dia? *winkwink* ; ) Maksudnya dah 1 tahun 1 bulan saya bersama pak teh! Hohohooo~ Menyampah kan? Tapi saya tak kisah ;p



HAPPY 13TH ANNI-MONTH-SARY BUCUK!!!!!



Harus huruf besar terutama perkataan terakhir tu. Thehehe... Saya selalu bagi hint kat dia, tanya bila nak kahwin. Bukan la bermakna saya tak sabar-sabar nak kahwin, tapi... Duh! Kau tak nak kahwin cepat ke? Buat pulak entry sebelum ni pasal kawan-kawan nak kahwin tahun depan, lagi la saya teruja. Owh, bukan... Saya cuma nak lengkapkan cerita 4 sekawan tu je. Hehehe (ayat cover line). Tapi setiap kali saya bagi hint, setiap kali tu la pak teh buat-buat tak faham... (-_-)" Dia cakap, "ok, jom kita kahwin esok" (-_-)" Memang selagi master saya tak siap, selagi tu la dia akan cakap macam tu. Adehhh.. Nanti saya tuntut, baru dia tau! "OK PAK TEH, JOM KITA KAHWIN ESOK" Hahahaaha xD


Sebenarnya tak kisah la kita nak kahwin bila. Saya cuma nak cakap terima kasih berjuta-juta lemon kat dia. Sebab dialah, saya masih mampu meneruskan master saya. Dia yang bayar yuran saya, dia yang bagi idea masa saya tak boleh berfikir dan dia yang bagi saya semangat semula masa jiwa saya tak ada. Owh, dia ada telinga yang kuat. Kuat dari mendengar bebelan saya : ) Tak boleh saya nak bayangkan kalau dia tak ada. Bukan la saya nak menidakkan kebesaran-Nya, tapi seriously saya tak boleh hidup tanpa dia.... Ok, jangan mengada-ngada nak muntah depan skrin komputer. Saya cuma nak bagitau tu je. : )



Kepada tunang saya, bakal suami saya, bakal abi kepada anak-anak saya, serta bakal pemimpin keluarga saya yang akan memimpin kami ke syurga (Insya Allah).... Saya sayang kamu HINGGA HUJUNG NYAWA.




Thursday, December 23, 2010

Kawan Kapal Selamanya~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Tiba-tiba je saya teringat kisah lama. Masa saya tahun ke-4 di universiti, saya tinggal di kolej yang agak jauh dari kawasan centre. Haaa! Awak yang baca cerita ni, JANGAN NAK PURA-PURA TIDUR! Suka tauu bila orang nak cerita dia buat-buat tidur. Ni bukan bed time story okay... *tetiba* ;p


Okeh, sambung cerita.


Coursemate saya yang tinggal kat kolej tu pun tak ramai. Ye la, sebab kolej tu jauh, so ramai la yang tak berminat nak apply. Kalau tak silap saya, coursemate saya cuma ada 12 orang je kat situ termasuk saya. Dan cuma saya dengan 3 orang kawan satu coursemate je yang melayu. Yang lain semua budak cina. Dan sebab itu jugakla kami agak rapat. Mana taknya, kolej dah la hujung ceruk dunia, makanan kat situ pulak tak sedap. Eh, terlari topik sudah... Hehehee.


Okeh..okeh.. Cerita balik....


Kiranya dalam course saya, ada 4 orang je melayu yang duduk kolej tu. Kami berempat memang rapat. Buat survey sama-sama, kumpulan assignment sama-sama, pergi makan sama-sama, bergaduh pun sama-sama. Hihihii. Dan baru-baru ni, baru saya sedar.. Diorang nak kahwin pun dalam tahun yang sama! Owh, ok... Kecuali saya la sebab saya seorang je yang tak tau tarikh lagi. Pak teh cakap, selagi tak habis belajar, selagi tu tak boleh kahwin... (-_-)"


Ni Fau. Dia nak kahwin 26/2/2011. Dia telefon saya hari tu minta saya jadi pengapit dia. Owh, my pleasure~ (^_^)


Ni Zarith. Dia nak kahwin 13/3/2011. Disebabkan dia kahwin kat johor, so saya tak perlu jadi pengapit. (^_^)



Yang ketiga, Apiez. Dia ni la kawan baik saya sejak dari hari pertama saya masuk universiti. Teman saya waktu menangis, teman saya waktu gembira, teman saya waktu menggedik tak ingat dunia. Hahahaa. Tapi tarikh dia kahwin terpaksa dirahsiakan dulu atas permintaan dia. Dia nak bagi surprise kat semua. Pengapit? Sudah tentu la saya~ (^_^)



Lepas ni boleh buat bisnes. Ambik upah jadi pengapit. Hihiiihi xD




 Guys, you know what? Even though we are apart, our friendship still remain in my heart. You guys ROCK! ^^y

Wednesday, December 22, 2010

Resepi Tunang Saya : )

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….



Hehee… Memang pun. Entry kali ni berkenaan dengan resepi tunang saya. Owh, malu sekejap sebab dah masuk 25 tahun, masih tak pandai masak. Pastu belajar masak dengan tunang sendiri. Adehhh.. *tutup muka dengan kuali*

Ok, saya memang suka makan ayam goreng macam Upin Ipin. Tapi selalunya kalau tiba-tiba teringin nak makan, saya akan cepat-cepat pergi KFC sebab ayam goreng dia memang menjilat jari!~ (^_^) Tapi pak teh suruh saya masak sendiri. Dia cakap, beli KFC membazir sebab saya sorang je makan. Disebabkan saya memang teringin sangat-sangat nak makan masa tu, saya ikut kan je la apa yang pak teh suruh. Dia bagi saya resepi, lepas tu suruh saya masak sendiri. Owh, sangat suka sebab mak cakap, ayam yang saya goreng tu sedap. Hihihi ;p

Haaa, siapa-siapa nak rasa sedap ke tak, sila la masak sendiri. Hahaha. Saya bagi resepi dia. (Ececehhh.. Sebab dah terer, so boleh la ajar orang ;p)



Ayam Goreng Resepi Tunang Saya (Nama resepi ni pak teh yang bagi ^^y)


Bahan-bahan:

- Ayam yang di potong ikut suka besar mana
- Bawang putih ikut suka hati nak banyak mana - kisar
- Halia pun ikut suka suki - kisar jugak
- Kunyit/serbuk kunyit sesedap mulut
- Garam
- Tepung Serbaguna Adabi
- Telur


    Cara masak:

    - Perap ayam dengan bawang putih dengan halia kisar, garam dengan serbuk kunyit. Perap ayam ikut tahap kesabaran. Kalau dah tak sabar nak makan, 5 minit pun ok. Hehehe.
    - Dah perap, celup ayam tadi dalam telur.
    - Pastu celup dalam tepung
    - Tepung dah cover semua permukaan ayam, apa lagi, goreng la :p



       

      Nak tengok hasil dia?
      .
      .
      .
      .
      .
      .


      Tadaaaaa~ Owh, tapi buat-buat la tak nampak yang hitam-hitam tu. Anggap je ayam tu terkena kicap. Hahaha. Tapi yang pasti, ayam ni dah selamat berada dalam perut saya. (^_^) Ok, selamat mencuba!



      Monday, December 20, 2010

      Senang hati (^_^)

      Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....


      Lepas apa yang terjadi minggu lepas, saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk menenangkan fikiran. Dan nasib saya baik sebab taman perumahan saya buat family day di Janda Baik, Pahang. Owh, sangat suka bila memikirkan saya boleh mandi-manda kat sungai tu! (^_^) Kami semua berkumpul pukul 7.30 pagi lagi untuk naik bas rombongan.



      Owh, lupe nak bagitau, family saya ada 5 orang yang pergi family day tu. Ayah, emak, Mamat, Akim dan saya. Tapi Akim dah pergi sehari sebelum saya sebab dia join perkhemahan sekali. Ni saya dengan Mamat sebelum bertolak.



      Hari keluarga ni dianjurkan oleh Persatuan Belia Taman Dato' Ahmad Razali dengan Kolej Komuniti Hulu Langat. Memang selalu je ada program kemasyarakatan antara persatuan dengan kolej komuniti ni. Cuba baca banner tu. Pulau Santap Janda Baik. Memang terbaiiikkkkk! Kawasan dia sangat best! Kem Ulu Chemproh tu la perkhemahan yang Akim join tu.



      Satu lagi yang buat family day ni best sebab dapat t-shirt free! Di ulang, FREE! Hehehee.. Walaupun takde la menarik sangat, tapi janji free... Hahaha xD 



      See, semua orang pakai baju free ni. Hahaha. Baru la terasa kemeriahan sikit. (^_^)



      Saya pun harus la kan pakai baju free. Walaupun saiz baju tu serupa saiz ayah, tapi tak kisah la. Sebab semua pakai saiz yang lebih kurang sama. : )



      Acara makan-makan sebelum main game. I like!~ Hihihii.. Tapi kalau pak teh ada lagi best. Sebab dah pasti dia yang akan jadi mangsa habiskan makanan saya. ;p



      Ni pun salah satu acara biasa jugak. Ucapan. Hahaha. Ni ucapan dari tan sri apa ntah. Tapi beliau ni mantan menteri dari Kementerian Luar Bandar kot. Saya suka la tan sri ni sebab dia sempoi je. Pakai t-shirt dengan jeans je. Takde siapa-siapa pun yang escort dia. Macam pakcik-pakcik pun ada jugak. Hahaha.




      Ni antara game yang dijalankan. Nama pun family day. Kalau takde game, tak jadi la family day kan? Game biasa la. Untuk budak-budak, ada musical chairs, cari gula-gula dalam tepung... Untuk orang besar, ada treasure hunt, baling dadu, banyak lagi la.



      Saya masuk game apa?



      Tak, saya tak masuk game. Saya makan ais krim bawah pokok masa diorang sibuk main game. Hahaha ;p



      Lupa nak tunjuk Akim. Ni Akim yang muka penat. Dia baru turun dari puncak bukit bersama belia-belia lain. Cuba tengok fesyen rambut dia. Mak cakap tu fesyen balung ayam. Hahaha.



      Ok..ok.. Kita tengok Mamat pulak. Ni la game yang dia masuk. Game "Siapa Dapat Ikat Rambut Paling Banyak". Hahaa. Dah tentu-tentu Mamat kalah sebab dia mana ada rambut sangat. Yang tukang ikat rambut tu kakak sepupu saya. Dia memang bersemangat masuk game ni. Semua game dia nak masuk. Hihii



      "Aku merelakan..." bisik hati Mamat. Wahahahaha xD (Pstt..cuba tengok abang sebelah tu. Dia macam gembira je jadi barbie doll. Hihii)



      Haa... Ni la pemenang game tadi. Tempat pertama abang yang pakai vest tu. Kedua budak kecik tu (anak pada pemenang pertama). Ketiga, abang yang suka jadi barbie doll tu. Hehehe



      Saya? Sedang sibuk bermanja dengan mak masa tu. ;p



      Ok... Jom kita tengok kawasan sekitar tempat tu....





      Sangat hijau kan? Owh, gambar saya tu harus la kan? Hihihii (^_^)



      Dah habis aktiviti game, tiba la masa yang semua orang nantikan. Aktiviti mandi sungai. Weeeehoooo!~





      Cantik kan? Cantik kan? Sungai ni sangat best saya rasa. Tengok la, betapa banyaknya orang bandar yang jarang jumpa air sungai. Hahaha. Mana saya? Cuba la cari..... ;p

      .
      .
      .
      .
      .

      Jumpa tak?



      Memang la tak jumpa. Sebab saya duduk tepi sungai je sambil tengok adik-adik saya mandi. Huhuhuu. Saya tak mandi sebab Encik Bulan datang pulak. Aishhh... *kuciwa*



      Tapi saya ada aktiviti lain. Ambik gambar cincin sampai jadi cantik. Hahahaa. Cantik tak pak teh? ;p Saya rasa ni dah paling cantik saya ambik sebab kamera saya ni akan blur kalau ambik gambar close up.



      Owh, ayah pun tak mandi sungai jugak. Sebab dia sibuk pegang baby debab ni. Hihihi.. Ni baby salah seorang jiran saya. Comel kan dia? (^_^)



      Merajuk kat padang sebab tak dapat mandi sungai. Eh, ye ke muka merajuk tu? ;p



      Bermanja-manja dengan mak sebab sakit perut. Hihihii 



      Dalam pukul 5 petang, kami semua berkemas-kemas untuk pulang. Dah mandi-mandi semua, saya masih tak tau nama sungai tu. Dah sampai dekat bas, baru la jumpa nama sungai. Owh, Sungai Benus rupanya. 



      Selamat tinggal Pulau Santap... Insya Allah saya akan datang lagi nanti. Sebab saya dah paksa pak teh untuk bawak saya ke sini nanti. Selamat tinggal Sungai Benus... Nanti saya datang, saya akan balas dendam mandi sungai. Wahahahha (^,~)y