“Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams.”
RSS
Powered by Blogger.

Sunday, December 16, 2012

Excited!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Alhamdulillah, baby dalam perut ni dah pun berusia 8 bulan. Kejap je rasa. Sekarang ni memang rasa berdebar sangat-sangat. Rasa takut nak bersalin pun ada. Tapi kan tu memang semua perempuan yang mengandung akan melaluinya. So, chill je lah! :)


Barang baby? Owh, dah beli sikit-sikit. Sebabnya, kakak saya bersalin tahun lepas. So barang baby dia ada banyak. Saya cuma perlu sediakan baju-baju baby je sebab anak dia, Akeel still muat lagi baju-baju masa dia kecik dulu. Abang ipar saya dulu memang excited dapat anak lelaki, so baju-baju Akeel memang saiz besar. Tapi saya dan encik suami tak nak lah excited sangat. Beli sikit-sikit, janji ada. Heh!


Ada adik-beradik ramai seronok kan? Tetiba je cerita pasal adik beradik ni apahal? Hehee, ada kaitan la... Adik-beradik ramai maksudnya hadiah baby pun banyak! Hahaha :D Ni adalah hadiah-hadiah yang saya mintak:


Along: Stroller (dah dapat pun. Giler lah, MacLaren tu!)

Nyah: tak mintak apa-apa sebab dia pun baru je dapat baby.

Eta: Belum terpikir nak mintak apa sebab barang-barang baby dia ada banyak

Ena: Cloth Diapers (COMING SOON!)

Mamat: Buku-buku untuk baby

Akim: Mainan (since makwe dia kerja kat toy r us, so boleh beli mainan dengan harga diskaun) *wink2*



So, saya cuma perlu sediakan kain lampin dan baju-baju je. Set tilam kakak ipar saya dah belikan, kain barut baby mak mertua saya dah jahitkan, alas-alas tilam dan kain bedung baby mak saya jahitkan. Owh, bersyukur sangat-sangat lahir dalam family besar. :)


Sekarang ni, saya cuma perlu sediakan barang untuk diri sendiri pulak. Barang yang perlu semasa berpantang. Sebok dengan barang baby, sendiri punya barang pun lupa. Next post baru cerita pasal barang untuk berpantang ni. 


Got to go now. Baby dalam perut ni dah lapar. Jumpa lagi!







Saturday, December 8, 2012

Pikir la sendiri tajuk dia apa~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Macam ntah apa-apa, update blog semata-mata tak mahu encik blogspot tutup akaun saya. Heh! :D 

Anyway, dah lama sangat tak jenguk blog ni. Cian dia sebab dah tak terurus. Tak sangka dashboard blogspot ni pun dah bertukar wajah. Adoii! Tapi terima kasih encik blogspot sebab belum tutup akaun saya ni. Saya akan jadik rajin lepas ni untuk update. Ganbattei! *dengan semangat membara*

Sebelum saya akhiri ceramah tulisan saya kali ni, saya nak tunjuk sesuatu....

Jeng..jeng..jeng..










Khalifah kecil bakal lahir nanti! (^_^) 





Nanti la saya cerita lagi eh. Katil dah panggil. Daaaaa~





Thursday, February 9, 2012

Masih Ada

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Buat pembaca-pembaca blog ni, ye, saya masih di sini. Saya tak merajuk pun, cuma masa dan keadaan tak mengizinkan saya untuk meng-update blog ni. Susah nak cakap sebab walaupun saya dah jadik pengantin lama, tapi saya masih sedang berusaha untuk menyesuaikan diri menjadi isteri orang ni. Owh, kahwin ni bukan mudah rupanya. Nak pulak kalau kau duduk serumah dengan keluarga mertua. 


Walaupun keluarga mertua sangat baik, tapi batas-batas sebagai menantu dalam rumah tu saya kena jaga juga. Perangai huduh masa duduk rumah mak di KL masa bujang harus disorok dalam almari. Saya sudah boleh bangun pagi setiap hari! Hahaha.. Bangga rasanya. Tapi, bila balik KL, perangai huduh menjelma semula sebab saya cuma sorok je, bukannya buang. -_-"


Teringin nak ada rumah sendiri, tapi mungkin keadaan belum mengizinkan. Insya Allah, rezeki saya pasti ada. Saya cuma perlu tunggu je. :)


Nota hati: Saya rindu bangat sama kawan-kawan di KL especially Apat & E. Kamu jangan rindu-rindu saya ye.

MySpace








Thursday, September 22, 2011

officially Pn. Zara :)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lg Maha Penyayang...

Alhamdulillah, saya sudahpun menjadi tulang rusuk kiri kepada suami tercinta, En. Mohd Zahari dengan sekali lafaz. Maha Suci Allah yang menjadikan detik itu amat bermakna bagi saya. Dengan sekali lafaz itulah saya telah diserahkan oleh ayah saya kepada seorang lelaki yang sebelum ni tidak saya kenali. Dengan lafaz itu juga bermakna segala dosa-dosa saya akan ditanggung oleh si suami. Kini saya milik pak teh sepenuhnya. Bahagia, tapi ada sedikit kesedihan dalam diri ni.

Owh tak boleh cerita lagi sebab sekarang saya kat rumah emak mertua saya. Nanti update lagi :)


Tuesday, August 23, 2011

nothing to say

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Lagi 24 hari je saya nak kahwin! Macam tak percaya je saya akan jadi isteri orang. Perasaan? Memang la saya gembira, tapi dalam masa yang sama ada banyak benda yang saya fikirkan. Stress tu hanya Allah swt yang tahu. Memang semua orang yang nak kahwin tu mengalami benda yang sama macam yang saya rasa sekarang ni ke? Owh, maybe I should ask Ummi Aisyah. Tapi memang sangat menyakitkan bila kena fikir banyak perkara padahal sepatutnya saya harus bergembira.

Raya tahun ni pun macam tak ada apa-apa yang menarik. Saya rasa, 3 - 4 bulan berpuasa lagi pun tak apa. Kenapa saya macam ni ye? Hmmm T_T

Perasaan yang tak best ni, please go away~






Tuesday, August 16, 2011

Entry Tidak Bernama

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...





Rasa stress bila menguruskan majlis perkahwinan dan menyiapkan tesis projek dalam satu masa. Tu belum campur lagi dengan dugaan-dugaan bulan Ramadhan ni. Hmm semoga Allah s.w.t menguatkan iman saya, emosi saya, semangat saya dan fizikal saya.





Nota hati: Mungkin perlu buat check list mana yang dah disiapkan. Hmmm





Monday, August 8, 2011

h.u.r.t




 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





MyEm0.Com








 disaat sayap ini semakin patah untuk terbang
ketika itulah kau merapuhkan semangat ini
rasa tercampak dan dibiarkan lemas di lautan paling dalam
jangan biarkan aku terus lemas
biarpun kau mengharapkan itu
kerana bila aku mati
baru kau akan mengerti




p/s:  it's really hurt.





Thursday, August 4, 2011

Quote of the day

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



"Seseorang manusia tu perlu sedar diri. Kalau duit ada RM1, jangan bermimpi la nak makan Kenny Rogers!"






Kecewa dengan diri sendiri.








Tuesday, August 2, 2011

Sabar......




It's that what you are thinking about me? You are wrong. I don't want your money at all! (T_T)










Monday, August 1, 2011

Diam Itu Lebih Baik

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...




Kini bermulalah bulan Ramadhan. Bulan yang menuntut umatNya menjaga lidah, telinga, mata, nafsu, dan lain-lain. Saya pun tak mahu cerita pasal keburukan orang lain di bulan yang mulia ni. Tapi, cerita yang nak saya tulis ni cuma untuk peringatan dan pengajaran buat semua yang membaca blog saya ni.

Okay... Kebanyakan orang dah tahu yang saya akan berkahwin tak lama lagi. Tangan saya cuma 2 dan saya tak mampu nak buat semuanya seorang diri. Saya perlukan bantuan sama ada dari segi tenaga, mahupun emosi. Tapi nampaknya ada sesetengah orang yang tak faham perasaan saya. Mungkin jugak sebab dia tak mengalami benda yang sama lagi, so dia tak tahu.

Kan saya ada banyak kerja yang perlu diselesaikan. Tak faham ke perkataan "TOLONG"? Ye, mungkin saya ni menyusahkan tapi sedar tak, hari awak nanti boleh jadi lagi susah dari saya kalau itu kehendak-Nya? Saya bukannya nak mintak duit awak, tapi saya cuma minta sedikit tenaga awak untuk membantu saya. Saya tak mintak pun awak cakap "alaaaa...leceh la nak buat benda ni. Lain kali beli je la benda da siap!" Hmm...

Senang je kan mulut tu nak bercakap? Awak ada bagi duit ke untuk beli apa yang awak kata MUDAH tu? Tunang saya bukannya anak Tan Sri atau Datuk yang duit ada juta-juta. Apatah lagi saya yang tak banyak duit dibandingkan dengan awak. Kalau saya kaya, saya sendiri pun takkan bodoh nak susahkan diri sendiri. Kebanyakan gift saya buat sendiri sebab nak kurangkan kos. Saya tak berkerja, so takkan nak mengharapkan tunang saya seorang? Dia pun dah susah, takkan saya nak tambahkan kesusahan dia? (T_T)

Sebelum bercakap tu, fikir dulu. Bukan semua orang macam awak. Mungkin hari ni orang tu susah, esok lusa kalau awak pula yang kena macam mana? Allah tu Maha Adil.....


Peace. No war.

Monday, July 25, 2011

Kuat! Kuat! Kuat!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Dah lama rasanya saya tak menulis dalam blog ni. Bila tengok entry, sebulan cuma beberapa post je yang saya tulis. Ye, saya bukannya malas tapi kekangan kerja yang membuatkan saya tak cukup masa untuk menulis blog. Stress tu hanya Allah yang tahu. Saya terpaksa menyiapkan 2 kerja dalam satu masa. Dalam sibuk menulis tesis, persiapan kahwin pun saya tak boleh lupakan. Saya tak tahu macam mana nak uruskan masa saya lagi. Malam-malam saya sibuk selesaikan hal-hal berkaitan majlis saya, siang saya perlu menulis tesis. Tapi sebab saya dah penat malam-malam, siang saya rasa penat walaupun saya rasa saya dapat tidur yang secukupnya.

Mungkin sebab saya stress, so daya ketahanan badan saya kurang. Batuk saya dah hampir sebulan tak hilang-hilang. Sampai bos saya pulak yang risaukan saya. Bila buat medical check-up tadi, urine test saya pula tak lepas atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat saya ceritakan kat sini. Saya ada banyak dokumen yang betul disiapkan, dan saya ada presentation hari Jumaat ni! Macam-macam yang saya risaukan, sampai saya rasa macam nak give-up!

Tapi saya tahu, kalau saya give-up, syaitan akan bersorak gembira kerana satu lagi anak Adam berjaya dihasut. Saya tak boleh berputus asa sebab ujian ni adalah kecil kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Saya cuba luahkan kat pak teh, dan dia cuma cakap "kena la buat jugak. kalau tak nak buat, campak je kat longkang". Tak membantu langsung kan? :'( Saya tahu dia akan cakap macam tu, tapi saya perlukan orang untuk saya luahkan apa yang saya rasa. Saya perlukan orang di sisi saya yang boleh hilangkan kerisauan saya. Saya tak mahu rasa yang saya keseorangan je kat bumi ni. 

Owh, got to go now. Saya dah janji dengan pak teh yang saya tak kan menangis kat ofis ni. Cuma yang saya harap, semoga saya tabah menghadapi ujian-ujian hidup yang kecil ni. Insya Allah...




Monday, July 4, 2011

Cekal dan Tabah. Tu la saya~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Adoyaiii. Baru balik dari melawat bakal family saya, terus takde mood nak menulis chapter baru untuk tesis. -_-" Nak pulak terpaksa melupakan hajat untuk berdating dengan pak teh. Dia balik Malaysia kot! Giler ah! Kira cekal sungguh saya menahan diri untuk ke johor sekali lagi. *senyum palsu*

Ni semua gara-gara orang tersayang yang baru muncul dalam hidup saya. Tidur, makan, mandi, main game, semua ingat dia. Pak teh pun dah jadi orang ketiga tersayang selepas mak. Okeh, tipu. Pak teh masih orang kedua. Tiba-tiba risau pak teh tak mau balik kalau dia baca saya tulis dia orang ketiga. Haha

Hai la En.Tesis tersayang. Kenapa la engkau baru nak jadi orang tersayang dalam hidup aku ni? Tak boleh ke kau pegi main jauh-jauh? Disebabkan nak submit kau bulan 9 ni la, aku terpaksa sayang kau. Kalau tak, jangan kata sebelah mata, pegang pun saya tak hingin!


Lagi 74 hari. Bersabarlah wahai hati~





Thursday, June 23, 2011

Update edisi Rajin *inverted comma*

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Lama giler kan saya tak update blog ni? Tu pun pasal ternampak status kak ani dekat YM yang kata dah lama dia tak update blog. Huhuu sama la kita, kak ani. Anyway, sebenarnya tiap-tiap hari saya ada benda nak cerita kat blog ni. Tapi masa tak mengizinkan sebab saya busy. *macam la kau tu perdana menteri* :D

Ni pun saya rajinkan diri untuk menulis blog di Perpustakaan Negara ni. Erkk, "rajinkan"? Nampak sangat sebenarnya saya malas nak update blog. Tehehee

Saya dah aim nak siapkan first draft thesis saya bulan September ni. OMG! Kahwin pun bulan September! Sila pengsan sekarang~ Banyak lagi yang belum settle. Sebab tu siang-siang saya menulis tesis, malam-malam saya menjahit untuk buat gift masa majlis saya nanti *muka bangga* 

Eh, takde entry pasal gift DIY saya tu kan? Alaaa...asyik lupa je nak cerita. Tapi bukan sekarang la nak cerita tu, sebab saya nak sambung tulis tesis balik. Next time saya upload gambar gift tu yang menjadi kebanggaan saya. *muka bangga diiringi paluan kompang* Over giler. Hahahaha


Daaaaa~

Tuesday, May 10, 2011

Kayangan?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Saya berada di kayangan ke?
Owh~
Macam tak percaya saya nak kahwin!
Hehehee~ *mode gatai*



Ye, saya nak kahwin. Setelah berbulan fikir tarikh yang sesuai, akhirnya pak teh dah tetapkan tarikh.


16/09/2011 NIKAH

17/09/2011 BERSANDING


4 bulan je lagi kan? Tapi saya tak buat apa-apa preparation pun lagi. Rasanya baru 20% peratus je yang berjalan lancar. Erkk...patut ke saya menjerit sekarang? (-_-)''


Mungkin perkara yang perlu dibanggakan sekarang adalah saya dah pilih warna tema! Hahahaa.


 Silver dan putih untuk majlis nikah.


Black and hot pink untuk majlis resepsi.



Ye, saya tau yang hitam dan hot pink tu jarang orang melayu guna untuk majlis perkahwinan. Tapi percaya atau tidak, warna tu pak teh yang cadangkan. Sebab dia tahu saya suka warna pink. Jadi untuk mengelakkan majlis tu nanti jadi Barbie Party, dia suruh saya combined dengan hitam. Teehee. 


Ok. Nanti saya buat checklist yang perlu dibuat sebelum majlis nikah. Sekarang tak boleh buat, sebab saya sendiri tak tau apa yang perlu ada. Hahahaha. Tak boleh tulis panjang-panjang sebab saya semakin berdebar. ;)


GTG~





Tuesday, April 19, 2011

*Emo

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Owh tolong! Mood saya swing lagi. Ada macam-macam perasaan dalam hati ni, tapi saya tak tau macam mana nak luahkan dan lebih tepat lagi saya tak tau pada siapa saya nak luahkan. Pada mak? Tak boleh sebab mak ada darah tinggi so saya tak mau peningkan kepala dia. Pada kawan-kawan? Owh, masing-masing ada masalah sendiri. Bila saya mahu mula bercerita, cepat-cepat mereka ubah topik. Takpe, saya faham. Diorang pun tak mahu memberatkan kepala dengan masalah orang lain. Pada pak teh? Hmmm... Saya cuma nak luahkan. Tapi dia anggap saya banyak komplen. Hmmm.....


Akhirnya, saya pergi kepada Pencipta saya. Mengadu pada-Nya buat saya tenang. Tapi saya sedih. Sebab saya rasa penat....





Thursday, April 7, 2011

Ne No Ne No~ (bunyik ambulans)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


Ni post edisi taip laju-laju. (laju la sangat!) 
Owh, sudah lama tak update blog. 
Saya agak busy ataupun dengan kata lain segaja mem-busy-kan diri. 
Tehehee.. 
Akhirnya pihak lelaki dah pun menetapkan tarikh. 
Tiba-tiba saya jadi super-duper-busy-woman! 
Semua nak buat sendiri a.k.a DIY sebab nak kurangkan kos. 
Selagi boleh kot. 
Lagi pulak bila baca blog orang lain, semua start prepare 1 tahun sebelum event.
Saya? OMG!
Lain kali baru cerita detail. 
Sekarang malas harus berkerja~



END



Tuesday, March 29, 2011

Sorry...




As life goes on I’m starting to learn more and more about responsibility
I realize everything I do is affecting the people around me
So I want to take this time out to apologize for things I have done
And things that have not occurred yet
And the things they don’t want to take responsibility for


I’m sorry for the fact that I did not know
I’m sorry for the times I would neglect
I’m sorry for the times I disrespect
I’m sorry for the wrong things that I’ve done
I’m sorry for the fact that I'm not aware
Sorry for the things that I did not say

 
I understand that there are some problems
And I am not too blind to know
All the pain you kept inside you
Even though you might not show
If I can apologize for being wrong
Then it’s just a shame on me
I’ll be the reason for your pain and you can put the blame on me



I’m sorry that you had to do it on your own
I’m sorry that I went and added to your grief
I’m sorry that I grew up way too fast
I wish I would’ve listened and not be so bad
I’m sorry your life turned out this 


Why doesn’t anybody wanna take blame

 
Because I love you I’ll take that blame
Even though the blame’s on you
I’ll take that blame from you

 
And you can put that blame on me

Thursday, March 24, 2011

Maaf. Entry air mata.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....



Sejak dari satu peristiwa tu, saya rasa pak teh dah jadi lain. Dia semakin tak banyak cakap macam selalu. Dia cuma jawab sepatah-sepatah je apa yang saya tanya. Dia dah tak tanya lagi kalau saya ada cerita yang saya nak cakap sebelum saya tidur. Dia takkan reply chatting saya kalau dia dah tak ada benda nak tulis. 
*menangis dalam diam*


Dulu tunang saya tak macam tu. Walau macam mana penat sekalipun, dia akan tetap layan saya. Takkan ada sepatah pun perkataan yang menyakitkan hati keluar dari mulut dia. Saya tak tahu la kalau saya je yang emo tak tentu pasal dan hakikatnya dia bukan macam tu. Tapi hati saya tetap kata dia dah berubah. 
*menangis dalam diam*


Saya nak tunang saya balik! Dia bukan tunang saya yang saya kenal. Dia bukan.... 
*menangis dalam diam*


Saya akan cuba berubah macam apa yang dia nak. Apa sekalipun. Saya cuma nak tunang saya yang dulu..... 
*menangis dalam diam*


 
Saya rindu pak teh yang dulu... Jangan ambil dia dari saya.. (T_T)





Nota Kaki: Hari ni ulangbulan ke 16 kami. Tapi dia tak ingat pun. Saya saja tak ingatkan dia dengan harapan dia akan ingat sendiri. Nampaknya saya akan kecewa lagi. *sebak* Selamat Ulangbulan ke 16, Pak Teh. You'll always be my hero, even though my heart torn into pieces....





Wednesday, March 23, 2011

Actal

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...



Pak teh tanya saya, kenapa saya asyik moody je? Owh, memang moody. Mana taknya, saya dah sakit kepala 3 hari. Saya dah dapatkan tidur yang cukup, tapi masih sakit kepala. Malam-malam saya pedih ulu hati sampai sesak nafas saya. Sakit. Tapi saya tak tahu nak buat macam mana. So hari ni saya nekad nak pergi klinik jumpa doktor.



Saya baru balik dari klinik. Dan doktor bagitau saya kena gastrik balik. Sakit kepala tu adalah kesan minor daripada gastrik tu. Asid dalam perut saya mungkin ada banyak, sebab tu saya pedih ulu hati. :'(



Saya tak suka gastrik! Sebab saya kena makan ubat yang paling saya benci!(T_T)







Rasa mahu menangis.

Thursday, March 17, 2011

S.E.N.Y.U.M

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....



Alhamdulillah, pak teh dah selamat sampai di Qatar pagi tadi. Macam biasa, kering sudah air mata saya. Hehehe. So, disebabkan blog ni dah lama tak berusik, maka saya putuskan nak tulis sesuatu yang boleh buat saya ketawa. Guess what? 




Gambar pak teh masa kecik-kecik. Hahahaha :D



















Comey je kan? Ternyata chubby kamu memang dari kecik lagi. Hahahaa. (Pujian saya ni penuh makna ye pak teh. Hihihii) Walaupun ni gambar curi-curi ambik, tapi tetap terserlah ke-chubby-an kamu. Kihkihkih. Gambar last tu memang tak boleh blah. Perasan badan tough! :p






Ni la master mind disebalik gambar curi ni, anak buah pak teh~ 






Gambar ni akan jadi penawar rindu saya : )